'TAK PERLU UNGKAPKAN' BUKA JALAN BUAT QAIDZUL

September 26, 2018

 

Bintang terbaru Rocketfuel sudah bersedia untuk menggegarkan industri seni

 

Berbekalkan minat yang mendalam sejak kecil dan lebih lima tahun pengalaman dalam menyertai pertandingan nyanyian, bintang baru Qaidzul yang juga sering disapa mesra sebagai Ajoi membuka langkahnya untuk masuk ke industri hiburan tempatan. 

 

Sebelum ini, Qaidzul memang dikenali oleh pengikut setianya di laman sosial seperti Youtube kerana gemar menyanyikan semula lagu-lagu artis popular tempatan dan antarabangsa.

 

Kini, anak muda yang berasal daripada Kelang ini muncul dengan single pertamanya yang berjudul ‘Tak Perlu Ungkapkan’.
  

Lagu ciptaan DJ Fuzz ini memberi peluang kepada Qaidzul untuk menunjukkan kemampuannya sebagai seorang bintang baru di Malaysia. Lebih menarik lagi lagu ini mendapat sentuhan empat orang penulis lirik iaitu penyanyi Hez Hazmi, serta Jiwa, Yus Zainal dan juga Azren Albakri. Mereka telah bekerjasama untuk menghasilkan sesuatu yang indah buat percubaan pertama Qaidzul dalam industri seni suara.
 

Menurut Qaidzul lagu ini berkisahkan cinta yang tak kesampaian di mana hati lelaki di dalam lagu tersebut telah dipermainkan oleh wanita. Walau bagaimanapun, lagu ini tiada kaitan dengan pengalaman hidup Qaidzul sendiri dan ia hanyalah sekadar sebuah lagu.


Sungguhpun begitu, dia yakin pasti ramai lelaki yang pernah melalui keadaan sedemikian.

Pihak Rocketfuel Entertainment yakin bahawa buah tangan pertama Qaidzul ini mempunyai potensi yang besar untuk diterima para peminat muzik tanah air dengan gubahan muziknya yang mengasyikkan serta kemerduan suara Qaidzul sendiri.

 

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, “Walaupun Qaidzul masih baru dalam industri muzik Malaysia, saya percaya dengan bakat nyanyian beliau. Saya berharap agar ‘Tak Perlu Ungkapkan’ menjadi permulaan bagi kerjaya Qaidzul dan berharap lagu ini dapat diterima ramai sebelum beliau mengorak langkah dan melangkau lebih jauh.”

 

Lagu ‘Tak Perlu Ungkapkan’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Tak Perlu Ungkapkan’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

 Artis : Qaidzul

Tajuk : Tak Perlu Ungkapkan

Komposer : DJ Fuzz

LIRIK: Hez Hazmi/Jiwa/Azren Albakri/Yus Zainal

Penerbit : Mixology Publishing

 

Verse 1

Apa Aku Terima

Alasan Kau Yang Sama

Lihat Semua

Apa Puncanya

 

Verse 2

Apa Yang Kau Berikan

Semua Kau Permainkan

Hati Dan Perasaan

Tinggal Kenangan

 

Pre Chorus

Kau Hampa Kan Hatiku

Kau Hancurkan Semua

Cerita Yang Indah

Kau Hampa Kan Hatiku

Kau Hancurkan Semuanya

 

 Chorus

Tak Perlu Ungkapkan Kata Cinta

Jika Hati Tak Merasa

Tak Perlu Ungkapkan Kata Cinta

Jika Alasan Yang Ku Terima

Biarkan Saja

 

Bridge

Sesungguhnya Aku Kan Merasa

Cinta Sejati Belum Sempurna

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.