SAYEMBARA NYANYIAN PATRIOTIK SELANGOR 2018 KEMBALI TAWAR HADIAH LUMAYAN LEBIH RM10,000


Untuk tahun kedua berturut turut, Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor (SNPS) bakal kembali sekali lagi. Setelah kejayaan cemerlang SNPS 2017, kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor akan menganjurkan SNPS 2018 berlokasi di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


Matlamat utama SNPS 2018 adalah untuk menggalakkan masyarakat khususnya golongan belia untuk berkongsi semangat kebangsaan mereka melalui nyanyian. SNPS 2018 juga adalah program yang menjurus kepada aktiviti aktiviti sihat yang di titik beratkan oleh kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan.


Dengan wujudnya aktiviti aktiviti sebegini, ianya mampu untuk melahirkan generasi yang punyai semangat kebangsaan yang tinggi. SNPS 2018 juga adalah aktiviti positif mengisi masa lapang masyarakat dalam usaha membanteras musuh nombor satu negara iaitu najis dadah.

Sesi penerangan SNPS 2018 oleh Dato' Mohd Azizi bin Mohd Zain, Datuk Bandar Petaling Jaya


Untuk SNPS 2018, MBPJ akan menjadi tuan rumah sejajar dengan matlamat kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan iaitu Petaling Jaya selaku salah satu lokasi Kota Seni di Selangor Darul Ehsan. Banyak aktiviti aktiviti kebudayaan dan kesenian telah berlangsung dan yang bakal berlangsung dibawah anjuran oleh pihak MBPJ sepanjang tahun ini.


Pastinya SNPS 2018 adalah salah satu program kesenian yang bakal mengangkat Kota Seni Petaling Jaya dengan lebih gemilang. SNPS 2018 terbahagi kepada 3 kategori iaitu bawah 12 tahun, bawah 18 tahun dan 19 tahun ke atas (terbuka) sama ada secara solo, duet atau berkumpulan.


Para peserta perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum 12 Ogos 2018 dan pendaftaran adalah percuma. Borang pendaftaran boleh didapati di laman Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau laman Facebook Pemadam Negeri Selangor. Para peserta juga boleh menghubungi melalui WhatsApp talian 016 680 6489 dan pautan (link) Borang Pendaftaran akan diberikan.


Para peserta juga boleh menghantar email di bob@atlasoneevents.com


Para peserta yang mendaftar akan menerima email pengesahan untuk ke ujian saringan yang akan berlangsung selama dua hari berturut turut pada 18 & 19 Ogos 2018 (Sabtu & Ahad) bermula jam 8 pagi bertempat di Kompleks Arena Petaling Jaya (Pusat Rakan Muda).


Ujian saringan ini akan diadili oleh tiga juri profesional iaitu penyanyi dan komposer Korie Aminuddin, pengurus artis lagenda Jojie Aminuddin dan guru vokal Sarah Ismail.


Empat peserta terbaik dari setiap kategori akan melangkah ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 22 September 2018 (Sabtu) bermula jam 8.30 malam bertempat di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. Mereka akan sekali lagi diadili oleh juri juri profesional iaitu Korie, Jojie dan