BALAI SENI NEGARA SAMBUT ULANG TAHUN KE-60

September 5, 2018

 

Sejarah manis buat penggiat seni visual tanah air apabila Perdana Menteri Ke 7, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sudi untuk turut sama meraikan sambutan Jubli lntan Balai Seni Negara. Ini merupakan indikator penting oleh kerajaan “Malaysia Baru” yang mengangkat seni visual sebagai elemen penting dalam pembinaan negara bangsa. Perkara ini bukan sesuatu yang baru, malah sejak penubuhan Tanah Melayu, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah menubuhkan Balai Seni Negara pada 27 Ogos 1958 iaitu setahun selepas kemerdekaan. Bangunan operasi galeri pada waktu itu bersebelahan dengan Bangunan Parlimen Tanah Melayu Pertama di 109, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 

 

Majlis ini bukan sahaja sebagai pengiktirafan kepada Balai Seni Negara sebaliknya penghargaan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan agensi-agensi di bawahnya yang diterajui oleh menteri yang baru, YB Tuan Mohamaddin Ketapi. Dasar Kerajaan “Malaysia baru” ini memberi penekanan dalam membangunkan semua sektor termasuk sektor Pelancongan, Seni dan Budaya. Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan Ketua Setiausahanya, YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah. 

 

Balai Seni Negara bukan sahaja menyambut ulang tahunnya malah sambutan juga meliputi sambutan kemerdekaan negara yang mana tarikh penubuhan Balai Seni Negara hampir dengan tarikh kemerdekaan Malaysia. Acara gilang gemilang ini dipersembahkan dengan deretan pembukaan pameran dan aktiviti, antaranya pembukaan Pameran “A Place Called Home”, Pameran “Teh Tarik With The Flag”, Pameran “Minta Perhatian” dan Pameran “Tekad 6 Dekad”. Selain itu, Balai Seni Negara juga melancarkan Penerbitan Komemaratif Seni Visual 60 Tahun, Penerbitan Majalah lnformasi Seni “Senikini”, Setem dan barangan ekslusif edisi terhad 60 tahun untuk orang ramai. 

 

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Ulang Tahun ke 60 Balai Seni Negara, sebuah program iaitu Program Permukiman Rakyat Seni Art Bazaar 2018 akan berlangsung pada 7,8 dan 9 September 2018. lanya merupakan program karnival seni bertujuan membuka platform kepada usahawan seni memasarkan produk mereka secara terus kepada khalayak. Orang ramai dijemput hadir. Maklumat lanjut sila layari www.artgallery.gov.my

Sejarah 

ldea penubuhan bermula pada tahun 1954 hingga 1956 oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malay Art Council) yang diketuai oleh Mubin Sheppard dan Frank Suvillian. Pada 27 Ogos 1958, Balai Seni Negara secara rasmi ditubuhkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Sayyid Putra Al-Haj lbni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dengan Frank Suvillian dilantik sebagai pentadbir Pertama Balai Seni Negara. Awal penubuhan Balai Seni Negara ianya ditempatkan di Bangunan bersebelahan Bangunan Parlimen Tanah Melayu Pertama iaitu 109, Jalan Ampang. Ordinan untuk menubuhkan Balai Seni Negara telah diperkenankan Yang Dipertuan Agong pada tahun 1959 dibawah 516: Akta Balai Seni Lukis Negara 1959. 

Pameran Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 60 dan Sambutan Merdeka 

 

“A Place Called Home”

Pameran ini diangkat bertujuan memupuk rasa bangga dan kecintaan rakyat pada tanah air yang bertuah ini. lanya disusun mengikut naratif sejarah seni moden tanah air, di mana 17 karya penting koleksi khazanah negara yang mewakili zamannya dipersembahkan dalam bentuk Grafik Interchange Format (GIF). lanya untuk menarik minat khalayak dengan cara persembahan terkini dan secara tidak langsung menerapkan ilmu mengenai seni moden tanah air. Ia disusun seperti skrip filem pendek mengenai tradisi, tempat, rumah dan negara kita. 

 

Karya nama-nama penting dalam sejarah seni moden Malaysia seperti William Samwell, George Giles, Georgette Chen, Cheong Soo Peing, Yong Mun Seng, Lee Boon Wong, Mohd Hoessein Enas, Dzulkifli Buyung, Dahlan Sulaiman, A.J Rahman, Anthony Lau, Redza Piyadsa, Syed Ahmad Jamal, Hoo Jan Tim, Douglas Glass, Embing Tadok, Khamis Othman, Linggam, Unyan dan Ahmad Kassim dipersembah dalam bentuk GlF pasti memberikan pengalaman baru kepada pengunjung dan pencinta seni tanah air. Pameran ini berlangsung pada 9 Jun 2018 dan dijangka tamat pada 5 September 2018 di Galeri 28, Balai Seni Negara.

 

“Teh Tarik with the Flag”

Sebuah Pameran yang melibatkan 13 pelukis ternama Malaysia di mana mereka bereksplorasi dengan simbol dan ciri-ciri “Jalur Gemilang”. Kita sering didedahkan dengan ciri-ciri yang termaktub dalam buku teks. Namun pada pameran ini pelukis mengalihkan pandangan penghayat secara unik kearah perspektif yang berbeza. Peranan Jalur Gemilang jauh lebih luas yang mana kita kurang sedar walaupun merasainya dijiwa. lanya seperti konsep “Teh Tarik", dimana merupakan sesuatu yang amat sinonim dengan rakyat Malaysia walaupun dipandang remeh. Keunikannya dengan menyatukan kita setiap pagi diwarung, gerai, restoran dan pelbagai lagi. lanya merupakan medium penyatuan Rakyat Malaysia berkumpul, bercerita, menyatakan harapan, berkongsi perasaan dan pandangan, sebenarnya sesuatu yang besar dalam membentuk Malaysia. Pameran ini dipersembahkan oleh Wei Ling Gallery dengan kolaborasi Balai Seni Negara. lanya membariskan pelukis Anurendra Jegadeva, Chong Kim Chiew, Choy Chun Wei, Fauzan Omar, Hamidi Hadi, Hasnol Jamal Saidon, Hayati Mokhtar, HH Lim, Ivan Lam, Rajinder Singh, Sean Lean, Sulaiman Esa dan Yau Bee Ling. Pameran ini berlangsung pada 23 Julai 2018 dan dijangka tamat pada 17 September 2018 di Galeri 3B, Balai Seni Negara.

 

“Minta Perhatian”

Sebuah Pameran “Koleksi Nasional” untuk mengangkat dan menyemarakkan kembali karya dari praktis yang kurang popular dilapangan seni visual tanah air. Karya ini penting dalam merakamkan refleksi situasi semasa pada satu (1) waktu namun ianya kurang mendapat perhatian para kolektor kerana kesukaran untuk menyimpan dan mempamerkannya. Sebagai sebuah institusi negara, Balai Seni Negara mengangkat kembali karya-karya ini kepada tatapan khalayak kerana ianya penting dalam penghasilan “Malaysia”. Pameran ini terdiri dari 3 genre seni iaitu Arca, lnstalasi (Karya yang disusun dan dipasang) dan Karya Media Baru. “Minta Perhatian” merupakan tarikan istimewa kepada orang ramai untuk menikmati kembali karya-karya sebegini. Pameran ini dipamerkan di ruang Galeri Tun Razak mulai 30 April 2018 hingga 30 Januari 2019.

 

“Tekad 6 Dekad”

“Tekad 6 Dekad” merupakan sebuah pameran yang dirancang oleh Balai Seni Negara, bersempena ulang tahun ke-60 penubuhannya. Sebuah pameran karya-karya koleksi simpanan negara (Koleksi Himpunan Tetap Balai Seni Negara), dimana karyakarya ini subjeknya berefleksi secara langsung dengan pengalaman dan keadaan semasa pada dekatnya yang mencatatkan sejarah kehidupan Malaysia dari segi, politik, sosial, budaya dan aspek-aspek lain. lanya lebih menyentuh tentang hasrat pelukis setelah mengalami peristiwa bersejarah tersebut mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan negara ini. Pameran ini mula dipamerkan di Galeri 2A pada 27 Ogos 2018 dan dijangka tamat pada 31 Disember 2018.

 

Penerbitan Komeratif 60 Tahun

Penerbitan sebanyak 150 muka surat ini adalah merupakan penerbitan ilmiah yang dibukukan mengenai analisis 3 pakar seni En Badrol Hisham, Prof Madya Dr Baharudin Aras dan Prof Madya Dr Abdul Halim Husin tentang Seni Visual Negara sepanjang kewujudannya dinegara ini. Analisis adalah merangkumi program yang pernah dilaksanakan, koleksi dan sumbangan sepada sistem pendidikan oleh Masyarakat Seni dan Balai Seni Negara. Penulisan ini juga turut disertakan dengan Penulisan Allahyarham Redza Piyadasa dan Allahyarham Syed Ahmad Jamal yang ditulis pada Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 sebagai rujukan. Tujuan penerbitan dilakukan adalah sebagai pemangkin untuk mewujudkan lagi dialog pakar-pakar seni tentang seni visual tanah air yang mampu membawa seni visual kesuatu tahap yang tinggi.

 

Setem

Sebagai tanda kenangan sambutan ulang 60 tahun Balai Seni Negara ini, Balai Seni Negara dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan Setem Khas karya Koleksi Negara. 6 karya terpilih iaitu William Samwell 1893, Mohd Sallehuddin 1959, Dzulkafli Buyong-1963, Mustafa Haji Ibrahim 1973, Shahrul Anuar Shaari 2001 dan Yea I Lan 2005. Kayra karya ini dipilih berdasarkan dari naratif sejarah seni moden hingga ke kontemporari Malaysia. Setiap karya menunjukkan refleksi keadaan semasa pada tahunnya mencerminkan perkembangan seni visual tanah air. Dari rakaman sejarah ke rakaman kehidupan harian, dari tidak berpendidikan kepada setelah menerima pendidikan formal. Semua perkara ini adalah hasil dari sejarah Malaysia itu sendiri. lni merupakan pengeluaran Setem kali kedua (2) dimana sebelum ini Balai Seni Negara mengeluarkan Setem Karya yang telah diangkat sebagai karya Warisan Negara

 

Cenderamata Ekseklusif

Selain dari setem, Balai Seni Negara akan mengeluarkan 12 cenderamata ekseklusif 60 Tahun Balai Seni Negara iaitu Button Badge, Fridge Magnet, Pensil, Transparent Plastic Folder, Pembaris, T Shirt, Mug, Kemeja, Porfolio Karya, Poskad dan Bag Kenas. Semua barangan ini merupakan barangan edisi terhad dimana pencetakannya hanya diantara 7 hingga 1000 unit sahaja. Antara barangan yang menarik adalah MUG, dimana ianya menggunakan 20 karya koleksi negara direkabentukkan kepada MUG dan dicetak hanya 7 unit sahaja bagi tiap rekabentuk. Satu unit akan disimpan oleh balai Seni Negara dan satu diberikan kepada pelukis atau pengkarya. Manakala 5 unit sahaja bagi tiap rekabentuk dibuka untuk jualan kepada orang ramai. Tshirt, Kemeja Portfolio dan Poskad dicetak pada kuantiti 200 sahaja.

 

Galeri dibuka untuk orang ramai setiap hari, mulai jam 10 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah percuma. Untuk maklumat lanjut layari www.artgallery.gov.my.

GALERI | SAMBUTAN JUBLI INTAN BALAI SENI NEGARA

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.