GADGETS WORLD 666 HARGAI JASA PEKERJA

September 24, 2018

Baru-baru ini pekerja-pekerja Gadgets World 666 seramai 150 orang diraikan dalam satu majlis makan malam di sebuah restoran tasik terkenal di Kuala Lumpur.

 

Bertemakan Glam & Glitz semua pekerja bersama-sama memeriahkan majlis makan malam tersebut yang julung-julung kali diadakan itu. 

 

 

 

 

 

''Acara majlis makan malam ini diadakan bagi menghargai pekerja tetap syarikat kami yang setia, komited dan berdedikasi kepada syarikat....sebelum ini pekerja  dihargai dalam bentuk percutian seperti ke Hong Kong, Bangkok dan sebagainya...acara makan malam ini juga  bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara pihak Pengurusan dan pekerja .'' Ujar Encik Mohd Kamarulhelmy Mohd Kamal, Pengasas/Pengarah Urusan Syarikat Gadgets Wolrd 666 Sdn Bhd dan bersama isteri beliau Puan Siti Norlaila Abd Rahman selaku Ketua Pegawai Kewangan Syarikat.

 

 

Hanya bermula dengan perniagaan berskala kecil di tapak pasar malam sejak 2011, kini sejak 2014 syarikat Gadgets World 666  telah mempunyai 29 cawangan di seluruh Malaysia kecuali di  Negeri Sabah dan Negeri Perlis. Di antara 29 cawangan tersebut 25 cawangan dimiliki sepenuhnya oleh syarikat manakala 4 cawangan lagi dijalankan oleh pihak Franchisors. Syarikat turut memiliki sebuah gudang di Balakong, Selangor.

 

 

Dikendalikan oleh pasangan suami isteri bumiputra melayu ini sangat komited dan berdedikasi dalam mengubah hidup mereka daripada berniaga dengan hanya bemodal kecil tanpa sebarang pinjaman sehinggalah memiliki sebuah syarikat yang kukuh bersaing di dalam pasaran bekalan dan jualan runcit aksesori telefon dan komputer.

 

Gadgets World 666 merupakan syarikat pertama yang menjalankan perniagaan menjual dan membekalkan hampir  90% aksesori telefon dan selebihnya aksesori barangan komputer terus mempamerkan kualiti setiap produk mereka dengan mengenakan harga yang berpatutan bergantung kepada gred aksesori tersebut.

 

Walaupun menghadapi saingan terdekat dalam industri penjualan aksesori telefon, pasangan suami isteri ini percaya dengan setiap produk yang dijual sentiasa memenuhi kepuasan pelanggannya tanpa mengabaikan aspek mutu produk mereka.

 

Demi kesinambungan perniagaan untuk kekal berdaya saing, Gadgets World 666 Sdn Bhd telah mula memperkenalkan  10 produk jenama mereka sendiri iaitu Power Bank, USB Cable, Car Holder, Ear Phone dan lain-lain.

 

''Kami sentiasa mementingkan kualiti ke atas produk kami walaupun dengan harga serendah RM3 hingga RM5 per item'' UJar Beliau lagi.

 

Produk yang paling laris adalah pelbagai Casing Handphone yang sentiasa mendapat sambutan daripada para pelanggannya.  Disamping itu Gadgets World juga menjual aksesori telefon melalui atas talian di www.gadgetsworld666.my dan sekiranya membeli dalam had tertentu, penghantaran adalah secara percuma. Bagi memastikan kualiti terjamin setiap produk Gadgets World 666 mempunyai pelekat logo yang asli.

 

Pada malam itu juga turut diadakan persembahan daripada artis-artis jemputan seperti Amelina, Shidi Data, Naz Don dan ramai lagi.

 

MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.