LEBIH 7000 PEMINAT K-POP GAMATKAN FESTIVAL MUZIK K-WAVE3

August 19, 2018

 

Sebanyak tujuh kumpulan artis popular dari Korea Selatan telah menjayakan Festival Muzik K-Wave 3 yang telah berlansung di Stadium Malawati, Shah Alam  yang bermula pada pukul 8 malam, semalam. Artis-artis tersebut ialah kumpulan FT Island, Exid, Monsta X, AOA, Jeong Sewoon, WJSN serta Boyfriend yang menjadikan jumlah mereka seramai 39 orang yang akan beraksi di pentas.

 

Festival Muzik K-WAVE 3, yang dibawa khas oleh Mcalls anjuran MacpiePro dengan kerjasama MSR itu merupakan acara kali ketiga telah berlansung meriah lebih daripada 120 minit. Edisi kali ini mencatatkan lebih dari 7000 peminat muzik K-Pop membanjiri Stadium Malawati semata mata untuk memberi sokongan terhadap artis-artis pujaan dari negara Korea Selatan itu.

 

Kumpulan WJSN telah mempersembahkan 4 lagu dari album mereka antaranya; Dreams Come TrueSecret, I wish dan Starry Moment. Sementara itu, satu satunya artis solo yang membuat persembahan pada malam itu, Jeong Se-Woon turut mempersembahkan 4 buah lagu dari 2 albumnya, THE 1ST MINI ALBUM PART.1 [EVER] dan Another, antaranya; 20 SOMETHING, Toc,toc, Irony dan Just U

 

Kumpulan wanita Ace of Angels atau AOA telah mempersembahkan 6 buah lagu antaranya; Bingle Bangle, Excuse Me, Bing Bing, Like A Cat, Miniskirt, dan Heart Attack. Sementera itu kumpulan Boyfriend turut mempersembahkan 4 buah lagu popular mereka, antaranya; Star, Obsession, I’ll be there dan I Yah. Kumpulan EXID pula mempersembahkan 6 buah lagu populpar mereka seperti LADY, DDD, Night Rather Than Day,  Ah Yeah, Hot Pink dan UP & DOWN

 

Kumpulan MONSTA X turut mempersembahkan 6 lagu popular mereka pada malam itu antaranya; DRAMARAMA, From Zero, White Love, Be Quiet, Special dan Jealousy. Kumpulan FTISLAND pula tidak kurang hebat pada malam itu , turut mempersembahkan 6 buah lagu popular mereka seperti PRAY, Out of Love, Summer Night Dream, Champagne, The Night dan Take Me Now.

 

Pengguna Mcalls diberi keistimewaan untuk menyaksikan konsert itu hampir percuma iaitu hanya dengan menebus Pakej Masuk, iaitu dengan cara membayar hanya wang pemprosesan sebanyak RM4. Pakej Masuk ke festival berkenaan merangkumi (tiket konsert + yuran pemprosesan + Sim Pek Mcalls Y33) yang menawarkan harga antara RM34 hingga RM498.

GALERI | FESTIVAL MUZIK KWAVE 3, STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.