MYDIN PERKENAL TRANSAKSI PEMBAYARAN TANPA TUNAI DENGAN APLIKASI BOOST


PASAR RAYA MYDIN BERGANDING TANGAN DENGAN APLIKASI DOMPET MUDAH ALIH TEMPATAN BOOST UNTUK MELAKSANAKAN PENDlGlTALAN


Jaringan peruncitan dan pemborongan terbesar di tanah air, MYDIN melaksanakan pembayaran tanpa tunai dengan aplikasi dompet mudah alih tempatan, Boost. Bermula dari 4 September, kesemua 75 gedung borong dan runcit MYDIN di seluruh negara termasuklah kedai premiumnya, SAM’S Groceria akan menerima bayaran dengan aplikasi Boost.


Kerjasama ini akan mencetuskan revolusi dalam pengalaman beli-belah kelengkapan rumah di Malaysia dengan menawarkan akses mudah kepada keperluan harian melalui telefon mudah alih. Berdasarkan matlamat untuk menjadikan transaksi lebih mudah, pantas dan selamat untuk semua rakyat Malaysia, Boost menawarkan pilihan bayaran digital yang sepadan dengan gaya hidup di Malaysia.


“Jaringan peniaga kami berkembang pesat dalam tahun ini, maka komitmen MYDIN untuk melaksanakan pendigitalan akan mengukuhkan Iagi usaha kami ke arah masyarakat tanpa tunai. Kini, melalui Boost pelanggan MYDIN hanya perlu mengakses telefon mudah alih mereka untuk membual bayaran, sekaligus memupuk gaya hidup tanpa tunai. Pada zaman digital ini, telefon pintar memainkan peranan penting untuk mengurus komunikasi dalam kehidupan peribadi mahupun di tempat kerja. Malah, la telah menjadi sumber rujukan maklumat yang sedia ada dalam poket anda. Maka, tidak hairanlah kalau ia turut memainkan peranan sebagai dompet. Peralihan tersebut akan memberikan pengalaman beli-belah yang lebih sempurna dan selamat, tanpa perlu bimbang dengan masalah tunai di tangan yang tidak mencukupi. Tambahan pula, ia dapati membantu keluarga mengurus serta menjimat perbelanjaan bulanan secara kolektif sambil menerima bayaran balilk pada masa yang sama. Kami akan memperkenalkan kempen baru tidak lama Iagi untuk menggalakkan pengguna membayar secara tanpa tunai. Dengan ini, pelanggan yang membeli-belah di MYDIN akan dapat menikmati ganjaran hebat apabila membayar dengan Boost." demikian kata-kata Christopher Tiffin, Ketua Pegawai Eksekutif Boost. (Gambar)


Sebagai aplikasi dompet mudah alih hasilan tempatan yang terkemuka di Malaysia, Boost mempunyai lebih 3,000,000 pengguna sehingga hari ini, serta 35,000 lokasi di seluruh negara. Boost telah membina kehadiran yang kukuh di tempat-tempat popular seperti pasar malam, trak makanan, kedai-kedai F&B utama, gedung runcit, bahkan platform beli-belah dalam talian.


“Kami berasa amat teruja untuk memulakan perjajanan ini dengan Boost. Dengan Iebih 75,000 transaksi di gedung-gedung kami setiap hari, kami berbesar hati untuk menawarkan satu (1) pilihan yang lebih mudah dan cepat untuk pelanggan kami,” kata Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Bin Mydin, Pengarah Urusan MYDIN. (Gambar)


“Kami tidak sabar untuk melancarkan inovasi serta berubah mengikut peredaran zaman bersama pengguna di Malaysia. Berbekalkan lebih 20 juta pengguna felefon pinfar di Malaysia, kami ingin menerapkan penggunaan dompet mudah alih dengan Boost untuk mencipta tanggapan yang kuat terhadap jenama kami terutamanya dalam kalangan pengguna muda. Kami yakin gandingan dengan aplikasi dompet mudah alih hasilan tempatan ini untuk memajukan perniagaan kami adalah langkah yang paling sempuna,” tambah beliau.


Sebagai aplikasi gaya hidup, pengguna boleh menikmati pelbagai perkhidmatan daripada pembelian tambah nilai prabayar dan baucer digital, serta memberikannya sebagai hadiah, sehinggalah ke pemindahan tunai percuma serta bayaran secara berasingan dengan ciri pembahagian bil. Baru-baru ini, pengguna Boost dapat menikmati pembayaran bil utiliti serta pembayaran parkir di Kuala Lumpur. Selain itu, mereka juga dapat menikmati bayaran balik segera melalui ciri “Shake" yang memberikan pengalaman yang menyeronokkan.


Pengguna Android dan iOS boleh memuat turun aplikasi Boost dari Play Store dan App Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.myboost.com.my/. lkutilah Boost di ruangan media sosial dengan hashtag #Homegrown #Gocashless #Boost #BoostApp.

Tentang Boost

Boost merupakan dompet mudah alih jenama tempatan yang bertujuan untuk merevolusikan kaedah pengguna melakukan transaksi harian. Menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital yang sofistikated, Boost berusaha unluk menjadikan transaksi pengguna menjadi Iebih mudah, cepat, selamat dan pengguna mendapatkan pengalaman menyeluruh yang lebih memuaskan.


Boost secara rasminya telah dilancarkan pada Januari 2017 sebagai sebuah platform yang telah mendigitalkan salah satu (1) bisnes teras syarikat telekomunikasi kaedah pengguna prabayar menambah nilai kredit mudah alih mereka. Boost membenarkan pengguna untuk membuat pembayaran menggunakan telefon bimbit di lokasi yang mengambll bahagian tanpa kerumitan pembayaran menggunakan wang tunai atau pun kad. 3 juta pengguna Boost kini boleh membuat pembayaran di lebih 35,000 lokasi seluruh negara.


Ciri-ciri utama termasuk:

☆ Bayaran balik ☆ Pembayaran bil utiliti dengan rakan niaga sepenti Telekom Malaysia, Astro dan Syabas ☆ Pembayaran parkir (kebanyakan jalan-jalan raya utama di Lembah Klang) ☆ Ganjaran segera melalui ciri

“Shake” ☆ Derma tanpa tunai kepada beberapa organisasi #DoGoodwithBoost ☆ Pembelian dan pemberian baucar digital bagi peniaga atas talian, kedai makanan & minuman, hiburan,