DA'I6 | SELAMAT TINGGAL DA'I WAFI


Memasuki minggu ke-3, persaingan para peserta di pentas Da’i musim ke-6 semakin lama semakin sengit. Namun adat pertandingan, untuk mencari juara pasti ada yang akan tertewas dengan perjuangan mereka. Bukan tidak bagus, bukan tidak punya gaya.. mungkin rezeki masih belum berpihak pada mereka. Minggu lalu, pentas Da’i 6 mengucapkan selamat jalan buat ejen dakwah yang berasal daripada Kelantan, Da’i Wafi. Da’i Wafi menjadi peserta ketiga disingkirkan selepas Da’i Syazwani dan Da’i Danial.


Para ejen dakwah ini diuji dengan tazkirah pendek bertemakan pepatah, bidalan dan perumpamaan pada minggu lalu. Tema ini bagi mengangkat martabat bahasa melayu kerana indahnya pepatah, bidalan dan perumpamaan bahasa melayu ini penuh dengan kiasan, sindiran yang dapat dijadikan pengajaran disebaliknya. Para peserta perlu lebih berusaha untuk menyampaikan tazkirah mereka di luar kotak, berbeza dengan minggu-minggu yang sebelumnya bagi membolehkan mereka untuk terus bersaing hebat dipentas Da’i 6.


Juri tetap iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail seringkali menekankan kepentingan untuk mengawal setiap isi-isi yang hendak disampaikan supaya konteksnya dapat difahami dengan baik oleh para penonton di dalam setiap komen-komen mereka. Menurut juri, Da’i 6 adalah platform terbaik untuk mereka menyampaikan ilmu, jadi seharusnya mereka memanfaatkan setiap detik waktu mereka agar ilmu yang ingin disampaikan itu meresap dan memberi kesan di jiwa setiap mereka yang mendengar takzirah mereka. Para peserta yang masih bersaing juga dilihat semakin berkeyakinan dan kreatif untuk mempelbagaikan gaya persembahan mereka.

Berikut adalah topik dan Da’i meter persembahan peserta mengikut giliran minggu lalu:

Da’i Amirul dan Da’i Haziq bersaing sengit apabila masing-masing mendapat peratusan tertinggi menerusi undian penonton dengan hanya perbezaan 1% di antara mereka di mana Da’i Amirul memperoleh 72% undian, manakala Da’i Haziq meraih 71% undian. Ternyata penonton dan juri suka dengan gaya penyampaian kedua mereka yang punyai isi mantap, lengkap dengan rujukan dan gaya bersahaja.

Seperti biasa, tazkirah yang disampaikan oleh setiap peserta selama tiga minit ini dinilai mengikut aspek pengisian Al-Quran & Hadis (30%), gaya & susunan isi (30%), kreativiti persembahan (20%) oleh juri tetap manakala 20% markah lagi adalah daripada para Murabbi. Perjalanan ejen-ejen dakwah ini akan diteruskan lagi bagi minggu ke-empat Jumaat ini. Teruskan menyokong pendakwah muda ini supaya suara dakwah mereka didengari dan pesanan mereka dihayati oleh masyarakat. Jangan lupa #DaiTV3 di laman sosial anda dan tonton persembahan mereka pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di TV3!

GALERI | DA'I MUSIM KE-6/MINGGU 3


Mengenai TV3

Sejak diperkenalkan pada tahun 1984, TV3 sentiasa relevan dan memberi nilai kepada penontonnya menerusi pelbagai program yang merangkumi berita dan isu semasa, kemasyarakatan, keagamaan, majalah dan dokumentari, hiburan, sukan dan drama. Terus mengekalkan kedudukannya sebagai stesen TV Premium Mass Malay, TV3 masih mengekalkan kedudukannya sebagai stesen televisyen nombor satu Malaysia dengan memaparkan program-program berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin, Nona, Majalah 3, Wanita Hari Ini (WHI) dan Malaysia Hari Ini (MHI). Tambahan lagi TV3 tetap berjaya menyentuh jutaan penonton melalui slot-slot drama Akasia, Lestary, Azalea, Samarinda, Iris, Cerekarama dan yang terbaharu, Seramedi serta pelbagai kempen dan program TV lain yang menarik untuk penonton setianya.

Mengenai ALMAS BEAUTY & HEALTH


ALMAS BEAUTY & HEALTH telah ditubuhkan pada tahun 2009. Ia merupakan syarikat milik penuh 100% Bumiputera. ALMAS mengeluarkan dan mengedarkan produk-produk berasaskan kesihatan dan kecantikan yang berkualiti, bermutu tinggi serta bertaraf antarabangsa. ALMAS diuruskan sepenuhnya oleh YBhg Dato' Hassanal Bolkiah Hj Abdul Wahab bersama YBhg Datin Maziah Haji Mohamed selaku Pengarah Urusan dan dibantu oleh beberapa kakitangan yang bertindak dalam pengurusan syarikat dan hal-hal yang berkaitan mutu syarikat. Bertemakan moto syarikat iaitu CANTIK, CERAH, GEBU , jenama Almas terdiri daripada rangkaian Set Kosmetik. Almas mengeluarkan Jus Nusantara Gold yang digelar sebagai ‘Penghulu Segala Produk’. Almas sangat berhati – hati mengeluarkan satu – satu produk, apatah lagi produk kesihatan di mana kaedah R&D dijalankan.



Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.