DIA BAND OPTIMIS 'LUPAKAN DIA' MAMPU TAWAN HATI PEMINAT


Berbekalkan single pertama berjudul ’Mungkin’ sebelum ini, Dia Band, yakin dan berharap bahawa ini adalah tiket bagi mereka untuk memasuki industri hiburan tanahair dengan lebih dikenali berbanding sebelum ini. Dia Band ditubuhkan pada tahun 2012 dianggotai Iima (5) pencinta muzik terdiri daripada Rafie (gitaris), Eppy (keyboardist), Fauzi (dram), lsma (bassist) dan Izhan (vokalis). Kumpulan ini merupakan artis pertama di bawah naungan Eizi Productions. Dia Band yang berasal dari Johor, diketuai oleh Fauzi selaku pengasas dan pemain dram. Memasuki tahun keenam (6) penubuhan Dia Band sebagai sebuah band, Dia Band telah pun menghasilkan 2 buah lagu single. Lagu single pertama yang berjudul ’Mungkin’ diterbitkan pada tahun 2016.

Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh composer berprofilik ’Edry Abd Halim’ (Edry KRU) ini, pernah tercalon didalam carta pencalonan Muzik-Muzik TV3 dan juga pernah memasuki carta-carta radio tempatan seperti RTM dan radio-radio swasta termasuk radio Mediacorp Ria singapura .Manakala lagu single kedua Dia Band yang berjudul 'Lupakan Dia’ kini baru diterbitkan pada tahun 2018. Lagu single kedua (2) Dia Band ini juga dicipta sepenuhnya oleh Komposer ‘Edry Abd Halim’ dengan muzik arrangement Dia Band sendiri dan dilancarkan pada 3 Mac 2018. Dia Band menetapkan konsep muzik pop/rock balada yang beralunkan lndo pop dengan elemen Melayu moden yang begitu mesra dalam kalangan pendengar tempatan untuk dipersembahkan didalam lagu-lagu Dia Band. Dia Band dan Eizi Productions yang juga merupakan sebuah syarikat Sound and light rental telah bekerjasama dengan ’lmpact Music & Entertainment' sebagai Artis Management Unit yang menjaga segala gerak an Dia Band.

Untuk pembikinan MTV ’Lupakan Dia’ kami juga telah bekerjasama dengan ikon pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha dalam penghasilan Muzik Video Dia Band. Selain berharap 'Lupakan Dia’ menjadi batu loncatan bagi mereka memasuki industri hiburan tanah air secara mainstream untuk lebih dikenali. ’Lupakan Dia' secara rasminya dilancarkan pada 3 Mac 2018 di laman Youtube Eizi Productions. Selain itu, lagu ini juga boleh dimuat turun di saluran telco di Malaysia, Singapura, Indonesia serta iTunes, Spotify, Joox dan pelbagai platform muzik digital yang lain.


Tajuk : Lupakan Dia Artis : Dia Band Lagu : Edry Abd Halim Lirik : Edry Abd Halim



Tak perlu lagi terus memaksa Mulakan kasih kali kedua Sudah terdapam kasih semalam Bina semula tak akan sama

Biarkan saja aku lepaskan kenangan lalu Hanya anganku

Dia yang membuatku cinta Dia yang menghancurkan semua Takkan biar hati terseksa Tuhan tolong lupakan dia

Tak perlu lagi untuk sesali Semua terjadi salah sendiri Putaran waktu takkan kembali

Hanya terjadi di dalam mimpi

Biarkan saja aku lepaskan kenangan lalu Hanya anganku

Dia yang membuatku cinta Dia yang menghancurkan semua Takkan biar hati terseksa Tuhan tolong lupakan dia

Dia yang membuatku cinta Dia yang menghancurkan semua Takkan biar hati terseksa Tuhan tolong lupakan dia Lupakan dia

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.