SISI NAKAL SYAMEL!

August 28, 2018

Syamel tampilkan perbezaan dalam karya terbarunya, 'Kau Pun Sama'                 

Mula dikenali selepas bakatnya dicungkil di pentas Akademi Fantasia 2015, pemilik nama Syamel Aqmal Mohd Fodzly yang lebih mesra dengan panggilan Syamel kini bukanlah nama asing dalam indsutri muzik tanah air.

 

Malah kemunculannya dalam arena seni tempatan terus diraikan selepas menempa kejayaan demi kejayaan. Setelah mencuri perhatian peminat muzik Malaysia dengan lagu pertamanya ‘Hidup Dalam Mati’ di awal kemunculannya dulu, Syamel terus mengorak langkah dengan lagu ‘Lebih Sempurna’ hasil nukilannya sendiri.

 

Tidak cukup dengan itu, Syamel lanjut mencabar dirinya dengan menyertai pertandingan realiti, Duo Star di mana gandingannya bersama Ernie Zakri membuahkan hasil lewat gabungan vokal mantap mereka berdua dalam lagu ‘Aku Cinta.’

 

Dan selepas melancarkan lagu ‘Biar Cinta’ tahun lalu, kini bintang berbakat besar itu kembali dengan karya terbaru yang berjudul ‘Kau Pun Sama’. 

 

Lagu ‘Kau Pun Sama’ juga merupakan sebuah karya yang digarap oleh Syamel sendiri bersama dengan Kidd Santhe, seorang bintang hip hop yang semakin meningkat naik dengan bantuan panduan vokal dari rakan duetnya Ernie Zakri. Dan berbeza dengan karya-karya Syamel sebelum ini, ‘Kau Pun Sama’ merupakan lagu berentak rancak dan lari dari konsep balada cinta yang sering didendangkan penyanyi itu.

 

“Lagu itu terhasil apabila idea untuk mengadakan satu lagu yang berentak laju keluar daripada pemikiran saya dan juga pihak pengurusan . Pada saya, kalau lagu balada, lagu itu harus menjadi sebuah lagu balada yang sedap dan berkualiti. Dan andai kata jika inginkan lagu berentak laju, ia harus menjadi sebuah lagu yang berkualiti juga,” ujar Syamel tentang lagu tersebut.

 

Pihak Rocketfuel Entertainment yakin bahawa buah tangan terbaru Syamel ini pasti akan diminati para peminat muzik tanah air dengan gubahan muziknya yang lebih segar dan ‘catchy’. | MYBUZZ!

   

 

Lagu : KAU PUN SAMA
Artis : SYAMEL

Komposer : Syamel & Kidd Santhe 
Lirik : Syamel

 

 

VERSE 1 
Jangan kau tanya siapa semalam
Takut bibirku kan menyakitkan 
Abaikan saja ku kan disini 
Melayani mu setiap hari

 

VERSE 2
Tapi tak kusangka
Satu hari terjumpa
Pesanan ringkasnya baby you di mana...
Kelu kau terpinga
Tapi tak mengapa
Kau dan aku kita sama

 

PRE CHORUS

Aku tahu 
Siapa mahu
Bermadu cinta....
LALALA

Tak ku paksa
Engkau setia
Aku kan terima 

 

 CHORUS
Kau kata 
cinta mu
Tulus dan setia

Kau kata 
Ku dusta
Tapi engkau pun sama 

 

Repeat PRE CHORUS 2x

Aku tahu 
Siapa mahu
Bermadu cinta...
LALALA

Tak ku paksa
Engkau setia
Aku kan terima 

 

CHORUS
Kau kata 
cinta mu
Tulus dan setia

Kau kata 
Ku dusta
Tapi engkau pun sama

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.