ACER LANCARKAN SIRI KOMERSIAL VERITON PC, TRAVELMATE & CHROMEBOOK TERBARU!


☆Komputer meja untuk perniagaan, Acer Veriton Series dikuasakan oleh pemproses Intel® CoreTM i7+ sehingga generasi kelapan, menyokong teknologi Intel® OptaneTM dan dipadankan dengan SSD untuk prestasi perkomputeran yang lebih lancar dan responsif.

☆ Dikuasakan oleh pemproses Intel® CoreTM sehingga generasi kelapan, Acer TravelMate Series padat dengan pelbagai ciri produktif, mobiliti dan ketersambungan bagi memenuhi keperluan perniagaan setiap hari 4 mode Acer Chromebook Spin 11 hadir dengan ciri sentuhan, dua kamera termasuk world-facing camera (kamera hadapan), dan satu pen stylus Wacom EMR untuk menjadi satu peranti mengajar yang sempurna.

☆ Acer Chromebook 11 kini 1.26kg lebih ringan, hadir dengan ketahanan gred ketenteraan dan jangka hayat bateri selama 12 jam, membuatkannya ideal untuk kegunaan di sekolah serta bilik darjah.

☆ Menjadi tablet pertama menggunakan Chrome OS, Acer Chromebook Tab 10 direka untuk tujuan pendidikan, menggalakkan keterlibatan dan kerjasama di antara pelajar dan guru.

☆ Acer Chromebox CXI3 dengan Google Chrome OS membawakan anda kuasa perkomputeran dalam bentuk yang nipis setiap hari.


Acer Malaysia minggu lalu mengembangkan portfolio peranti untuk perniagaan dan pendidikan apabila melancarkan siri Veriton penuh kuasa dalam pelbagai bentuk dan spesifikasi. Selain TravelMate dan Chromebook dalam pelbagai saiz untuk memberikan gred prestasi yang berbeza.


Pengurus Besar Produk, Jualan dan Pemasaran Acer Sales & Services Sdn Bhd, Chan Weng Hong berkata, “Kami sentiasa berinovasi untuk menambah baik setiap produk dalam rangkaian komersial dengan melengkapkan peranti-peranti ini bersama teknologi terkini termasuklah pemproses generasi kelapan. Selaku peneraju dalam Chromebook, Acer akan terus mengujakan pasaran dengan peranti-peranti baharu. Kami juga memainkan peranan penting dalam mempercepatkan proses adaptasi mereka ke dalam dunia perniagaan, pendidikan dan kediaman. Dengan lebih banyak ciri yang ditawarkan oleh Chrome OS, kami turut memberi maklum balas dari segi reka bentuk yang menawarkan lebih manfaat kepada pelanggan.”

Acer Veriton S, Veriton X dan Veriton M Series》


Dikuasakan oleh pemproses Intel® CoreTM i7+ sehingga generasi kelapan dan teknologi Intel® OptaneTM, siri Acer Veriton S, Veriton X dan Veriton M menawarkan pengalaman perkomputeran yang lebih lancar, responsif serta pantas. Sekali gus menjadikannya sebuah komputer meja yang ideal untuk melaksanakan tugasan perniagaan setiap hari dengan mudah. Dengan M.2 2280 PCle SSD, komputer meja ini menjanjikan kadar boot-up yang cepat, berkelajuan tinggi dan prestasi lebih pantas untuk meningkatkan produktiviti.


Kepantasan serta peningkatan produktiviti atas nama perniagaan cukup sinonim dengan siri Acer Veriton S, Veriton X dan Veriton M kerana ia hadir bersama ketersambungan lebih laju, terima kasih kepada 2x2 802.11ac dan Gigabit LAN yang stabil. Antara port yang ada pada beberapa varian siri Veriton X dan Veriton M termasuklah satu port USB 3.1 Type-C Gen 1 untuk penghantaran data berkelajuan tinggi.


Komputer meja berorientasikan prestasi ini menyokong sehingga tiga paparan berbeza untuk meningkatkan produktiviti. Ia dilakukan menerusi D-sub, HDMI dan Display Port tanpa memerlukan kad grafik tambahan. Bagi pemilik perniagaan yang mahukan prestasi lebih baik dengan grafik berbeza, siri Acer Veriton S dan Veriton X mampu menyokong sehingga lima paparan bebas melalui satu tambahan mudah kad grafik NVIDIA® atau AMD®. Untuk keselamatan pula, ciri keselamatan perniagaan TPM2.0 memastikan semua data kerja sentiasa berada dalam keadaan selamat.


Tampil bersama memori sehingga 4 DIMM yang menyokong storan mencecah 64GB, Acer Veriton X6660G dan M6660G memperkasakan perniagaan anda dengan prestasi terbaik. Peranti ini menyokong teknologi Intel® vPro TM yang membolehkan pengurusan dan urusan keselamatan PC pada peringkat perkakasan dilakukan dari jauh, walaupun ketika OS tidak berfungsi atau PC dimatikan. Ini membuatkan pengurusan perniagaan lebih mudah dan kos efisien.


Direka untuk pengguna umum, Acer Veriton X2660G dan Veriton S2660G ialah komputer meja kecil tetapi penuh kuasa yang menawarkan prestasi, keselamatan dan peralatan pengurusan dengan gred perniagaan. Peranti ini didatangkan dengan 2 DIMM memori yang menyokong storan sehingga 32GB.


Veriton S2660G juga hadir bersama 256GB SSD sebagai ganti kepada pemacu DVD dan ini menyumbang kepada proses boot-up yang lebih pantas.


Siri Acer Veriton S, Veriton X dan Veriton M ditawarkan pada harga bermula RM1,999 serta boleh dibeli pada awal Ogos di stor dalam talian rasmi Acer dan semua pengedar sah Acer di seluruh negara.

Siri Acer TravelMate X3410 dan P2》


Sejak sekian lama, siri Acer TravelMate telah membina reputasi sebagai komputer riba perniagaan yang boleh dipercayai untuk golongan profesional. Kini dengan kehadiran varian-varian yang menggunakan pemproses Intel® CoreTM i sehingga generasi kelapan dan Windows® 10 Professional, siri Acer TravelMate X3410 dan P2 dijangka dapat membawa produktiviti perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.


Komputer riba ini menampilkan memori 32GB DDR4 dan sehingga 512GB SSD untuk produktiviti terbaik. Dengan jangka hayat bateri sehingga 15 jam dan teknologi tanpa wayar 2x2 MU-MIMO 802.11 ac, pengguna dapat menyelesaikan semua tugas tanpa perlu membawa pengecas ke bilik mesyuarat. Selain menikmati ketersambungan Wi-Fi yang lebih laju. Jarak papan kekunci 1.3mm pada siri Acer TravelMate X3410 dan 1.6mm untuk siri Acer TravelMate P2 memastikan keselesaan walaupun terpaksa bekerja dalam tempoh yang lama.


Paparan FHD dengan ciri Acer BuelightShieldTM dan ComfyViewTM yang telah dipatenkan berfungsi melindungi mata, di samping menawarkan imej, teks dan tatalan laman web yang lebih jelas. Peranti ini juga hadir dengan reka bentuk tahan lasak bersama bukaan rata 180 darjah. Sekali gus membolehkan pembentangan dapat dikongsi sesama rakan sekerja dengan lebih mudah dan fleksibel.


Pad sentuhan tepat yang besar dipadankan dengan keupayaan multi gestur memberi lebih banyak kegunaan menerusi pelbagai gerakan jari dan gestur. Melalui Cortana dengan suara untuk pengecaman suara lebih baik, pengalaman bantuan peribadi dapat ditingkatkan. Webcam 720HDR pula menawarkan visual lebih jelas dengan mengoptimumkan rakaman video dan imej secara automatik.


TPM 2.0 (Trusted Platform Module), satu perkakasan yang berdasarkan kepada penyulitan untuk melindungi maklumat, e-mel dan data membuatkannya sesuai untuk kegunaan perniagaan. Ia menambah satu lagi lapisan keselamatan dan membolehkan komputer riba untuk menggunakan aplikasi dengan lebih selamat. Jadi, pengguna boleh melakukan transaksi dan komunikasi dengan lebih yakin melalui siri Acer TravelMate X3410 dan P2.


Golongan profesional yang tidak mahu berkompromi dari segi prestasi dan kebolehpercayaan untuk melakukan pelbagai tugasan penting, Acer TravelMate X3410 menawarkan memori sehingga 32GB DDR4 dan 512GB SSD. Pengecasan bateri boleh dibuat menerusi satu port USB Type-C yang juga berfungsi memindahkan data dengan ultra pantas sehingga 5Gbps. Pada masa yang sama berkongsi kuasa dengan peranti-peranti lain. Port ini juga membolehkan keupayaan ruang kerja ditingkatkan dengan mudah. Acer TravelMate X3410 ialah sebuah komputer riba kelas perniagaan yang dioptimumkan untuk produktiviti, keselamatan dan boleh dipercayai oleh kumpulan profesional sebenar.


Direka bagi melaksanakan tugas perniagaan kecil dan sederhana dengan mudah, siri Acer TravelMate P2 dilengkapi memori sehingga 20GB DDR4. Boleh didapati dalam dua model, TravelMate P2410 dan P249 menawarkan pilihan kepada pemilik perniagaan yang mahukan komputer riba yang mampu meningkatkan produktiviti, ketersambungan dan sesuai untuk mereka yang sentiasa ke luar kawasan. TravelMate P2410 juga hadir dengan pilihan pemacu keras 1TB atau 256GB SSD.


Siri Acer TravelMate P2 ditawarkan pada harga bermula RM2,499 dan sudah boleh dibeli di stor dalam talian Acer dan di semua pengedar sah Acer di seluruh negara. Siri Acer TravelMate X untuk model i5 berharga RM3,999, manakala model i7 pula berharga RM4,899. Kedua-dua model Acer TravelMate X boleh dibeli di stor dalam talian Acer dan di semua pengedar sah Acer di seluruh negara mulai September depan.

Acer Chromebook Spin 11》


Direka untuk guru, seluruh keluarga dan individu yang mahu merasai kemudahan dan keselamatan yang ditawarkan oleh Chrome, Acer Chromebook Spin 11 yang fleksibel itu tampil dengan rekaan bergaya dan boleh digunakan dalam empat mode yang versatil. Dengan reka bentuk selak dua tork 360° Acer yang telah dipatenkan, ia menawarkan sentuhan yang optimum dan tidak bergoyang ke atas skrin paparan HD IPS bersaiz 11.6 inci beresolusi 1366 x 768 itu. Dengan adanya empat mode untuk dipilih iaitu tablet, tent, komputer riba dan paparan, mencari mode yang sesuai untuk apa jua kegunaan sememangnya cukup mudah.


Dengan keupayaan sentuhan yang dipertingkatkan, Acer Chromebook Spin 11 didatangkan bersama sebatang pen stylus Wacom EMR untuk memaksimumkan fungsinya. Ini kerana pen stylus tersebut menawarkan input yang pantas, tepat untuk pengalaman penulisan digital yang mengagumkan. Ia juga hadir dengan dua kamera - Acer HD webcam yang diletakkan di atas papan kekunci itu mempunyai sudut pandangan 88° (Wide Field of View, FOV) untuk menambah baik sesi persidangan video dan Google Hangouts dalam kumpulan yang besar tanpa meninggalkan sebarang perincian. Webcam kedua (2) yang dipasang pada penutup membolehkan pengguna merakam gambar atau video apabila digunakan dalam mode tablet. Secara kolektifnya, ciri-ciri yang ada pada Acer Chromebook Spin 11 memiliki pelbagai fungsi menarik yang pasti dihargai dalam apa jua sesi pembelajaran.


Sebagai sebuah peranti Chrome, ia menyokong Google Play sepenuhnya dan pengguna mempunyai akses kepada lebih 2 juta aplikasi Android dengan gestur sentuhan biasa. Acer Chromebook Spin 11 memiliki dua port USB Type-C Gen 1 yang boleh digunakan untuk mengecas peranti, pemindahan data ultra pantas sehingga 5Gbps dan disambungkan dengan satu paparan HD untuk perkongsian visual.


Dikuasakan oleh pemproses Intel® Celeron® quad-core N3450, Acer Chromebook Spin 11 didatangkan dengan memori 4GB atau 8GB LPDDR4 dan storan eMMC 64GB. Dengan jangka hayat bateri sehingga 10 jam, pengguna akan lebih produktif sepanjang hari menerusi sekali caj sahaja.


Acer Chromebook Spin 11 ditawarkan dalam dua varian - C6GV dengan memori 8GB DDR4 dan storan 64GB eMMC serta varian C9K5 bersama memori 4GB DDR4 dan storan 32GB eMMC. Ditawarkan pada harga RM1,699 dan RM1,399, kedua-dua varian ini sudah boleh dibeli di stor dalam talian Acer dan di semua pengedar sah Acer di seluruh negara.


Acer Chromebook 11》


Memenuhi piawaian ketat Ketenteraan Amerika Syarikat yang membuktikan kelasakannya, Acer Chromebook 11 terbukti sebagai sebuah peranti yang tahan lasak, boleh dipercayai dan berkualiti tinggi. Ia juga mematuhi piawaian MIL-STD 810F bagi perlindungan pasir dan habuk.


Acer Chromebook 11 C732 boleh bertahan jika terjatuh dari ketinggian sehingga 122cm (48 inci), terima kasih kepada struktur perlindungan pada bahagian bucu dan getah di sekeliling papan kekunci. Stuktur dalaman seperti sarang lebah di dalam Acer Chromebook 11 yang unik membolehkannya menerima tekanan sehingga 60kg (132 pound). Bekas dan selak yang telah diperkukuhkan itu tahan tekanan, walaupun pelajar menyumbatnya ke dalam beg sekolah dan bersandar di atasnya.


Hanya seberat 1.26kg, Acer Chromebook C11 ideal untuk digunakan di mana-mana sahaja - rumah, sekolah atau ketika bergerak. Selak 180 darjah menawarkan sudut pandangan lebih baik ke atas paparan skrin IPS bersaiz 11.6 inci untuk dikongsi dengan orang lain. Acer Chromebook 11 didatangkan dengan dua (2) port USB 3.1 Type-C Gen 1 yang boleh digunakan untuk mengecaj komputer riba dan peranti lain, pemindahan data pantas sehingga 5Gbps dan disambungkan dengan satu paparan HD.


Acer Chromebook 11 menawarkan prestasi perkomputeran yang mantap menerusi pemproses Intel® Celeron® quad-core N3450. Dengan jangka hayat bateri selama 12 jam, semua bentuk hiburan dan produktiviti boleh dinikmati sepanjang hari dengan sekali caj sahaja.


Komputer riba yang lasak dan tahan untuk digunakan oleh kanak-kanak ini ditawarkan pada harga RM1,099. Acer Chromebook 11 boleh sudah boleh dibeli di stor dalam talian Acer dan di semua pengedar sah Acer di seluruh negara.

Acer Chromebook Tab 10》


Acer Chromebook Tab 10 merupakan tablet pendidikan pertama yang menggunakan Chrome OS. Dibina untuk kegunaan di bilik darjah untuk meningkatkan dan mengembangkan aspek pembelajaran, Acer Chromebook Tab 10 menawarkan kelajuan, kemudahan dan keselamatan Chrome OS dalam bentuk sebuah tablet. Dilengkapi pemproses OP1 yang mengintegrasikan Cortex-A72, 4GB of RAM dan storan 32GB, Acer Chromebook Tab 10 cukup responsif dan boleh menjalankan pelbagai aplikasi pada satu-satu masa.


Skrin sentuh QXGA IPS bersaiz 9.7 inci menawarkan 2048 x 1536 bagi setiap inci, sekali gus memberikan pelajar perspektif yang jelas untuk kerja sekolah mereka. Bateri yang boleh bertahan sehingga 9 jam menjadikannya peranti terbaik untuk digunakan sepanjang hari oleh pelajar di sekolah. Jika bateri semakin kurang dan tidak mempunyai pengecas, jangan bimbang! Acer Chromebook Tab 10 boleh dicaj menggunakan powerbank melalui port USB 3.1 Type-C!.


Acer Chromebook Tab 10 juga menyokong Google Pay sepenuhnya yang memberikan guru dan pelajar akses kepada aplikasi pembelajaran Android yang telah diluluskan dan ditambah baik oleh pentadbir. Sekali gus membolehkan mereka untuk bekerjasama, meneroka, melibatkan diri dan belajar. Sebagai tambahan, ia serasi dengan Chrome Management Console di mana pihak pengurusan sekolah boleh menguruskan peranti dengan mudah, sama seperti Chromebook, Chromebox dan Chromebase.


Peranti ini didatangkan standard dengan pen stylus Wacom EMR yang boleh diselit pada dok chasis untuk penyimpanan selamat. Pelajar boleh belajar menggunakan aplikasi-aplikasi yang interaktif, membuat lakaran, menulis nota dan mencurahkan idea yang boleh dikongsi dengan rakan-rakan serta guru. Pen stylus Wacom EMR tidak memerlukan bateri dan tahan lasak.


Acer Chromebook Tab 10 akan menyokong realiti terimbuh (augmented reality, AR) pada masa depan untuk menawarkan pengalaman pembelajaran yang lebih mengasyikkan dengan Expeditions AR. Expeditions AR ialah teknologi AR Google yang memetakan bilik darjah sebenar dan meletakkan objek-objek 3D di dalamnya untuk dipelajari oleh pelajar, seterusnya membuatkan mata pelajaran seperti biologi, geografi dan astronomi lebih mudah difahami.


Ditawarkan pada harga RM1,299, Acer Chromebook Tab 10 didatangkan dalam warna biru kobalt yang unik. Ia boleh dibeli sekarang di stor dalam talian Acer dan semua penjual sah Acer di seluruh negara.

Acer Chromebox CXI3》


Acer Chromebox CXI3 dilengkapi Chrome OS yang mudah digunakan dan ideal untuk kegunaan perniagaan. Boleh didapati dengan pemproses Intel® CoreTM i sehingga generasi kelapan dan 16GB DDR4 RAM, Acer Chromebox CXI3 menjanjikan prestasi perkomputeran yang berkuasa dan responsif setiap hari. Dengan tempoh boot-up beberapa saat sahaja USB 3.1 Type-C Gen 1 untuk pemindahan kuasa dan data yang pantas, pengguna boleh mengharapkan tahap produktiviti yang lebih baik. Keupayaannya untuk menyokong dua buah monitor menerusi port HDMI dan Type-C membolehkan pengguna mengasingkan beberapa penyemak seimbas kepada dua paparan.


Menggunakan Chrome OS yang boleh dipercayai, Acer Chromebox CXI3 didatangkan dengan ciri keselamatan kelas pertama menerusi kemas kini, pembaikan dan ciri-ciri baru perisian Google secara automatik. Semua fail disimpan dengan selamat di dalam storan awan. Acer Chromebox CXI3 pasti memberi ketenangan minda kerana memiliki ciri keselamatan yang sentiasa dikemas kini.


Acer Chromebox CXI3 mempunyai reka bentuk kompak dan sesuai untuk apa jua tempat kerja, terutama di kawasan yang kecil dan sempit. Reka bentuknya yang menjimatkan ruang itu ada tiga mode: rata, menegak dan cagak VESA, membolehkannya mudah diletakkan di mana-mana sahaja.


Acer Chromebox CXI3 ditawarkan pada harga RM1,999 dan boleh dibeli sekarang di stor dalam talian Acer dan semua penjual sah Acer di seluruh negara.


Maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Acer Malaysia atau hubungi Product Infoline Acer di talian1800-88-1288 (9am – 6pm, Isnin hingga Jumaat).



Mengenai Acer》

Ditubuhkan pada tahun 1976, Acer kini merupakan antara syarikat ICT terkemuka di dunia dan berada di lebih 160 buah negara. Meninjau ke masa hadapan, ia kini fokus dalam mencipta satu dunia di mana perkakasan, perisian dan perkhidmatan mampu bekerjasama di antara satu sama lain demi membuka peluang-peluang baru untuk pengguna serta perniagaan.

Daripada teknologi berorientasikan perkhidmatan kepada Internet of Things, permainan video dan realiti maya, 7,000+ orang kakitangan Acer komited ke atas aspek penyelidikan, reka bentuk, pemasaran, jualan serta sokongan produk dan penyelesaian yang dapat merapatkan jurang di antara manusia dan teknologi. Sila layari www.acer.com until maklumat lanjut.


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.