'SOTONG RIBUT' ABDULLAH TARIKAN TERBAHARU PENCINTA MAKANAN CINA MUSLIM DI IPOH

September 18, 2018

 

Kalau anda penggemar masakan cina, pastikan anda tidak terlepas untuk membaca keseluruhan artikel ini! 

 

Restoran Chinese Muslim Abdullah telah beroperasi selama 1 tahun 6 bulan kini berpindah ke premis baru, sebuah bangunan perniagaan 3 tingkat yang terletak di No. 5 & 5a & 5b, Jalan Meru Bestari A14, Bandar Meru Raya.Ipoh, Perak 30020, (berhampiran dengan Bulatan Aman Jaya). Sempena dengan perpindahan ke lokasi yang baharu, pemiliknya Encik Muhammad Aiman Loh, 26 mengambil kesempatan dengan mengadakan majlis perasmian pembukaan restoran terbabit pada 16 September yang lalu. 

 

Mendekati Encik Aiman, beliau merupakan seorang pemuda mualaf yang baru berusia  26 tahun yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan memilih bidang penyediaan makanan (F&B) sebagai salah satu dari cabang baru perniagaannya.

 

 Muhammad Aiman Loh bersama kakitangan Restoran Chinese Muslim Abdullah

 

Lahir dalam sebuah keluarga yang mana ibunya berketurunan Kantonis dan bapanya pula berketurunan Teochew, Aiman lebih suka untuk mengetengahkan masakan cina muslim ala-Kantonis di restorannya. Cuba lari dari kebiasaan, menurut Aiman kebanyakan restoran makanan Cina di Bandaraya Ipoh menghidangkan menu masakan Cina ala Hainan dan Hokkien.

 

Menurutnya lagi selain memberi pilihan dan peluang kepada orang ramai untuk menikmati masakan Cina, menjadi kewajipannya sebagai seorang muslim untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam penyediaan makanan halal kepada pelanggan-pelanggan yang beragama Islam. "Dari aspek penyediaan, saya akan pastikan bahan bahan yang digunakan dalam setiap masakan adalah dari sumber yang halal. Bahan bahan asas seperti taufu dan sos disediakan sendiri oleh kami" tambah Aiman.

 

Menurut Aiman, tingkat 2 dan 3 premis baru tersebut masih dalam proses renovasi. Apabila siap sepenuhnya, premis tersebut bakal menyediakan kemudahan seperti surau, ruang acara serta bilik persalinan berhawa dingin bagi ibu yang mempunyai bayi. Secara keseluruhan premis tersebut boleh memuatkan lebih 100 orang pelanggan pada satu satu masa. Menurut Aiman beliau telah memperuntukkan lebih RM450 ribu untuk tujuan ubahsuai serta penyediaan kemudahan bagi memastikan setiap pelanggan yang datang ke restorannya berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

100 PILIHAN MENU PELBAGAI CITARASA 

 

Cuba untuk mengekalkan keaslian menu makanan yang disediakan , Aiman berusaha untuk memastikan setiap bahan yang digunakan dalam penyediaan makanan direstoran ini memenuhi standard halal. Restoran Chinese Musllim Abdullah menyediakan 100 jenis hidangan fusion ala Kantonis sebagai memenuhi citarasa setiap pelanggannya. Bagi memastikan keaslian resipi yang disediakan terjamin, Aiman telah melantik bapa saudaranya sebagai ketua chef di restoran ini. 

 

Menu yang disediakan merupakan hidangan yang terdiri daripada pilihan ayam, ikan, sotong, udang, ketam, abalone, udang lipan, kupang, sayur-sayuran, tauhu serta nasi dan juga mi. Antara hidangan signatur serta menu yang sering menjadi pilihan pelanggan yang berkunjung direstorannya adalah seperti resipi Labu Masak Lemak, Mentega Udang Lipan, Siakap Asam Pedas, Ayam Asap Uncang Teh, Seafood Claypot serta masakan Sotong atau Udang Ribut, resipi turun temurun keluarga beliau yang hanya boleh didapati di restoran ini.

 

 Antara menu hidangan pilihan di Restoran Chinese Muslim Abdullah

 

Harga setiap hidangan yang disediakan di restoran ini bermula dari serendah RM7 sehingga RM70 yang masih boleh dianggap sebagai berpatutan untuk hidangan ala Cina di Bandaraya Ipoh. Restoran Chinese Musllim Abdullah beroperasi setiap hari kecuali pada hari Khamis dari jam 4.30 petang sehingga 12 tengah malam. Untuk maklumat lanjut serta tempahan awal , pelanggan boleh menghubungi talian 019-516 9516.

 

Kredit Foto: Max Lim@FemagOnline.com / FB: Restoran Chinese Muslim Abdullah

 

Restaurant Chinese Muslim Abdullah
Alamat: No. 5 & 5a & 5b, Jalan Meru Bestari A14, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak
Telefon: 019-516 9516
Waktu perniagaan: Jam 4.30 petang - 12.30 malam setiap hari kecuali hari Khamis.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.