Diana Chora Tidak Sanggup Lagi Bawa Nama Dike Ardilla

August 20, 2018

Diana Chora, 36 tahun, penyanyi persis suara penyanyi terkenal Indonesia arwah Nike Ardilla suatu ketika dulu sentiasa menggunakan nama Dike Ardilla ini kini tidak sanggup lagi membawa nama itu sejak tahun 2000.

 

Sejak di bawah syarikat rakaman terdahulu dengan bimbingan arwah Deddy Dores beliau telahpun menghasilkan 8 buah album mengandungi 80 buah lagu termasuk duet bersama arwah Deddy Dores, Tommy J Pisa serta lagu kompilasi termasuk lagu-lagu Malaysia seperti Gerimis Mengundang (SLAM), Siti Nurhaliza dan ramai lagi.

 

Penyanyi kelahiran Bandung ini tekad menggunakan nama Diana Chora sebagai nama komersil disamping nama sebenar beliau ialah Diana Utami manakala Chora bermaksud sangat cantik.

 

 

 

''Dahulu dengan menggunakan nama Dike Ardilla adalah sangat berat walhal saya adalah seorang junior dan terpaksa diubah supaya menjadi ke satu nama yang sangat besar'' Kata Diana Chora ketika ditemubual MB.

 

 

 

          Nike Ardilla (1975-1995)

 

Diana yang masih mengekalkan genre pop slow rock hingga ke pop alternatif sekarang terus ingin berkarya dan juga telah merakamkan dua buah lagu single baharu tahun 2018 iaitu Kau Matahariku dan Merindumu.

 

Setelah hampir 10 tahun Diana menyepi di dalam industri selepas tahun 2008, Diana sebenarnya telah melebarkan sayap kerjaya beliau dengan membuka sebuah perniagaan berkaitan fesyen dan aksesori wanita di www.dianachora.com. Di samping itu atas minat beliau dalam dunia fesyen, beliau dikenali sebagai Trendsetter dikalangan pereka-pereka fesyen tempatan serta pengusaha-pengusaha butik di Bandung. 

 

Sekitar sesi bergambar Artis : Diana Chora / Lokasi: Matic KL

 

 

Beliau telah ditemui oleh MB di Matic, Kuala Lumpur baru-baru ini dalam rangka promosi lagu single kedua Merindumu. Beliau juga memberitahu ada perancangan awal untuk mengadakan sebuah showcase serta berkolaborasi bersama sebuah kumpulan band di Malaysia. Ketika beliau ditanya soal cinta, beliau tidak menolak sekiranya ada jodoh. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.