NY STEAK SHACK BERIKAN RASA KELAINAN BAHARU KEPADA PENGEMAR STEAK

September 29, 2018

Steak makanan yang sangat digemari ramai, sentiasa menjadi pilihan sebagai makanan hidangan potongan daging sama ada ia dimasak secara dipanggang atau digoreng dalam pelbagai perisa bagi menjadikan daging tersebut lazat dan 'juicy' apabila dimakan.

 

NY Steack Shack atau NYSS sentiasa mengutamakan dalam menepati selera para pelanggannya.  Restoran yang berinspirasi New York City ini menjadikan nama NY Steak Shack menjadi restoran yang mempunyai nilai komersil.

 

NYSS terkenal dengan tema When it comes to steaks, burgers and milkshakes! di mana ia menawarkan harga makanan yang sangat berbaloi dan mampu untuk menjamu selera bersama keluarga, rakan-rakan dan sebagainya.

 

NYSS bermula pada tahun 2014 ini sentiasa memperbaiki mutu hidangan mereka supaya nampak lebih baharu dan hidangan yang lebih melazatkan serta ia membuatkan para pelanggan mereka sentiasa ingin lagi untuk datang ke NYSS. Menurut Encik Muhammad Adam Mah, Pengurus Besar jenama NYSS yang juga seorang chef , hampair 60% menu-menu telah ditambah baik dan dipertingkatkan mutu rasa supaya para pelanggan dapat menikmati rasa steak yang terbaik, yang penting semua boleh menikmati setiap hidangan tanpa meragukan status HALAL.

 

Antara hidangan yang baharu adalah seperti Smoke House Burger,Pulled Beef Sandwich, Szizzling Beef Brisket Steak, beef Meatballs dan Sizzling Darling Downs Wagyu Striploin.

 

Baru-baru ini MB diberikan peluang untuk merasa sendiri beberapa hidangan utama di cawangan NYSS Melawati Mall.

 

 

NYSS cawangan Melawati Mall

 

Bagi meningkatkan rasa selera anda, kami telah mencuba Chicken Caesar Salad yang sangat fresh sayurnya dan hirisan daging ayam bersama dengan keju yang diris kemudian digaul.  Sedappp!!

 

 

 Chicken Caesar Salad

 

 

Dengan tidak ketinggalan kami turut mencuba hidangan Trio Apps yang sangat menyelarakan terdapat meatballs, Chicken tenders dan bawang serta cendawang gorang bersama colekan Coney Honey Mustard yang cukup meningkatkan pembuka selera anda. 

 

Trio Apps

 

Seterusnya dengan hidangan utama, kami disajikan dengan 4 sajian yang classy dan menyelarakan. Didahulukanhidangan Darling Downs Wagyu Striploin. Potongan steak daging bersama mashed potatodressing salad dan home made blackpepper sauce yang berjus dan enak dimakan ketika masih hangat. So Tempting!!!! dan harga pun okay serta berbaloi.

 

Setiap daging steak dimasak mengikut Doneness Level mengikut selera pelangan seperti di dalam gambar di bawah. 

 

 

 

 

 

Darling Downs Wagyu Striploin

 

 

Hidangan seterusnya adalah Lamb Noisette, di mana potongan daging yang sangat lembut dan sangat berjus. Yang paling penting daging kambing ini dimasak dengan sempurna dan tidak rasa hamis daging. Must try okay!!

 

 

 

Lamb Noisette

 

 

Haa yang ini korang kena rasa iaitu Duck Chop. Rasanya ada kelainan walaupun ianya daging Itik. Mestu diantara korang ada yang tidak suka makan itik kan tapi korang kena cuba masakan steak itik. Sangat sedap sebenarnya!!!! Try tau..

 

 

Duck Chop

 

Seterusnya kami disajikan Smokehouse Burger. Didatangkan sekali dengan ketang goreng. So sedap daging lembu yang sangat lembu dan tebal dan dapat mengenyangkan anda juga. Its awesome!!!! kena cuba jugak okay!!!

 

 

 

Smokehouse Burger

Tidak ketinggalan pencuci mulut istimewa daripada NYSS iaitu Carrot Cake dan Red Velvet Cake. So sweettt!!

 

                Red Velvet Cake                                                              Carrot Cake

 

 

Pelbagai pilihan minuman yang boleh dinikmati disini antaranya yang popular iaitu Banana Milkshake, Vanilla Milkshake, Oreo Millshake, Red Velvet Milkshake, Penaut Butter Milkshake dan sebagainya.

 

 

Selain daripada itu, pelbagai pilihan Mocktail turun ada iaitu Perfect Mix, Minty Lime Cooler, Orange Breeze dan Lemonade Zest.

 

 

NYSS buat pertama kalinya, mengadakan Wagyu Steak Eating Challenge yang akan menghadiahkan makan percuma selama setahun di NYSS. Cabaran ini mulai sekarang hingga 30 NOvember 2018. Peraduan ini senang jer, anda cuma perlu makan wagyu steak di mana-mana cawangan NYSS dan anda akan diberikan borang untuk daftar bagi melayakkan anda berpeluang menangi cabaran ini.

 

 

Untuk info lanjut anda boleh melayari laman web www.nysteakshack.com

MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.