Zul Ariffin Di Sebalik Hantu Kak Limah

August 4, 2018

Di sebalik perwatakan abang sado dan juga selalu memegang watak romantis atau aksi serius, Zul Ariffin lebih bersahaja ketika melakonkan watak Solihin di dalam Filem komedi seram HANTU KAK LIMAH. Watak Solihin merupakan watak seorang guru silat dan bomoh yang boleh melawan hantu.

 

 

   Kredit IG @zul_ariffin

 

Selepas Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Husin Mon dan Jin Pakai Toncit, Mamat Khalid kembali lagi dengan filem keempat arahan beliau ini dengan slogan ' Ketawa Tahap Mengokak'  yang akan mencuit hati dan mengejut kan anda di pawagan pada 9 Ogos ini.

 

MB sempat hadir ke tayangan perdana  filem Hantu Kak Limah baru-baru ini dan kelihatan ramai pelakon-pelakon HKL yang hadir selain Pengarah HKL antaranya Zul Ariffin, Dato' Awie, Delimawati, Uqasha Senrose, Ropie Cecupak, Jue Aziz, Imuda dan ramai lagi.

 

 

Dengan penampilan khas Dato' Seri Vida dan Erra Fazira juga akan menambahkan rasa teruja untuk menontonnya.

 

Kelainan daripada filem arahan Mamat Khalid kali ini adalah beliau menghasilkan sesuatu di luar kebiasaan dan tidak dijangka oleh penonton-penonton yang akan menonton filem ini di pawagam nanti. HKL diterbitkan oleh Astro Shaw dan Infinitus Gold.

 

MB rasa jika  anda semua ingin tahu lebih lanjut tentang filem HKL ini anda harus ke pawagam pada 9 Ogos ini. MYBUZZ!

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.