DA'I 6 | PELUANG KEDUA YANG TERSIA

September 12, 2018

Da’i Amirul Terlepas Peluang, Da’i Raishah Tersingkir!

 

Tersingkir pada minggu ke-enam, Da’i Amirul sekali lagi terlepas peluang untuk kembali mara dalam Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-6 minggu lalu. Satu kejutan di pentas Da’i musim ini, apabila Da’i Amirul telah diberi peluang kedua. Namun tidak mudah bagi Da’i Amirul apabila beliau perlu memberikan tazkirah pendek yang menepati ayat Al-Quran yang dibaca oleh juri tetap iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati secara spontan dalam sesi imtihan. Malangnya, sudah tertulis bukan rezeki buat Da’i Amirul apabila beliau gagal memperoleh markah yang diperlukan untuk kembali bersaing bersama rakan-rakan yang lain.

 

Malang jua buat Da’i Raisyah, satu-satunya puteri apabila beliau juga turut mengutip markah terendah di sesi imtihan dan turut mengikuti jejak langkah Amirul apabila disingkirkan pada minggu kelapan. Selain Da’i Raisyah, Da’i Syahmi dan Da’i Haziq turut mendapat markah terendah di minggu kelapan dengan tema “Hati Hati Menjaga Hati”.  Da’i Pendakwah Nusantara minggu lalu juga turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu nusantara iaitu Dr. Saad Gomaa Gomaa Zaghloul. Beliau yang fasih berbahasa Melayu merupakan seorang Pensyarah Undang-Undang dan Syariah, dibawakan khas dari Mesir. 

 

Berikut adalah topik persembahan peserta mengikut giliran pada minggu kelapan:

 

Berbaki tiga minggu lagi menjelang peringkat akhir pada 28 September nanti, kini hanya tinggal empat peserta yang akan meneruskan perjuangan iaitu Da’i Imran, Da’i Adam, Da’i Syahmi dan Da’i Haziq. Saban minggu, Da’i Adam dan Da’i Imran telah menunjukkan konsistensi dan peningkatan dalam persembahan mereka. Bagaimanakah nasib Da’i Haziq dan juga Da’i Syahmi? Terus saksikan persembahan mereka Da’i Pendakwah Nusantara Musim ke-6 minggu ke-sembilan pada hari Jumaat ini, 14 September, jam 9.00 malam. Jangan lupa undi Da’i pilihan anda di laman twitter dan juga #DaiTV3 di laman sosial anda. Da’i 6 juga boleh ditonton secara langsung di laman youtube @TV3Malaysia.|MYBUZZ!

GALERI | DA'I 6 - MINGGU KE 8 “Hati Hati Menjaga Hati”

 

 

Mengenai TV3

Sejak diperkenalkan pada tahun 1984, TV3 sentiasa relevan dan memberi nilai kepada penontonnya menerusi pelbagai program yang merangkumi berita dan isu semasa, kemasyarakatan, keagamaan, majalah dan dokumentari, hiburan, sukan dan drama. Terus mengekalkan kedudukannya sebagai stesen TV Premium Mass Malay, TV3  masih mengekalkan kedudukannya sebagai stesen televisyen nombor satu Malaysia dengan memaparkan program-program berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin, Nona, Majalah 3, Wanita Hari Ini (WHI) dan Malaysia Hari Ini (MHI). Tambahan lagi TV3 tetap berjaya menyentuh jutaan penonton melalui slot-slot drama Akasia, Lestary, Azalea, Samarinda, Iris, Cerekarama dan yang terbaharu, Seramedi serta pelbagai kempen dan program TV lain yang menarik untuk penonton setianya.

 

MENGENAI ALMAS BEAUTY & HEALTH
ALMAS BEAUTY & HEALTH telah ditubuhkan pada tahun 2009. Ia merupakan syarikat milik penuh 100% Bumiputera. ALMAS mengeluarkan dan mengedarkan produk-produk berasaskan kesihatan dan kecantikan yang berkualiti, bermutu tinggi serta bertaraf antarabangsa. ALMAS diuruskan sepenuhnya oleh YBhg Dato' Hassanal Bolkiah Hj Abdul Wahab bersama YBhg Datin Maziah Haji Mohamed selaku Pengarah Urusan dan dibantu oleh beberapa kakitangan yang bertindak dalam pengurusan syarikat dan hal-hal yang berkaitan mutu syarikat. Bertemakan moto syarikat iaitu CANTIK, CERAH, GEBU , jenama Almas terdiri daripada rangkaian Set Kosmetik. Almas mengeluarkan Jus Nusantara Gold yang digelar sebagai ‘Penghulu Segala Produk’. Almas sangat berhati – hati mengeluarkan satu – satu produk, apatah lagi produk kesihatan di mana kaedah R&D dijalankan.

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.