KISAH CINTA 2 DARJAT TEGAR DALAM 'TETAPLAH DIHATI'


Masih ingat lagi sosok anak kecil bersama ukelele yang popular dan viral di Malaysia 5 tahun yang lalu dengan lagu “Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang”. Berita tentang anak kecil ini kemudian hilang timbul dan hilang.


Kini Tegar Septian kembali ke Malaysia untuk mempromosikan single ke lima yang terbaharu dari beliau berjudul “Tetaplah Di Hati”. Terkejut juga kami melihat perubahan fizikal Tegar sekarang, sudah membesar tinggi lampai. Kebetulan tanggal 18 September yang lalu merupakan hari ulang tahun Tegar yang ke 17. Selamat ulangtahun ke-17 buat Tegar!


Pertemuan dengan Tegar diatur oleh Abang Ayob wakil dari Padi Records yang kini menguruskan hal ehwal promosi serta aktiviti seni Tegar di Malaysia. Menurut Abg Ayob Tegar telah berada di Malaysia selama seminggu bagi mempromosikan single terbaharunya bersama pihak media dan peminat Tegar di seluruh Malaysia. Sementara itu di Indonesia, Tegar kini bernaung dibawah label Halo Entertainment Indonesia (HEI)


Ternyata aura Tegar masih kuat dikalangan peminat- peminatnya di Malaysia. Masakan tidak apabila 2 karnival yang disertai Tegar di Temerloh dan Baling mengundang ramai penonton. Kata Tegar berlaku insiden luar jangka sewaktu karnival di Baling, Kedah. Pentas dimana dia menyanyi roboh kerana diserbu peminatnya ketika dia membuat persembahan. Mujur tiada kecelakaan serius yang berlaku.



Sambutan peminat terhadap Tegar sewaktu membuat persembahan di Temerloh dan Baling minggu lalu

TETAPLAH DI HATI - KISAH CINTA ANTARA DUA DARJAT


Bercerita tentang “Tetaplah Di Hati” Tegar mengatakan lagu balada ini ditulis sepenuhnya oleh dirinya sendiri berdasarkan kisah benar percintaan beliau bersama seorang wanita berbeza usia serta darjat. Percintaannya itu putus di pertengahan jalan lantaran hubungan itu tidak mendapat restu dari ibu wanita tersebut.


Hmmm...padanlah kalau diamati muzik video lagu tersebut, watak kekasihnya memang berusia. Sehingga kini video berkenaan telah mendapat lebih 2.4 juta tontonan sejak dimuatnaik ke Youtube pada Mei yang lalu.


Tapi kini kekosongan hati Tegar telah terisi dgn kehadiran kekasih baru. Kata Tegar dia masih dalam proses untuk mengenali hati budi kekasih barunya dalam perhubungan yang baru mencecah 3 bulan.


Ketika diajukan soalan mengapa Tegar tiba-tiba sepi dari dunia seni, Tegar memberitahu kepada media yang hadir bahawa dia tidak hilang. Selepas tampil dengan single viral “Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang” pada 2013, , Tegar telah melancarkan single keduanya berjudul “Ke mana Kasih Sayang” pada tahun 2014 ketika dibawah Map Musik, diikuti single ketiganya “Kau Yang Terbaik” oleh RCS Music sebagai pengenalan di Singapura pada 2017, diikuti single keempat Tegar “Aku Mahu Pacaran” edaran FMC juga pada tahun yang sama.


Optimis dengan peluang yang datang, Tegar kini nekad untuk melupakan segala cerita lama dan membuka lembaran baru kareer musiknya. Tegar juga turut melahirkan rasa lega apabila perjalanan kareer musiknya kini lebih teratur dan selamat kerana diuruskan oleh bapanya sendiri, Hariz (foto). Selepas single “Tetaplah Di Hati” ,Tegar bakal kembali dengan single terbaru yang masih dalam pembikinan dan bakal siap tidak lama lagi.


Dalam pada itu Tegar turut melahirkan keresahannya kerana terpaksa bersaing hebat dengan ramai “bintang segera” yang lahir melalui platform media sosial seperti aplikasi Dubsmash dan yang terkini, Tik Tok.


Tegar berharap agar peminatnya di Malaysia dapat menerima single terbaru “Tetaplah Di Hati” dan meminati lagu tersebut serta terus menyokong kareer musiknya. Lagu "Tetaplah Di Hati" boleh dimuat naik melalui semua platform muzik digital seperti Joox, Spotify, KKBox, Deezer, ITunes Music dan Youtube.|MYBUZZ!

Lagu : TETAPLAH DIHATI Artis : TEGAR SEPTIAN

Komposer : TEGAR SEPTIAN Lirik : TEGAR SEPTIAN

Mencintaimu penuh dengan perasaan Memilikimu dengan sepenuh harapan Namun apa dayaku takdir yang memutuskan. Kau hanya mimpi Indahku

Walau memang tak mungkin Kita kan bersama Tapi aku tak mungkin bisa tuk melupakanmu Sungguh aku tak sanggup Bila jauh darimu Sungguh berat bagiku

Jika memang cintamu bukan untukku Kan ku terima walaupun berat bagiku Aku mohon hapuslah air matamu Kasihku

Takkan pernah ku melupakanmu Walau kita tak mungkin bersama Dalam tangis ku mohon padamu Tetaplah di Hati

Tak sadarkah kau bahwa ku mencintaimu dengan sepenuh hati ini ku menyayangimu Sungguh Aku tak sanggup bila jauh darimu Sungguh berat bagiku

Jika memang cintamu bukan untukku Kan ku terima walaupun berat bagiku Aku mohon hapuslah air matamu Kasihku

Takkan pernah ku melupakanmu Walau kita tak mungkin bersama Dalam tangis ku mohon padamu Tetaplah di Hati

Dalam tangis ku mohon padamu Tetaplah dihati

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.