SUKAN EKSTREM TERBAIK DUNIA BAKAL DIADAKAN DI BUKIT JALIL

September 9, 2018

Sempena Hari Sukan Negara yang bakal disambut pada Oktober depan, satu (1) acara sukan aksi lasak permotoran bakal dianjurkan di Axiata Arena, Bukit Jalil kelak.

 

 YB Syed Saddiq bergambar bersama penganjur dan penaja Master of Dirt All In Tour 2018

 

Julung-julung kali dibawakan ke Kuala Lumpur, acara ini menumpukan peminat sukan permotoran serta sukan aksi lasak. Penganjur acara antarabangsa yang berpengalaman selama 15 tahun dalam menganjurkan acara seumpama di serata dunia lnl berkata, susunan program acara Masters Of Dirt All in Tour 2018 menjanjikan persembahan aksi lasak yang terbaik seiring dengan kesesuaian zaman.

 

 

Masters Of Dirt All In Tour 2018 dibawakan oleh Entertaiment Sport Group (ESG) dengan kerjasama Shiraz Projects. Ketua Pegawal Eksekutlf ESG, Edy Fathullah Abd. Wahid berkata, pihaknya amat teruja untuk menguruskan acara seumpama ini ke Malaysia. Malah buat pihak penganjur, acara yang akan diadakan pada 13 Oktober 2018, jam 8.30 malam nanti, akan menjadi bualan rakyat Malaysia di perkongsian media sosial dan disambut meriah di Axiata Arena kelak.

 

Acara ini disertai kumpulan aksi lasak terkenal darl serata dunia. Antara persembahan sewaktu acara ini adalah Freestyle Motocross, Quad, Buggy Backflip, Tandem dan Snowmobile. Turut diserikan juga dengan persembahan oleh kumpulan aksi lasak dunia BMX dan MTD.

 

Dengan kehadiran YB Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan Malaysia turut sudi melancarkan dan menyatakan sokongan kepada acara ini.

 

 YB Syed Saddiq bersama Encik Edy Fathullah Abd. Wahid, Ketua Pegawal Eksekutlf ESG

 

''Saya bagi pihak Kementerian berasa sangat teruja dan bangga ke atas penganjuran yang berprestij ini demi memartabatkan semangat kesukanan kepada semua rakyat malaysia khususnya kepada golongan belia'' Ujar YB Syed Saddiq semasa merasmikan acara ini di W Kuala Lumpur Hotel, hari Khamis lalu.

 

Maklumat lanjut berkaitan acara boleh dilayari di media sosial rasmi, Facebook/mastersofdirt, @mastersofdirt dl lnstagram dan Twitter. Tiket boleh didapati di laman sesawang Myticket.Asia bermula 28 Ogos 2018. Harga tiket ialah RM88, RM128, RM158, RM298 dan RM398.

 

Cabutan bertuah berupa empat (4) buah motor DUCATl bakal dihadiahkan kepada pengunjung. Acara ini disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Juga ditaja oleh BOOST Exclusive E-Wallet, OHJ Cleaning and Maintenance dan BUR Overlay and Staging.

 

Boost adalah e-wallet mudah alih jenama tempatan yang menyediakan penyelesaian pembayaran yang mudah kepada lebih dari 3 juta penggunanya. selari dengan gaya hidup moden masa kini. "Masters of Dirt merupakan acara sukan aksi lasak yang pertama dianjurkan di Malaysia dan kami berbangga untuk menjadi E-Wallet eksklusif acara ini. Misi kami adalah untuk memberi pengalaman pembayaran yang lancar dan penuh ganjaran kepada pengguna kami ketika membeli tiket, barangan, makanan dan minuman di arena. Mereka iuga boleh mendapatkan tempat duduk eksklusif Boost yang disediakan khas untuk pengguna E-Wallet," kata Ketua Pegawal Eksekutif Boost, Christopher Tiffin.

 

Selain itu, persembahan oleh DJ Sabrina Terence. DJ Mosaken, The Fuel Girls serta Pyrotechnics akan diadakan ketika pengunjung mengunjungi gerai jualan dan tapak pameran disekeliling Axiata Arena.

 

Riders List:

 

FMX:
1. Alastair Sayer - South Africa 
2. Kai Haase - Germany
3. Edgar Torronteras - Spain 
4. Jamie Squibb - United Company
5. Antonio Navas - Spain 
6. Rocky Florensa - Spain
7. TBA

 

QUAD:
1. Ales Rozman - Slovenia

 

BMX/MTB: 
1. Nicholai Rogatkin - United Stated of America
2. Bienvenido Aguado Alba - Spain
3. Daniel Ruso - Austria 
4. Patrick Guimez

 

TEASER MASTER OF DIRT - ALL IN TOUR 2018 -

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.