DA'I6 | CETUS AGENDA MEMANDAIKAN UMMAH

September 25, 2018

Da’i Adam, Da’i Haziq & Da’i Imran ke Pentas Akhir

 

Tampil dengan konsep berlainan, empat peserta separuh akhir Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-6 iaitu Da’i Imran, Da’i Adam, Da’i Syahmi dan Da’i Haziq perlu berdebat sesama sendiri mengikut topik yang diberikan. Kelainan ini mendapat pujian juri yang menurut beliau di perdebatan sebegini telah mencetuskan agenda untuk memandaikan ummah. Berdebat atau berdiskusi secara berhemah adalah kunci utama yang perlu dimiliki oleh para pendakwah. Para Da’i ini telah membuktikan mereka punya kebolehan untuk berbahas dan berdebat dengan baik. 

 

Namun, tiada tuah buat Da’i Syahmi yang perlu bersaing dengan Da’i Haziq di sesi imtihan, apabila hujah beliau mengenai “kaedah untuk mendidik generasi muda mempunyai semangat kesukarelaan” tidak meyakinkan para juri sekaligus gagal ke pentas akhir yang bakal berlangsung pada 28 September ini.

 

Konsep perbahasan ini tidak hanya menguji kebijaksanaan ejen-ejen dakwah ini menyelesaikan permasalahan yang diberi dengan rumusan ringkas yang baik dan tepat, malah mereka perlu membahaskan topik dengan fakta, dalil dan hadis yang menyokong lagi hujah-hujah mereka. Pada pusingan pertama, peserta perlu berdebat sesama sendiri selama dua minit. Da’i Haziq perlu berdebat dengan Da’i Syahmi dengan topik “Generasi Z Terlalu Manja” manakala Da’i Adam dan Da’i Imran berdebat mengenai topik “Dakwah Bil Lisan Lebih Berkesan”. 

 

Di pusingan kedua, Da’i Haziq dan Da’i Syahmi bergabung membentuk satu pasukan dan perlu berdebat dengan gabungan Da’i Adam dan Da’i Imran mengenai topik “Perpaduan Kaum Tanggungjawab Media”. Seterusnya, dua peserta mengutip markah terendah akan melalui sesi imtihan. Di antara mereka, Da’i Imran menerima pujian juri kerana mempunyai ‘roh’ sebagai seorang penghujah yang baik kerana ketenangan dan kebijaksanaan beliau dalam berhujah. Tiga perserta yang mendapat undian penonton paling tinggi minggu lalu adalah Da’i Adam (71%), Da’i Haziq (69%) dan Da’i Imran (64%). 

 

Berikut adalah topik persembahan peserta mengikut giliran pada minggu separuh akhir:

Debaran semakin memuncak, jangan lupa untuk saksikan pentas akhir Dakwah Pendakwah Nusantara Musim ke-6 pada 28 September ini, jam 9.00 malam di TV3. Saksikan juga Jurnal terakhir mereka pada hari yang sama, pukul 7.55 malam. Da’i 6 juga boleh ditonton secara langsung di laman youtube @TV3Malaysia. Ayuh, semarakkan lagi pentas akhir Da’i 6 dengan #DaiTV3 di laman sosial anda. | MYBUZZ!

GALERI | DA'I6  - PENTAS SEPARUH AKHIR

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.