KL RHYTHM NITEZ : KONSERT 'VOICES OF LADIES' PERTEMUKAN 6 DIVA TERUNGGUL TANAH AIR

August 8, 2018

 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) akan mengadakan Konsert Voices Of Ladies pada     11 Ogos 2018 (Sabtu) bertempat di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam. Bersesuaian dengan temanya iaitu Konsert Voices of Ladies, seramai 6 artis wanita yang paling unggul sekali dengan pelbagai genre, Pop, Irama Traditional, Rock, dan Balada akan mengadakan persembahan pada konsert tersebut.


Konsert ini akan dihoskan oleh Maria Tunku Sabri dan Muaz serta membariskan artis-artis wanita iaitu Ella, Nora, Aishah, Noraniza Idris, Elda Susanti dan Yuka Kharisma.  Lebih menarik lagi, persembahan semua artis ini akan diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur dan juga artis budaya DBKL.


Aishah | Wan Aishah Binti Wan Ariffin, Aishah bermula dengan mengikuti satu kumpulan di New Zealand, Fan Club.   Berjaya menembusi pasaran antarabangsa sehingga  berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 pada tahun 1990 dengan lagu Don’t Make Me Fall Alone.  Aishah meneruskan karier solo di Malaysia dari tahun 1990 lagi.  Juara acara berprestij Gegar Vaganza baru baru ini, Aishah tampil dengan lagu terbaru beliau bertajuk Malar.


Ella | Nor Zila binti Aminuddin, aktif menyanyi dari tahun 1985 hingga sekarang. Bergenre Rock bermula dengan Ella and the Boys. Mempunyai lebih dari 13 buah album sepanjang kareer sebagai seorang penyanyi.


Noraniza Idris |  Nor Aniza Binti Haji Idris, bergenre Irama Malaysia dan Etnik Kreatif. Berkarya sebagai penyanyi, pengubah lagu dan penulis lirik.  Aktif sebagai penyanyi dari tahun 1985 lagi. Mempunyai lebih dari 15 album solo dan kompilasi dan duet.  Noraniza Idris banyak memenangi pelbagai anugerah sepanjang karier sebagai penyanyi.  


Nora |  Wan Nora Afiza Binti Ariffin yang bergenre Balada, Etnik Kreatif, Pop dan juga R&B, aktif menyanyi dari tahun 1994 hingga sekarang. Baru saja mengeluarkan single terbaru yang berjudul Ada dalam Tiada.


Elda Susanti |  Elda Susanti Bt. Abdul Majid anak kelahiran Kuala Lumpur,  memulakan karier dari tahun 1998.  Elda mewakili Malaysia di pertandingan berprestij, Dangdut Academy Asia 2 pada tahun 2016 hingga ke peringkat separuh akhir, Juara 2 Dangdut Star 2016 Astro Prima dan mempunyai 2 album Dangdut.  


Yuka Kharisma |  Baru berumur 30 tahun berasal dari Aceh, Indonesia. Berkahwin dengan saxofonist Malaysia, Jeffney Kamar dan merupakan seorang penyanyi, dan komposer.  Bergenre Pop R&B Jazz Soul.  Memulakan karier pada tahun 2008 dan merupakan penyanyi kelahiran Indonesian Idol dan pernah memenangi artis wanita baru terbaik di  Anugerah Planet Muzik ke-15.  Baru sahaja menganjurkan konsert BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert pada 28 April lalu di Dewan Planari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

 

Penganjuran konsert ini antara lain bertujuan untuk memberi hiburan santai secara percuma kepada warga kota, selain memberi ruang dan peluang kepada artis tempatan membuat persembahan.  Konsert ini diadakan secara PERCUMA dan semua wargakota dan orang ramai dijemput hadir dan dijangkakan seramai 2,000 orang akan  memenuhi Panggung Anniversari bagi menyaksikan persembahan artis-artis tersebut.

 

Konsert percuma di bawah program KL Rhythm Nitez  anjuran  Jabatan Kebudayaan Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) ini bertujuan mengaktifkan kembali Panggung Anniversari sebagai pentas hiburan popular sekitar 1970-an hingga 1990-an.
 
Orang ramai bolehlah mendapatkan maklumat  lanjut  dengan  melayari  laman        media sosial   Instagram   klcatsevents    dan   berhubung dengan  Yayasan   Kebajikan  Artis Tanahair (YKAT) di talian 03-22721080 atau email: ykatceo@gmail.com|MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.