ESTRANGED BERANI DENGAN HANYA MENJUAL CD LAGU SINGLE MILIK MU

Sempena perayaan Hari Malaysia, Estranged telah mengeluarkan single terbaru yang bertajuk Milik Ku. Kumpulan Estranged juga telah sebulat suara membuat keputusan bahawa single ini tidak akan di muat turun dalam platform Spotify atau YouTube. Single Milik Ku akan hanya dijual melalui CD atau boleh dibeli melalui laman Facebook Estranged.


Keputusan ini dibuat kerana Estranged percaya bahawa Spotify dan YouTube tidak memberi pulangan yang menusabah langsung kepada artis bebas yang telah berusaha untuk menghasilkan karya dan membuat rakaman.


Rich selaku vokalis kumpulan ini berkata, "Kami hanya percayakan hasil melalui penjualan CD, malah melalui jualan fizikal ia akan memberi satu pengalaman yang bersifat lebih peribadi. Ia berlainan kerana pembeli dapat memiliki sesuatu yang fizikal daripada digital. Malah ia merupakan sebuah momento daripada Estranged." Din menegaskan bahawa keputusan ini dibuat kerana kumpulan ini merasakan melalui jaringan Spotify dan YouTube tidak dapat memberi sebarang pulangan yang lumayan.


"Kita banyak lagu tapi tiada duit atau pulangan yang setimpal dan perkara ini amat menyedihkan," ujar Din ralat.


Hasil dari keputusan yang diambil, CD mereka terjual sebanyak 300 unit sewaktu Pesta Harapan yang berlangsung 15 September 2018. MYBUZZ!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.