MSI PERKENAL KOMPUTER RIBA BINAAN NIPIS MSI PRESTIGE PS42 KE PASARAN MALAYSIA

September 4, 2018

 

MSI sebuah jenama yang terkenal untuk perkakasan dan peranti 'gaming' mereka. Komputer riba dibawah jenama ini biasanya hadir dengan spesifikasi yang dibina khusus untuk membolehkan pengguna menikmati pengalaman permainan komputer yang lancar.

 

Ogos lalu, MSI nampaknya telah memperkenalkan sebuah model komputer riba yang dibina khusus untuk tugasan harian dan mereka yang sering bekerja di luar pejabat.

 

Komputer riba  model MSI PS42 merupakan sebuah komputer riba dengan binaan nipis dan ringan yang hadir dengan paparan skrin bersaiz 14 inci yang mempunyai resolusi Full HD 1920×1080, disamping alur (bezel) nipis yang membolehkan paparan skrin dipapar menggunakan 80 peratus daripada keluasan panel. Sementara itu komputer riba ini berkeberatan 1.19kg sahaja dan diklasifikasikan sebagai sebuah komputer riba yang ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana.

 

Dari segi spesifikasinya pula, komputer riba MSI PS42 ini dilengkapi dengan CPU Intel Core i5 generasi kelapan Coffee Lake, memori DDR4 sebanyak 8GB, storan SSD sebesar 256GB dan juga kad grafik NVIDIA GeForce MX150 dengan memori GDDR5 sebanyak 2GB.

 

MSI PS42 ini juga turut dilengkapi dengan beberapa ciri menarik seperti lampu latar papan kekunci, teknologi True Color yang membolehkan pengguna memilih tona warna paparan laptop ini, disamping teknologi penyejukan Cooler Boost 3 yang akan menyejukkan CPU dan GPU laptop ini dengan baik.

 

Bukan itu sahaja, MSI juga memberi jaminan bahawa  komputer riba MSI PS42 ini mampu bertahan selama 10 jam dengan satu pengecasan penuh, yang membolehkan pengguna melakukan tugasan harian mereka di luar pejabat tanpa perlu membawa pengecas laptop bersama anda.

 

Laptop MSI PS42 ini kini boleh dibeli di pasaran atau melalui atas talian SenQ Malaysia pada harga RM3949.

 

 Youtube: MSI Gaming

Spesifikasi Produk

 

 


Processor Intel® Core i5-8250U Processor
Display 14" FHD IPS-level panel 
Graphics Nvidia Geforce® MX150 with 2GB GDDR5
Memory DDR4-2400
Storage 256GB SSD
WLAN 802.11 ac Wi-Fi + Bluetooth 4.1 (Intel 3168)
KG Backlight Single
Weight / Dimension 1.19kg / 332(W)x 222(D) x 15.9(H) mm
OS Windows 10 Home

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.