HAFIZO AKA TE RAP BOI TERUS BERJUANG DEMI HIP HOP

September 9, 2018

Yakin dan percaya muzik berkonsep rap mempunyai peminatnya yang tersendiri, bagi HafizO aka Te Rap Boi atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz bin Othman tidak akan putus asa meneruskan perjuangan demi muzik hip hop tanah air.

 

Mengambil contoh selebriti rappers tanah air seperti Joe Flizzow, Altimet, Cat Farish dan ramai lagi, ini memberikan semangat kepada anak muda ini bagi mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam mengenali dunia rap dengan lebih dekat.

 

 

HafizO mulakan secara serius dalam muzik rap sejak 2 tahun lalu di mana beliau bersama-sama secara aktif dalam kumpulan yang diberi nama SARJAN HASSAN & PREBET

 

Minat sebagai rappers telah ada sejak kecil lagi dan akhirnya impian beliau ingin menjadi seorang rappers tercapai walaupun bermula bergerak secara ''bawah tanah'' atau 'Underground".  Beliau juga seorang yang meminati street wear fashion.

 

 

Dalam masa 2 tahun ini banyak undangan persembahan yang diterima dan baru-baru ini beliau telah berduet dengan Maisarah Ukulele di Konsert Jom Heboh 2018 di Bukit Jalil dengan membawa lagu Adakah Ini Cinta. Beliau juga dilihat mampu mengawal persembahan rap dengan baik ketika di atas pentas.

 

 

Dengan bakat menulis lagu yang ada pada beliau sekarang ini, beliau telah menghasilan 2 buah single iaitu Juara (2017) dan terbaru lagu Renjana (2018).

 

Lagu single pertama JUARA dihasilkan dan ditulis lirik oleh beliau sendiri. Manakala lagu RENJANA juga gubahan oleh beliau sendiri dan lirik ditulis bersama Sidiq.

 

Semua aktiviti seni beliau adalah di bawah pengurusan syarikat Harithmai Production (HMP) Music Entertainment. Sebarang undangan bolehla emel pengurusan HMP di event4hmp@gmail.com.

 

 JUARA

 

 

Pada usia seawal 21 tahun,  beliau yang juga  merupakan bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal  ini terus optimis ingin memartabatkan industri muzik tanah air dengan membawakan lagu-lagu berkonsep rap serta hip hop supaya sentiasa berada dihati peminat dan juga berharap agar orang ramai dapat menerima lagu-lagu yang dihasikan oleh beliau. Beliau telah ditemui oleh MB baru-baru ini di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

 

Sekiranya anda semua ingin mengetahui perkembangan HafizO aka Te Rap Boi ini bolehla ke akaun sosial media beliau:

 

Facebook : HafizO

Instagram : @iamhafizo

Twitter: iamhafizo

Youtube : iamhafizo

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.