DA'I6 | 10 JUTA TONTON DA’I PENDAKWAH NUSANTARA

October 2, 2018

Da’i Adam, Peserta Muallaf Pertama Jadi Juara Musim ke-6

 

Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-6 terus kukuh sebagai program realiti No.1 Malaysia, apabila berjaya meraih rating terkumpul sebanyak 10 juta penonton selama 11 minggu bersiaran! 

 

3.6 juta penonton telah menyaksikan Muhammad Adam Muhibullah Abdullah atau Da’i Adam mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi peserta muallaf pertama yang diangkat sebagai juara pada episod akhir yang bersiaran hari Jumaat lepas. (sumber: Nielsen Audience Measurement).

 

Selain hadiah utama iaitu wang tunai RM60, 000 daripada TV3, dua tiket umrah tajaan Almas Beauty & Health dan sebuah trofi, Adam turut membolot hadiah wang tunai RM2, 000 dan produk Almas bernilai RM 2,000 apabila menjadi pilihan penaja utama bagi kategori Da’i Pilihan Almas. 

 

Adam telah menewaskan dua lagi finalis iaitu Imran Mohd Zaki (Da’i Imran) di tempat kedua, Haziq Safwan Norazman (Da’i Haziq) di tempat ketiga. Di tempat kedua, Da’i Imran menerima hadiah wang tunai RM15, 000, tiket umrah untuk seorang berserta trofi. 

 

 

Manakala, Da’i Haziq di tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM 10, 000, wang tunai RM 2,000 dan produk Almas bernilai RM 2,000. Da’i Haziq juga turut membawa pulang hadiah wang tunai RM 1, 000 dan sebuah trofi apabila menjadi peserta yang paling kerap menerima undian tertinggi di laman sosial twitter bagi kategori Da’i Pilihan Penonton.


Di pentas akhir yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor dan Da’i Izzhar ini, peserta perlu melalui dua pusingan. Pusingan pertama, mereka perlu menghuraikan topik mengikut konsep yang diberikan oleh pihak produksi selama lima minit. Turut bergandigan bersama mereka adalah pelakon Naim Daniel, Ashraff Muslim dan Elly Mazlein. 

 

Di pusingan kedua pula, topik tazkirah adalah bebas mengikut pilihan finalis sendiri. Tetapi, di pusingan ini mereka wajib untuk bertarannum. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai topik tazkirah peringkat akhir:

80% markah adalah daripada juri tetap iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail manakala baki 20% lagi adalah daripada murabbi mereka yang telah memantau persembahan mereka dari minggu pertama hingga akhir iaitu Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan juga Ustaz Fakhrul Radhi Khamarudin di bawah selian Mursyid, Dato’ Ustaz Mohd Zawawi Yusoh. 

 

Menurut juri tetap, Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud, “Persembahan Adam menepati kriteria yang telah ditetapkan. Bacaan Al-Qurannya juga baik walaupun baru sahaja 8 tahun memeluk islam. Hadis dan dalil yang digunakan dalam tazkirahnya amat bertepatan dengan topik. Kedua-dua topik yang dibawakan Adam telah menyentuh masyarakat keseluruhannya, tetapi topik kedua beliau iaitu “Saya Muallaf” itu sendiri menjadi penentu kepada kemenangannya. Boleh saya katakan, sudah lima musim bersiaran, peserta bagi musim ke-6 ini adalah yang terbaik!”

 

Mengulas mengenai perancangan membuka ruang buat peserta serantau, untuk menyertai Da’i Pendakwah Nusantara, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 berkata, “Memang kita sudah punya rancangan untuk mengumpulkan pendakwah-pendakwah dari seluruh nusantara seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand khususnya, tetapi  ianya bukan mudah. Kami memerlukan sedikit masa lagi, dengan perancangan yang lebih rapi dan teliti sebelum membuka ruang untuk merealisasikan objektif program ini sebagai pentas yang menghimpunkan para pendakwah hebat bukan sekadar di Malaysia malah dari seluruh nusantara. 

 

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penonton yang setia memberi sokongan dan menjadikan Da’i Pendakwah Nusantara program realiti keagamaan no. 1 di Malaysia!” ujarnya lagi.

 

Pentas akhir Da’i turut dimeriahkan lagi dengan persembahan artis jemputan iaitu Tomok, Aizat Amdan, Azmi Saat dan diserikan lagi dengan kehadiran Tetamu Nusantara yang dijemput khas dari Indonesia, Oki Setiana Dewi. Da’i musim ke-6 terbitan Primeworks Studio ini diterajui oleh Shukri Ibrahim sebagai penerbit dan ditaja oleh Almas Beauty & Health selaku penaja utama, Siti Khadijah dan Lembaga Zakat Selangor selaku penaja bersama.

GALERI | PENTAS AKHIR DA'I MUSIM KE-6

 

 

 

Mengenai TV3

Sejak diperkenalkan pada tahun 1984, TV3 sentiasa relevan dan memberi nilai kepada penontonnya menerusi pelbagai program yang merangkumi berita dan isu semasa, kemasyarakatan, keagamaan, majalah dan dokumentari, hiburan, sukan dan drama. Terus mengekalkan kedudukannya sebagai stesen TV Premium Mass Malay, TV3  masih mengekalkan kedudukannya sebagai stesen televisyen nombor satu Malaysia dengan memaparkan program-program berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin, Nona, Majalah 3, Wanita Hari Ini (WHI) dan Malaysia Hari Ini (MHI). Tambahan lagi TV3 tetap berjaya menyentuh jutaan penonton melalui slot-slot drama Akasia, Lestary, Azalea, Samarinda, Iris, Cerekarama dan yang terbaharu, Seramedi serta pelbagai kempen dan program TV lain yang menarik untuk penonton setianya.

 

MENGENAI ALMAS BEAUTY & HEALTH

ALMAS BEAUTY & HEALTH telah ditubuhkan pada tahun 2009. Ia merupakan syarikat milik penuh 100% Bumiputera. ALMAS mengeluarkan dan mengedarkan produk-produk berasaskan kesihatan dan kecantikan yang berkualiti, bermutu tinggi serta bertaraf antarabangsa. ALMAS diuruskan sepenuhnya oleh YBhg Dato' Hassanal Bolkiah Hj Abdul Wahab bersama YBhg Datin Maziah Haji Mohamed selaku Pengarah Urusan dan dibantu oleh beberapa kakitangan yang bertindak dalam pengurusan syarikat dan hal-hal yang berkaitan mutu syarikat. Bertemakan moto syarikat iaitu CANTIK, CERAH, GEBU , jenama Almas terdiri daripada rangkaian Set Kosmetik. Almas mengeluarkan Jus Nusantara Gold yang digelar sebagai ‘Penghulu Segala Produk’. Almas sangat berhati – hati mengeluarkan satu – satu produk, apatah lagi produk kesihatan di mana kaedah R&D dijalankan.


 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.