'SOTONG RIBUT' ABDULLAH TARIKAN TERBAHARU PENCINTA MAKANAN CINA MUSLIM DI IPOH


Kalau anda penggemar masakan cina, pastikan anda tidak terlepas untuk membaca keseluruhan artikel ini!

Restoran Chinese Muslim Abdullah telah beroperasi selama 1 tahun 6 bulan kini berpindah ke premis baru, sebuah bangunan perniagaan 3 tingkat yang terletak di No. 5 & 5a & 5b, Jalan Meru Bestari A14, Bandar Meru Raya.Ipoh, Perak 30020, (berhampiran dengan Bulatan Aman Jaya). Sempena dengan perpindahan ke lokasi yang baharu, pemiliknya Encik Muhammad Aiman Loh, 26 mengambil kesempatan dengan mengadakan majlis perasmian pembukaan restoran terbabit pada 16 September yang lalu.


Mendekati Encik Aiman, beliau merupakan seorang pemuda mualaf yang baru berusia 26 tahun yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan memilih bidang penyediaan makanan (F&B) sebagai salah satu dari cabang baru perniagaannya.


Muhammad Aiman Loh bersama kakitangan Restoran Chinese Muslim Abdullah


Lahir dalam sebuah keluarga yang mana ibunya berketurunan Kantonis dan bapanya pula berketurunan Teochew, Aiman lebih suka untuk mengetengahkan masakan cina muslim ala-Kantonis di restorannya. Cuba lari dari kebiasaan, menurut Aiman kebanyakan restoran makanan Cina di Bandaraya Ipoh menghidangkan menu masakan Cina ala Hainan dan Hokkien.


Menurutnya lagi selain memberi pilihan dan peluang kepada orang ramai untuk menikmati masakan Cina, menjadi kewajipannya sebagai seorang muslim untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam penyediaan makanan halal kepada pelanggan-pelanggan yang beragama Islam. "Dari aspek penyediaan, saya akan pastikan bahan bahan yang digunakan dalam setiap masakan adalah dari sumber yang halal. Bahan bahan asas seperti taufu dan sos disediakan sendiri oleh kami" tambah Aiman.


Menurut Aiman, tingkat 2 dan 3 premis baru tersebut masih dalam proses renovasi. Apabila siap sepenuhnya, premis tersebut bakal menyediakan kemudahan seperti surau, ruang acara serta bilik persalinan berhawa dingin bagi ibu yang mempunyai bayi. Secara keseluruhan premis tersebut boleh memuatkan lebih 100 orang pelanggan pada satu satu masa. Menurut Aiman beliau telah memperuntukkan lebih RM450 ribu untuk tujuan ubahsuai serta penyediaan kemudahan bagi memastikan setiap pelanggan yang datang ke restorannya berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

100 PILIHAN MENU PELBAGAI CITARASA


Cuba untuk mengekalkan keaslian menu makanan yang disediakan , Aiman berusaha untuk memastikan setiap bahan yang digunakan dalam penyediaan makanan direstoran ini memenuhi standard halal. Restoran Chinese Musllim Abdullah menyediakan 100 jenis hidangan fusion ala Kantonis sebagai memenuhi citarasa setiap pelanggannya. Bagi memastikan keaslian resipi yang disediakan terjamin, Aiman telah melantik bapa saudaranya sebagai ketua chef di restoran ini.


Menu yang disediakan merupakan hidangan yang terdiri daripada pilihan ayam, ikan, sotong, udang, ke