ASTRO UMUM PESERTA ‘GV5’, TAMPILKAN PESERTA DUO & BERKUMPULAN UNTUK KELAINAN


Program realiti nyanyian Gegar Vaganza kembali lagi untuk musim ke-5, 'GV5' apabila Astro hari ini mengumumkan 12 peserta yang bakal berentap dalam pertandingan itu bagi musim ini. Program Gegar Vaganza merupakan sebuah program nyanyian yang menampilkan barisan penyanyi profesional yang telah mempunyai portfolio seni dan pernah mengecapi zaman kegemilangan dipersada seni hiburan Malaysia.


GV5 bakal kembali mengusik emosi penonton dengan tagline ‘Masih Membara Rentaknya’,. Penganjuran edisi kali ini bakal menyuntik nafas baharu apabila buat julung kalinya program ini turut membuka penyertaan kepada peserta duo dan berkumpulan sebagai kelainan. Seramai 12 peserta yang terdiri daripada tujuh peserta solo, dua peserta berkumpulan dan seorang peserta duo bakal berentap untuk merebut kejuaraan musim ini. Pada sesi sidang media itu, seramai 12 artis yang bakal bertanding telah diperkenalkan kepada media:


PESERTA SOLO WANITA PESERTA SOLO LELAKI PESERTA BERKUMPULAN/DUO 1. HETTY SARLENE 8. SHAFIE RIO 10. ELITE 2. AMELINA 9. ZAMANI 11. FORTEEN 3. FARAHWAHIDA 12. BILLY ZULKARNAIN 4. NORYN AZIZ 5. DIA FADILA 6. SAFURA YAACOB 7. MAYA MATAHARI

Berdasarkan kenyataan rasmi wakil Astro, Encik Raqim Ahmad, Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Astro,“Sejak penerbitan edisi pertama pada 2014 sehingga kini, ‘GV’ berjaya mencetuskan fenomena luar biasa dalam kalangan penggiat seni tanah air sekaligus membawa impak yang besar terhadap perkembangan industri muzik tempatan.

Pengaruh jenama ‘GV’ terus kukuh sebagai platform utama yang berprestij untuk mengembalikan semula kegemilangan penyanyi ‘senior’ dan nostalgia ‘one-hit-wonder’ yang pernah menjadi kegilaan masyarakat di pentas komersial arus perdana.


Justeru, tidak hairan jika barisan peserta yang terpilih untuk bertanding di pentas ‘GV’ begitu bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan kembali kehebatan vokal dan persembahan mereka yang mungkin sudah lama tidak dipertontonkan demi memenangi hati juri dan juga penonton.


"Selain nilai prestij yang ada pada ‘GV’, kami juga sedia maklum bahawa penganjuran program ini tidak pernah lekang daripada dihujani pelbagai kontroversi dan isu panas saban musim. Namun, kami menyambut positif perkara ini dan menjadikan ia sebagai perkara rutin yang perlu diuruskan dengan bijak kerana di sebalik setiap kontroversi yang melanda itu sebenarnya mampu menyuntik percikan warna indah yang berbeza-beza untuk setiap edisi yang dianjurkan.


Ia juga sebenarnya melatih kami untuk berfikir di luar kotak dengan pantas untuk mencari penyelesaian secara profesional tanpa menjejaskan keyakinan ramai pihak terutamanya barisan penaja dan peminat. Kami juga sentiasa berusaha mencari langkah bagi memperbaiki kekurangan yang ada untuk menerbitkan edisi yang lebih berkualiti pada masa akan datang.” tambahnya lagi.

‘GV5’ juga masih mengekalkan format asal penjurian yang mana nasib para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

JURI PILIHAN


Maestro tersohor, Datuk Haji Ramli MS masih lagi dikekalkan sebagai juri tetap yang akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Dengan pengalaman lebih 44 tahun berkecimpung sebagai individu penting belakang tabir dunia hiburan tanah air, kredibiliti dan reputasi cemerlang beliau sebagai konduktor dan pengarah muzik disegani meletakkan Ramli MS sebagai karyawan seni yang paling layak untuk menduduki kerusi ketua juri.


Manakala penghibur ternama negara, Datuk Khadijah Ibrahim pula kembali menduduki kerusi juri tetap ‘GV5’ di samping Ramli MS setelah setahun berehat daripada tugas penjurian ‘GV’ musim lalu. Sementara itu, seorang juri jemputan profesional juga turut diundang khas secara bergilir-gillir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembahan para bintang.

DUO NABIL DAN JIHAN MUSE


Melihat kepada portfolio pengacaraan dan keserasian luar biasa gandingan selebriti popular; Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih dipercayai dengan mandat yang sama untuk mengendalikan pentas utama ‘GV5’ sebagai pengacara program.


Juara ‘GV5’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM30 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM20 ribu, RM15 ribu dan RM10 ribu beserta trofi. 'GV5' bakal menerima tajaan utama dari D'Herbs dan Cuckoo selaku penaja bersama.


Sebelum ini, penyanyi Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3) dan Aishah (GV4) juga pernah dinobatkan sebagai juara ‘GV’ untuk musim-musim yang terdahulu.

INFO SIARAN RANGKAIAN PROGRAM ‘GV5’


Rangkaian program ‘GV5’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Gempak, Astro Go, Njoi Now dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’. Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 10.55 malam bermula 24 September 2018. Seterusnya diikuti dengan siaran tiga kali seminggu iaitu pada setiap hari Rabu hingga Jumaat pada waktu yang sama.


Manakala konsert mingguan ‘GV5’ pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 30 September 2018.


Untuk pengisian di platform digital, program ‘Live Plus Gegar Vaganza’ akan disiarkan secara serentak di www.gegarvaganza.com.my ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV5’ bermula 30 September 2019.

GALERI | SIDANG MEDIA/MAJLIS PENGUMUMAN PESERTA 'GV5'



Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.