KFC BUKA CAWANGAN KE-700 DI BANDAR SRI SENDAYAN

September 19, 2018

 

QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands), pengendali tunggal kepada lebih 1,080 restoran KFC dan Pizza Hut di Malaysia hari ini melancarkan cawangan restoran KFC yang ke-700 di Bandar Sri Sendayan di sini, sebagai meneruskan strategi perluasannya ke seluruh negara. 

 

Pembukaan KFC Sri Sendayan Drive-Thru telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yum! Brands Inc., Greg Creed, sempena meraikan pencapaian istimewa KFC Malaysia ini bersama kehadiran YB Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Pengerusi QSR Brands dan YBhg Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan QSR Brands.

 

QSR Brands telah menjadi peneraju di dalam memenuhi permintaan komersil di Bandar Sri Sendayan apabila menandatangani  kerjasama strategik bersama pemaju bandar berkenaan, Matrix Concepts Holdings Berhad, pada November tahun lalu yang menghasilkan pembukaan restoran KFC pertama di bandar ini.

 

Sekitar majlis perasmian cawangan ke-700 Restoran KFC di Bandar Sri Sendayan

 

Sementara itu, YB Dato’ Kamaruzzaman berkata, restoran KFC ke-700 ini merupakan sebuah peristiwa penting kepada Kumpulan QSR Brands dan ia turut bermakna sempena meraikan ulangtahun ke-50 Johor Corporation tahun ini.

 

“Pembukaan restoran KFC yang ke-700 ini melambangkan pertumbuhan yang positif serta optimis bagi QSR Brands bagi melakar kejayaan seterusnya pada masa hadapan. Pencapaian seperti ini menjadi tonggak kepada kami untuk terus mengorak penguasaan di dalam industri perkhidmatan restoran segera yang serba kompetitif ini,” beliau berkata. 

 

Restoran KFC 24-jam yang baru dilancarkan di Bandar Sri Sendayan ini mampu menampung sejumlah 170 pelanggan pada satu masa serta dilengkapi dengan kemudahan pandu lalu. 

 

Di samping itu, KFC Sri Sendayan Drive-Thru dibina dengan teknologi penjimatan tenaga dan ciri-ciri mesra alam dengan sistem pengumpulan air hujan, pencahayaan LED, tiub lampu solar, lampu sensor gerakan, dan kaca beremisi rendah sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab syarikat terhadap kelestarian alam sekitar.

Mengenai QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR):

QSR merupakan operator francais kepada 800 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Ia juga pemilik francais kepada lebih 380 restoran Pizza Hut di Malaysia dan 80 restoran di Singapura. Selain operasi restoran, ia juga terlibat dalam pembiakan baka ayam, perladangan ayam kontrak, penetasan telur ayam, pengeluaran dan pemprosesan daging ayam serta perniagaan sampingan seperti pemprosesan roti, commissary dan pembuatan sos. Ini menjadikan QSR sebagai pengendali makanan tunggal dan pertama yang bersepadu sepenuhnya di Malaysia. QSR dan semua subsidiarinya memberi jaminan pematuhan halal penuh kepada semua para pelanggannya. Setiap aspek pembuatan makanan adalah mengikut kawalan yang ketat dan hanya menerima sijil-sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta mematuhi MS1500:2009.
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.