DA'I 6 | MERDEKAKAH JIWA DAN MINDA KITA?


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Kata keramat yang sering didengari apabila tanggal 31 Ogos menjelma. 61 tahun merdeka, sudah merdekakah jiwa dan minda kita? Minggu lalu, lima peserta Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-6 iaitu Da’i Imran, Da’i Adam, Da’i Raisyah, Da’i Haziq dan Da’i Syahmi diberi tugasan mengupas erti kemerdekaan dari kaca mata Islam bersempena Hari Kebangsaan Malaysia dengan tema “Memerdekakan Minda & Jiwa”.


Berlainan dengan minggu-minggu sebelum ini, pentas minggu ketujuh telah dibuka dengan persembahan pidato dan bacaan Rukun Negara oleh adik Umar Shakur yang menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan para penonton tidak kira di studio mahupun di rumah.


Da’i Imran sekali lagi cemerlang dengan tazkirah beliau yang mengupas mengenai kemerdekaan pada zaman Rasulullah S.A.W 1400 tahun dahulu dengan naratif lengkap yang menyokong isi persembahan beliau sehingga menerima pujian oleh Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud yang kembali menggalas tugas juri sekembalinya beliau daripada Tanah Suci Mekah. Da’i Imran bijak menerangkan bagaimana kedatangan Rasullullah memerdekakan jiwa-jiwa manusia daripada tuhan-tuhan palsu kepada tuhan yang Maha Satu!.

Tiga peserta yang memperoleh undian tertinggi menerusi undian di laman sosial twitter pada minggu lalu adalah Da’i Haziq (76%), Da’i Adam (70%) dan Da’i Imran (66%). Namun mendapat undian tertinggi tidak menentukan mereka akan terus terselamat kerana markah 100% adalah daripada juri professional dan juga murabbi mereka.


Berikut adalah topik persembahan peserta mengikut giliran pada minggu ketujuh:


Tiada penyingkiran pada minggu lalu, ini bermakna lima peserta akan terus kekal dalam persaingan mereka ke pentas akhir yang hanya tinggal empat minggu sahaja lagi. Ayuh, berikan sokongan kepada para pendakwah muda ini dengan menonton persembahan mereka sekali lagi pada hari Jumaat ini, 7 September, jam 9.00 malam di TV3. Jika anda ingin ketahui aktiviti-aktiviti luar yang dilakukan oleh para Da’i musim ke-6 ini, jangan ketinggalan untuk turut menonton jurnal Da’i pada jam 7.55 malam pada hari yang sama dan teruskan untuk #DaiTV3 di laman sosial anda!. |MYBUZZ!

GALERI | DA'I 6 MINGGU KE-7