SEMARAK ANUGERAH SKRIN 2018

September 21, 2018

Saksikan Drama Terbaik Anugerah Skrin 2018 Setiap Sabtu, 9 Malam

 

Terus gah merentasi masa… Anugerah berprestij anjuran TV3, Anugerah Skrin 2018 kini kembali! Bagi menyemarakkan lagi Anugerah Skrin 2018 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, TV3 bakal menyiarkan enam drama terbaik antaranya Fatonah Azali, Qalbu, Aku Nazmi, Tulus Cinta, Dosa Perempuan dan Kasih Seorang Ayah mulai 22 September ini. Drama-drama ini akan disiarkan di slot Cerekarama, Istimewa sempena Anugerah Skrin 2018, setiap hari Sabtu, pukul 9 malam.

 

Masih kekal dengan objektif penganjurannya sejak tahun 1994, Anugerah Skrin 2018 meneruskan usaha untuk memartabatkan industri seni dengan memberi pengiktirafan kepada para karyawan dan penggiat seni tanah air. Selain TV3, ntv7, TV9 dan 8TV yang bernaung di bawah rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 selaku penganjur turut mengundang dan membuka ruang kepada rakan penyiar lain seperti RTM, ASTRO, TV Al-Hijrah, HyppTV dan Bernama untuk menyertai Anugerah Skrin 2018 ini. 

 

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengarah Penjenamaan, Kandungan Dan Strategi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Anugerah Skrin masih unggul sebagai satu platform yang bukan sekadar mengiktiraf pelakon sebagai watak utama dalam penghasilan sesebuah drama atau filem. Malah tenaga kerja di sebalik tabir dalam sesebuah penerbitan itu turut sama menerima pengiktirafan atas usaha mereka. Mereka juga layak setelah bertungkus lumus mengerah tenaga dan idea demi memberi kepuasan dan karya terbaik kepada penonton. Kami berterima kasih kepada pihak produksi dan rakan penyiar lain yang sentiasa memberi sokongan terhadap penganjuran Anugerah Skrin, Semoga para karyawan akan terus menghasilkan karya-karya terbaik untuk mengangkat industri seni tanah air ke peringkat yang lebih tinggi."

 

Enam drama pilihan yang bakal disiarkan seperti di dalam senarai di bawah ini merupakan antara pencalonan awal yang diterima dan dijangka dapat memberikan saingan hebat di ASK 2018. 

1)    FATONAH AZALI, 22 SEPTEMBER 
Azali pulang ke kampung halamannya, setelah sekian lama meninggalkan kampung untuk mencari kehidupan yang lebih baik di Kuala Lumpur. Dia terkejut apabila mendapat tahu ayahnya, Pak Tam akan menjaga Fatonah, seorang gadis terencat akal iaitu anak  arwah Dato Hussein atas sebab terhutang budi. Bagaimanapun kehidupan Fatonah berubah bilamana, Pak Tam meninggal dunia dan mengamanahkan Azali menjaga Fatonah dengan baik. Untuk mengelakkan fitnah orang kampung, Azali memgambil keputusan untuk bernikah dengan Fatonah. 


Pelakon: Nad Zainal, Redza Rosli, Raja Azura, Sharifah Sakinah, Mustaqim Bahadon, Zaibo, Kay Maria. 

Produksi: Tanah Beris Film Sdn Bhd l Pengarah: Shuhaimi Lua l Penulis Skrip: Marziah Manaf

2)    QALBU, 29 SEPTEMBER
Kasih sayang Kasih dan Aiman dua adik beradik yang terpisah di sebalik tembok penjara dengan dengan ayah mereka Kamal. Kamal seorang ayah yang sangat baik tetapi telah dipenjarakan atas kesalahan kes rasuah yang dirancang oleh isterinya sendiri iaitu Salina. Salina juga menjalinkan hubungan sulit dengan Syukri yang juga seorang akauntan di syarikat Kamal. Demi mengejar kemewahan, Salina memaksa Kamal melakukan rasuah untuk mendapatkan projek besar dan akhirnya Kamal dipenjarakan. 


Pelakon: Faizal Hussein, Izuan Fitri, Qistina Raisah, Fauzi Nawawi, Wan Maimunah, Fasha Sandha.


Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd l Pengarah: Reza Baharudin l Penulis Skrip: K. Adlie

 

3)    AKU NAZMI, 6 OKTOBER
Walaupun cacat, Nazmi mampu berdikari sendiri dengan menjalan perniagaan secara online dengan dibantu sepupunya, Rafi. Nazmi menjadi ikon kepada rakan-rakan yang senasib dengannya. Sewaktu menghantar pesanan barang kepada pelanggannya, Ilya, Nazmi tertarik dengannya. Namun ibu Ilya, Juha, soerang OKU juga (bisu), tidak bersetuju dengan hubungan Ilya dan Nazmi. Ibu Nazmi, Ani, menasihati Nazmi supaya jangan terlalu menaruh harapan tinggi kerana dia sudah mendengar sendiri daripada mulut Ilya yang ibunya tidak bersetuju hubungan mereka. Nazmi akur yang jodohnya dengan Ilya tidak berpanjangan kerana Ilya kini bahagia dengan seorang pemuda lain.


Pelakon: Jay Izwazir, Ayda Jebat, Dayana Roza, Sheila Rusly


Produksi: JS Pictures Sdn Bhd l Pengarah: Azman Yahaya l Penulis Skrip: Sofia J. Rhyland

4)    TULUS CINTA, 13 OKTOBER
Maira mula menyendiri apabila mengetahui yang dia disahkan leukimia. Pertemuannya dengan Azim yang membantunya ketika rebah mengeratkan lagi hubungan mereka. Pada mulanya, Azim tidak mengetahui bahawa Maira menghidapi Leukimia sehinggalah suatu hari Maira kembali lemah dan dirawat dihospital. Hana, kekasih Azim mula curiga dengan tingkah laku Azim. Hana mula mengekori Azim dan akhirnya dia mengetahui yang Azim kini berkawan baik dengan Maira. Hana cuba untuk merebut haknya sebagai teman wanita Azim daripada Maira. Maira merasa tertipu dengan perbuatan Azim kerana selama ini Azim tidak pernah berterus terang. Maira rasa dipermainkan oleh Azim. Namun Azim punya sebabnya tersendiri, hatinya sudah terpaut kepada Maira. Maira adalah wanita sempurna di matanya. 


Pelakon: Amar Asyraf, Siti Elizad, Puteri Aishah, Anne Abdullah, Fazlina Ahmad Daud, Aman Graseka, Shuhanty DFKL


Produksi: Sha’s Media Sdn Bhd l Pengarah: Ellie Suriaty l Penulis Skrip: Shahremy Ikmal

5)    DOSA PEREMPUAN, 20 OKTOBER
Nik diminta mengendalikan sebuah kes pembunuhan oleh seorang lelaki bernama Daud. Daud telah dituduh bersalah membunuh kawan baiknya sendiri iaitu Azali.  Sekiranya Daud didapati bersalah, dia akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Suatu hari Nik terpaksa meninggalkan rumah untuk beberapa minggu atas urusan kerja. Sepanjang pemergian Nik, isterinya, Aimi berkenalan dengan seorang wanita bernama Tasha. Nik tidak sedap hati dengan kehadiran Tasha. Pada masa yang sama, Daud masih lagi mendiamkan diri dan tidak  mahu  membantu  siasatan  polis. Dia mengatakan sekiranya pihak polis mahu jawapan sebenar, pihak polis perlu membawa kekasihnya sebagai saksi. Pihak polis mula membuat pencarian tentang kekasih Daud dan rahsia di sebalik pembunuhan Azali akhirnya terbongkar.


Pelakon: Nad Zainal, Mira Filzah, Redza Rosli, Aidit Noh, Adik Mitilda


Produksi: Zeel Production Sdn Bhd l Pengarah: Murali Abdullah l Penulis Skrip: Syed Muhamad Taufik

 

6)    KASIH SEORANG AYAH, 27 OKTOBER
Pak Yusof, seorang penulis khat termasyur, mula rasakan yang sudah tiba masanya supaya anaknya, Husin, meneruskan perniagaan tulisan khat miliknya. Pak Yusof meminta Husin membantunya untuk menyiapkan tulisan khat yang ditempah oleh Hj Hatta. Namun, Husin tolak pelawaan Pak Yusof kerana dia sudah dapat kerja baru di bandar. Pak Yusof terpaksa siapkan tulisan khat itu secara sendirian. Dalam diam, Pak Yusof rasa sedih apabila melihat Husin, satu-satunya anak lelaki harapan langsung tidak minat untuk meneruskan legasi seni tulisan khatnya itu. Ketika di pejabat, Husin dikejutkan dengan satu panggilan dari isterinya, Aminah, yang memberitahu ayahnya, Pak Yusof tidak pulang ke rumah sejak keluar pagi tadi. Pak Yusof sebenarnya lupa jalan untuk pulang. 


Pelakon: Eman Manan, Shukri Yahaya, Mia Ahmad, Dato' Ahmad Tarmimi Siregar


Produksi: Macheallstar United Sdn Bhd l Pengarah: Dato Ahmad Tarmimi Siregar l Penulis Skrip: Sham Hashim

 

Pastikan anda tidak terlepas untuk menonton drama-drama hebat ini mulai 22 September dan nantikan kemuncak malam Anugerah Skrin 2018 yang bakal diumumkan kelak. Untuk maklumat lanjut mengenai ASK 2018, ikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysia. |MYBUZZ!
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.