HAZAMA KEMBALI DENGAN ‘TUNGGU AKU DATANG’ OST DRAMA AMMAR DAN OPIE

September 28, 2018

Bekas Juara Akademi Fantasia Hazama kembali dengan karya terbaru


Bukan lagi nama asing dalam industri muzik tempatan, pemilik nama Hazama Ahmad Azmi atau lebih dikenali sebagai Hazama merupakan salah seorang penyanyi lelaki terbaik di Malaysia masa kini. 

 

Beberkalkan bakat yang dicungkil lewat program realiti Akademi Fantasia sekitar 12 tahun yang lalu, Hazama telah berjaya mengukir namanya sendiri dalam arena seni suara tempatan.

 

Dan setelah agak lama tidak merakamkan lagu, penyanyi bervokal unik itu kembali dengan sebuah karya yang pasti akan mencuri perhatian pencinta dunia muzik tanah air.

 

Kali ini Hazama muncul dengan sebuah lagu berjudul ‘Tunggu Aku Datang’ yang juga merupakan lagu tema untuk sebuah drama bersiri baru yang berjudul ‘Ammar dan Opie’

 

Lagu yang dicipta oleh penyanyi dan komposer popular, Tam Spider ini mendapat sentuhan Keon selaku penulis lirik dan mengetengahkan muzik berkonsep Pop Balada.  

 

Malah, lagu ini memang diciptakan khas untuk Hazama, bersesuaian dengan vokal dan juga imej yang dibawa oleh penyanyi tersebut.

 

Pihak Rocketfuel Entertainment yakin bahawa buah tangan terbaru Hazama ini mampu mengubati rindu para peminatnya yang sudah lama tidak disajikan dengan persembahan muzik yang hebat daripada penyanyi tersebut.


Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, “Kehebatan vokal Hazama sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Lunak suara dan gaya nyanyian beliau pastinya akan memukau setiap persembahan. Bukan itu sahaja beliau merupakan penyanyi versatile yang boleh membawakan apa jua genre muzik. Jadi saya harapkan agar ‘Tunggu Aku Datang’ ini dapat memberikan impak lebih terhadap industri muzik tempatan .”

 

Lagu ‘Tunggu Aku Datang’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Tunggu Aku Datang’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

 

 

Artis :    Hazama
Tajuk :    Tunggu Aku Datang 
Komposer :    Tam Spider 
Penulis Lirik :    Keon 

 

Kau ada di dalam kalbuku
Hadirkan aku rasa 
Titisan cintamu sebenar.. 

 

Dan ku cuba menikmati rindu
Yang penuh keindahan
Meniti kesucian cinta

 

Tungguku datang... 
bersama satu lamaran..
Kau dan aku sayang...

 

 

Kaukan ku belai selamanya..
Tidurlah kasih dengan tenang..
Air mataku titis bukannya aku 
Tertewas.. hanya menanti 
Saat bersatu...

 

Sedikit kasih yang ku curah
Terlalu banyak kau membalas
Bagai laut cahaya
Menutupi segalanya
Tubuhku yang kerdil hina..

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.