ZIZAN KONGSI KISAH CEMBURU BUTA DALAM 'KAU TAKKAN TAHU'



Pelawak, pelakon, pengacara serta penyanyi versatil popular Malaysia yang tidak perlu diperkenalkan lagi dan pernah memenangi pelbagai anugerah serta mendapat beberapa pengiktirafan sepanjang bergelar anak seni yang berasal dari Dungun, Terengganu, Mohd Razizan Abdul Razak, atau lebih dikenali dengan nama Zizan Razak kembali menghangatkan industri muzik tanahair dengan single terbaharu yang diberi judul ‘Kau Takkan Tahu’.

“Alhamdulillah syukur kepada Tuhan kerana tahun 2018 merupakan tahun yang dilimpahi dengan rezeki yang tidak putus-putus. Namun begitu, hasrat saya untuk menghasilkan single ‘Kau Takkan Tahu’ berjaya juga dilaksanakan walaupun pada masa yang sama saya sedang sibuk dengan program Jozan, filem animasi Wheely dan kolaborasi dengan produksi dari seberang.


Masih mengekalkan genre hip hop, ‘Kau Takkan Tahu’ merupakan single saya yang terbaharu ciptaan sepenuhnya oleh Alif by Magic Potions dan ia merupakan sebuah kisah cinta sedih di mana ia menceritakan tentang perihal seorang teman wanita yang berkerja di tempat yang sama dengan teman lelakinya dan sentiasa mengesyaki teman lelakinya mempunyai hubungan dengan wanita lain sehingga akhirnya mereka putus.

Walaupun lagu ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan hidup saya, namun saya pasti ramai lelaki di luar sana yang pernah mengalami nasib yang sama di mana teman wanita mereka sentiasa mencari kesalahan dan dijadikan alasan untuk meninggalkan kita,” jelas beliau.

“Poses rakaman single ini sebenarnya sekejap sahaja tetapi perancangan untuk menghasilkannya telah pun bermula sejak 2 tahun yang lepas kerana pelbagai aspek yang perlu diambil kira daripada segi melodi, lirik, siapa yang akan dipaparkan, kemasan produk akhir dan pelbagai lagi ” tambah Zizan lagi.

Selain sibuk mempromosikan filem terbaharu dan program TV, beliau juga turut diintai produksi dari Indonesia berkaitan usahasama dalam menjayakan drama bersiri dan juga filem.

“Saya masih lagi berusaha untuk mengembangkan bakat saya di seberang kerana mendapat undangan untuk berlakon dengan produksi di sana dan produknya masih belum dikeluarkan. Saya optimis dengan peminat-peminat di Indonesia kerana sebelum meneroka pasaran di sana, sudah ada peminat-peminat yang menyapa saya melalui media sosial dan rata-rata mereka memberi reaksi positif terhadap karya-karya seni saya.

Akhir sekali, saya berharap agar lagu ‘Kau Takkan Tahu’ dapat diterima ramai dan menjadi lagu evergreen serta mendapat permintaan agar sentiasa diputarkan di stesen-stesen radio seluruh Malaysia.”


Menurut Raqeem Brian, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, “Zizan Razak merupakan artis serba boleh yang mampu melakukan apa sahaja dan kami yakin dengan bakat yang dimiliki beliau juga kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan. Selain itu, Zizan juga seorang yang begitu teliti dengan setiap perkara yang dilakukan dan beliau sentiasa mahukan yang terbaik buat peminat-peminatnya. Saya yakin single ‘Kau Takkan Tahu’ akan diterima baik penggemar muzik Malaysia.”

Lagu ‘Kau Takkan Tahu’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Kau Takkan Tahu’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Tajuk : Kau Takkan Tahu Artis : Zizan Razak Komposer : Alif for Magic Potions Lirik : Alif for Magic Potions/ Talegas Production


VERSE 1

Ku selesa sudah berpunya Dia juga berteman dan khabarnya bahagia Urusan aku dengannya 8 ke 5 saja Tidak pernah lebih walau kerja lebih masa

Tidak pernah lebih walau kerja lebih masa Biar suku hari berbualkan kisah masa Biarpun kudapan berhadapan dan semeja Batas sudah jelas tak perlu jelas berjela

Tapi yang berlaku itu kurang mengerti Pandangan berubah merenungnya saban hari Mungkin ini kisah rasa atau soal hati Bukan kurang peka perasaan si menanti

Bukan kurang peka perasaan si menanti Sedarnya setia tika pulang petang nanti Jangan pernah runsing selagi tidak berlaku Ku tidak akan runsing... cuma...

CHORUS

Sayang kau takkan tahu Apa yang berlaku Simpan alasan mu Kau takkan tahu

VERSE 2

Kalau ku membanting tulang Kalau ku menjaga kata Dan kalau ku lebihkan masa Dan kalaulah kau begitu juga

Masalah yang tidak dibincang Di angkasa tapi tiada bintang Dan hadiah tak semua disimpan Ku setia tak perlu diiklan

Mungkin bukan masa yang kau perlu Mungkin aku saja yang kau perlu Boleh diatasi satu-satu Ku hampir mula, tunggu aku, cuma...

CHORUS

Sayang kau takkan tahu Apa yang berlaku Simpan alasan mu Kau takkan tahu

BRIDGE

...

Jasad hadir tapi hati tak begitu Firasat akhir bukan ku yang di situ Untuk kamu aku bukan lagi ratu Tak cukup sempurna malah buang waktu Dirundung sepi ku di hujung murung Cinta agung lepas dari junjung Ku usung hiba, kelam, mendung Namun kau hanya membiar... biar... biar...

VERSE 3

Kadang aku tertanya Salah-salah kita ada di mana Bagaimana harus ini berakhir? Banyak yang terpendam dari yang terzahir

Nanti dulu sayang, sebentar wahai sayang Mungkin seperkara dua ku terlepas pandang Ku masih lagi sayang, kau nyawa ku sayang Biar ku jelaskan salah faham yang kau bayang

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.