BUKAN SEKADAR ZINGER, BUKAN SEKADAR WAFEL

October 2, 2018

 

 

Sensasi terbaharu dari KFC kini tiba! Para penggemar KFC bakal disajikan dengan satu lagi hidangan menakjubkan iaitu KFC Zinger Waffle Burger. Ciptaan terbaharu ini merupakan sebuah olahan unik kepada burger Zinger KFC kegemaran ramai, dan ianya berbeza daripada hidangan burger biasa. 


KFC Zinger Waffle Burger ini menampilkan kelazatan di setiap lapisan. Tidak dihidangkan bersama roti biasa, burger ini menampilkan wafel Belgian empuk yang mengapit filet ayam Zinger pedas bersama kepingan ayam rangup. Ianya dicurahkan dengan sirap mapel manis bersama sos mayo KFC bagi menghasilkan kombinasi menyelerakan di antara manis dan pedas bersama ciri empuk dan rangup. 


“Kami sedia maklum bahawa generasi kini gemarkan kelainan di dalam hidangan makanan dan ini menjadi inspirasi kami untuk mencipta konsep burger istimewa yang lazat dengan ciri lain daripada yang lain. Burger ini bukan sekadar hidangan ringkas biasa kerana ianya padat dengan ramuan yang mampu mengenyangkan di samping memenuhi selera unik para penggemar KFC. Anda pasti tidak mahu melepaskannya,” ujar Ling Mee Jiuan, Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia.

                             Hidangan A-la-carte                                                                                Hidangan Mega Box

 

KFC Zinger Waffle Burger boleh didapati secara à la carte bermula daripada RM13.50. Hidangan masa terhad ini juga terdapat di dalam kombo serta Mega Box. Kombo Zinger Waffle Burger didatangkan bersama Crispier Fries dan minuman Pepsi Black. Manakala, Mega Box didatangkan bersama seketul ayam Hot & Spicy atau Original Recipe. 


Boleh didapati di KFC Delivery dan semua restoran KFC seluruh negara bermula 2 Oktober 2018, sementara stok masih ada. Ianya bukan sekadar Zinger, bukan sekadar Wafel. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my

Mengenai QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR)

QSR merupakan operator francais kepada lebih 800 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Ia juga pemilik francais kepada lebih 380 restoran Pizza Hut di Malaysia dan 80 restoran di Singapura. Selain operasi restoran, ia juga terlibat dalam pembiakan baka ayam, perladangan ayam kontrak, penetasan telur ayam, pengeluaran dan pemprosesan daging ayam serta perniagaan sampingan seperti pemprosesan roti, commissary dan pembuatan sos. Ini menjadikan QSR sebagai pengendali makanan tunggal dan pertama yang bersepadu sepenuhnya di Malaysia. QSR dan semua subsidiarinya memberi jaminan pematuhan halal penuh kepada semua para pelanggannya. Setiap aspek pembuatan makanan adalah mengikut kawalan yang ketat dan hanya menerima sijil-sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta mematuhi MS1500:2009.
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.