4 DATO' KEMBALI KE PENTAS IB JAYAKAN BAIK PUNYA CONCERT 4D

July 26, 2018

 

Baik Punya Concert 4D menampilkan empat sahabat berbakat iaitu Dato’ Awie, Dato’ Afdlin Shauki, Dato’ AC Mizal dan Dato’ Hans Isaac. Ya, 4 Dato’ di dalam 4Dimensi! Tiada kena-mengena dengan nombor ekor, harap maklum.

 

Chemistry di antara 4 orang seniman ini amat kuat dan sentiasa berjaya menghiburkan penonton. Kejayaan filem Baik Punya Cilok, Cuci, Buli, serta pertunjukan teater Cuci The Musical, dan Teater Baik Punya Cilok adalah bukti bahawa persahabatan mereka bukan saja menjadi di dunia luar malah di layar filem dan juga di atas pentas.

 

Baik Punya Concert 4D adalah terbitan kerjasama sahabat berempat ini dibawah syarikat masing-masing iaitu Tall Order Sdn. Bhd., Awie Entertainment Sdn Bhd., DNF Pictures Sdn. Bhd. dan juga Vision Works Sdn. Bhd.

 

 

Semalam wakil-wakil media dan bloggers dijemput untuk menyaksikan sesi latihan penuh konsert ini sebelum tirai pentas dibuka kepada umum bermula malam ini, 26 sehingga 28 Julai 2018. Satu sesi taklimat ringkas juga turut diadakan bersama media yang turut disertai 3 teraju utama; Dato’ Afdlin Shauki, Dato’ AC Mizal dan Dato’ Hans Isaac.

 

Menurut penerbit konsert ini, Baik Punya Concert 4D bukan sahaja akan menonjolkan nyanyian, malah mempunyai naratifnya yang tersendiri tentang perjalanan hidup empat sahabat ini yang akan dipersembahkan dalam sketsa-sketsa pendek.

 

Nyanyian Dato’ Awie, Dato’ Afdlin Shauki, Dato’ AC Mizal dan Dato’ Hans Isaac akan diiringi oleh sebuah kumpulan muzik yang diterajui pengarah muzikal terkemuka, Datuk Acis.

 

Penceritaan Baik Punya Concert 4D pula akan dibantu oleh seorang pelipur lara etnik yang tidak asing lagi iaitu Encik Kamrul Hussin (dari kumpulan muzik tradisional Geng Wak Long).

Senarai lagu yang akan dipersembahkan pasti akan membuat penonton turut menyanyi, menari dan bersama menggegarkan panggung Istana Budaya. Dari lagu original muzikal Cuci dan filem Baik Punya Cilok ke lagu-lagu evergreen sehinggalah ke lagu-lagu popular terkini. Baik Punya Concert 4D pasti akan membawa anda melangkaui jalan kenangan zaman-berzaman.

  

Baik Punya Concert 4D akan menemui penonton pada 26 Julai sehingga 28 Julai 2018 pada jam 8.30 malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Pembelian tiket boleh dibuat secara dalam talian di www.airasiaredtix.com . Harga tiket bermula dari RM98! Untuk sebarang pertanyaan tentang pakej korporat atau pembelian secara pukal, sila hubungi Tall Order Sdn. Bhd. di talian 03-4253 2241 |MYBUZZ!

GALERI | SESI LATIHAN PENUH - BAIK PUNYA CONCERT 4D

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.