ARTIS POPULAR 70AN-90AN BAKAL JAYAKAN KONSERT FENOMENA D'POP, BANTU PENUHI TABUNG DANA MAKNA



Sebuah konsert yang mengumpulkan penyanyi-penyanyi popular era 70an-90an dari pelbagai genre muzik bakal diadakan pada 28 September 2018 bermula jam 8.30 malam bertempat di Dewan Banquet Menara FELDA, Kuala Lumpur.

Bersesuaian dengan dengan temanya, Konsert Fenomena D’POP bakal dijayakan oleh 9 artis popular dan terhebat tanah air seperti Dato’ M. Daud Kilau, Dato’ Jamal Abdillah, Dato’ Nassier Wahab, Rohana Jalil, Zur Eda, Amelina, Haiza, Zamani SLAM dan Siti Nordiana.

Konsert yang dianjurkan buat julung kalinya oleh syarikat pengurusan acara Wide Lane Event & Management, dijadualkan berlansung selama 3 jam tanpa henti dan bakal di hoskan oleh penyampai radio Kool FM, Muaz.

Peminat-peminat yang hadir pada malam tersebut bakal menikmati persembahan dari artis-artis pujaan mereka sambil menikmati hidangan makan malam eksklusif yang disediakan oleh pihak D’Saji. Selain itu, peminat-peminat bertuah yang membeli tiket untuk konsert pada malam itu bakal membawa pulang hadiah cabutan istimewa yang berupa tiket penerbangan ke destinasi-destinasi luar negara.

Menurut Pengarah Strategik Wide Lane Event & Management, Encik Rashid Ramli, pihaknya akan memastikan konsert pada malam tersebut berjalan lancar dan berjaya. Menurutnya lagi, sebahagian kutipan dari jualan tiket konsert pada malam itu akan disalurkan kepada tabung dana Majlis Kanser Malaysia (MAKNA).

Menepati kehendak ramai, eksklusif serta seiring dengan tujuan konsert ini diadakan bagi mengumpul dana bagi MAKNA, pihak Wide Lane Event & Management menawarkan pakej harga tiket yang berpatutan bermula dari RM1000 (Platinum), RM500 (Gold), RM300 (Silver) dan RM200 (Emerald). Tiket- tiket boleh di dapati mulai hari ini melalui wakil jualan di DEWAN KACH'e yang beralamat di No 36, Jalan Serendah 26/41, Sekitar 26, Seksyen 26, 40400 Shah Alam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 019-3977830 atau semak maklumat di :

Facebook: fenomenadpop Instagram: @fenomenadpop Twitter: @fenomena_d Emel: fenomenaoiii.18@gmail.com

GALERI | SIDANG MEDIA KONSERT FENOMENA D'POP

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.