MEMBONGKAR RAHSIA ILMU HITAM DALAM 'SANTET: BLACK MAGIC'

October 4, 2018

 

Setelah tampil dengan sebuah filem seram berjudul Roh Yang Tak Terlihat pada April lalu, kali ini Skylar Pictures dengan kerjasama Cashmere Studios dan Empire Film Solution tampil dengan sebuah lagi nashkah dengan genre yang sama berjudul SANTET: BLACK MAGIC.

 

Santet yang bermaksud ‘ilmu hitam’ memaparkan sebuah kisah seram mengenai sebuah keluarga yang diganggu dengan ilmu hitam. Pengarahnya, Helfi Kardit menyatakan bahawa jalan cerita dalam filem SANTET: BLACK MAGIC ini merupakan inspirasi kepada kisah yang pernah berlaku.

 

“Sesuatu yang istimewa mengenai filem SANTET: BLACK MAGIC apabila kami menggabungkan barisan pelakon daripada tiga buah negara iaitu United Kingdom, Filipina dan Indonesia.

 

“Malah, kami berasa cukup bertuah kerana berjaya mendapatkan pelakon popular, Kelly Brook sebagai teraju utama filem ini,” ujarnya.


Selain Kelly, SANTET: BLACK MAGIC turut menampilkan barisan pelakon Indonesia seperti Marcelino Lefrandt, Ray Sahetapy and Ayu Dyah Pasha serta pelakon kelahiran Filipina iaitu Jazz Ocampo.

 

Bercerita lebih lanjut mengenai pemilihan Kelly Brook sebagai teraju utama, Helfi menyatakan kemunculan model dan pelakon seksi yang pernah tampil dalam beberapa filem Hollywood seperti The Italian Job dan Piranha 3D itu telah menampilkan aksi lakonan yang cukup memberangsangkan.

 

“Kalau menceritakan tentang bayaran untuk Kelly, jumlahnya sahaja boleh menampung kos untuk menghasilkan sebuah filem seram di Indonesia.

 

“Namun begitu, ia bukan menjadi satu ukuran buat kami kerana apa yang lebih penting adalah impak filem ini agar dapat memberi kepuasan kepada penonton yang menggemari filem-filem bergenre seram,” jelasnya.


Bagi pelakon utamanya iaitu Marcelino Lefrandt, antara cabaran yang perlu dilalui adalah apabila 90 peratus dialognya menggunakan Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, pelakon itu menjelaskan tawaran berlakon dalam filem SANTET: BLACK MAGIC tidak dapat dilepaskan, lantaran jalan ceritanya yang menarik.

 

“Untuk filem ini, selain memantapkan penggunaan bahasa Inggeris, saya perlu bersedia daripada segi stamina memandangkan harus melakukan sendiri babak-babak aksi.

 

“Mengenai gandingan bersama Kelly pula, saya tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan keserasian bersamanya apabila membawakan watak sebagai pasangan suami isteri,” jelasnya.

 

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 25 OKTOBER 2018, filem SANTET: BLACK MAGIC turut ditayangkan di beberapa buah negara lain seperti Indonesia, dan Filipina. Menjalani penggambaran sepenuhnya di Indonesia, filem berkenaan turut menelan kos pembikinan sebanyak RM4 juta.

 

Selain tu, syarikat 4Digital Media yang bernaung di bawah Sony Pictures juga telah diberi hak pengedaran untuk Video On Demand (VOD) di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

 

Bahasa: Inggeris / Indonesia
Sarikata: Inggeris / Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2018
Genre: Seram / Misteri / Ngeri
Durasi: 1 Jam 26 Minit
Pengedar: Empire Film Solution
Pelakon: Kelly Brook, Marcellino Lefrandt, Ayu Dyah Pasha, Jazz Ocampo
Pengarah: Helfi Kardit
Format: 2D

 

SINOPSIS


SANTET: BLACK MAGIC mengisahkan tentang Rendy (Marcelino) kembali ke kampung halamannya di Indonesia bersama-sama isterinya, Laura (Kelly Brook) dan dua anak perempuannya Aaliyah (Jazz Ocampo) dan Kelly (Bali Nadeya Curtain). Rendy yang sudah lama bermastautin di Amerika Syarikat pulang ke negara kelahirannya kerana ingin menjaga ibunya selepas bapanya mengambil keputusan nekad dengan membunuh diri. 

 

Sejak kepulangannya, Rendy melihat tahap kesihatan ibunya yang merudum dan hanya mampu terlantar di katil sahaja. Ibunya hilang keupayaan untuk bercakap dan mula meracau-racau selain menyerang Laura dan cucu-cucunya, seakan-akan memberi tanda untuk mereka keluar dari rumah agam keluarga Rendy. 


Ibu Rendy kemudian dibawa ke hospital selepas dia memuntahkan darah, kaca dan paku di hadapan Rendy, isteri dan anak-anak mereka. Walaupun mengetahui apa yang dialami oleh ibunya tidak boleh dirawat dengan kepakaran doktor perubatan, namun Rendy tetap berkeras menghantar ibunya ke hospital. Rendy menyedari yang keluarganya diganggu syaitan dan makhluk halus, namun tiada apa yang dapat dilakukannya untuk mengelakkan keluarganya daripada terus diganggu.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.