JESSICO KEMBALI BERAKSI WALAUPUN MENGHIDAP KANSER

September 20, 2018

 

  

Kogilarani Narayanan adalah nama sebenar Jessico. Jessico berada di dalam industri muzik tanahair  sejak berusia 16 tahun. Bermula di kampung beliau di Sitiawan dengan kugiran yang dinamakan Lazer Ray, iaitu terdiri daripada  anggota Navy. Jessico mula menyanyikan lagu lagu tamil pada 18 tahun kerana mula mempunyai kawan tamil yang mahukan beliau belajar bertutur dan menyanyi  lagu tamil dengan ungkapan betul. 


Jessico tidak fasih berbahasa tamil kerana  membesar di kalangan orang melayu. Ayahnya adalah seorang angota polis dan mereka adalah satu- satunya keluarga tamil. Mereka sekeluarga pun memang selalu bertutur bahasa melayu. Ayah beliau sering memainkan lagu-lagu Tan Sri P. Ramlee, Uji rashid, Hail amir, D j dave, Alley Cats, D Loyd dan sebagainya. 


Jessico mula menyanyi semasa umur 4 tahun dan lagu yang sering  dinyanyikan ialah lagu  Uji Rashid sehingga sekarang Jessico masih lagi membawa lagu-lagu retro.


Beliau memenagi anugerah vokal terbaik tahum 2004 dan 2007 untuk lagu thedathey. dari album yang bertajuk  'jessy' yang dikeluarkan oleh Nimal Wanigasegara.


Dan juga pernah mencatit nama di Malaysia books of records sebagai kumpulan girls tamil pertama di ASIA tahun 2000 dan Artis rock tamil pertama di Asia oleh surat khabar terkenal di malaysia.


Jessico mempunyai single yang bertajuk, 'Rela kerana kasih' album kumpulan 'THE GIRLS'  yang dirakamkan oleh  Nasir Ahmad Nawab.


Beliau mengambil hampir 15 tahun untuk menjadi artis rakaman. Selepas mencapai tahap itu, beliau mendapati semua seniman tanahair berusaha tetapi nampaknya kerajaan pada masa itu tidak menjamin dan menjaga masa hadapan seniman semua seperti  terbiar.


Konsert  JESSICO 'REBOOT' pada 21 hb sept ini yang akan diadakan di Soma Hall Wisma Tun Sambanthan KL ialah untuk menunjukkan bahawa beliau telah kembali ke industri hiburan  dan akan aktif semula.


Sebenarnya showcase yang diadakan khas ini adalah untuk  perbelanjaan perubatan beliau  di Kerala, India dan  juga akan melancarkan sebuah album lagu deepavali tamil classical pertama di dunia dengan dua penerbit  bernama  Suria Rao Prakash,Margret Subramaniam dan Jessico sendiri. Semua orang di seluruh dunia mempunyai lagu perayaan mereka melainkan perayaan deepavali di mana orang yang berbahasa tamil di seluruh dunia. Beliau bangga  dapat mengeluarkan lagu ini di Malaysia dan berharap dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia dengan lagu ini. Semoga seluruh dunia yang berbahasa tamil akan dapat menikmati lagu yang mempunyai 'spirit of deepavali'. Jessico barap lagu ini dapat membantu meningkatkan spiritual dan “real intention”  perayaan itu sendiri.

 

 

Jessico telah berubat di Kerala kerana di sana mereka mempunyai perubatan tradisional yang telah menyelamatkan beliau suatu ketika dulu daripada keadaan kritikal. Tetapi tidak dapat meneruskan perubatan atas sebab tidak mempunyai cukup dana. Beliau berharap semoga beliau dapat menghabiskan perubatan tersebut dalam jangka masa yg diberikan oleh doktor di sana.


Untuk pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Augustine di talian: (+60166812704) MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.