AFGAN JANJIKAN KONSERT ISTIMEWA BUAT PEMINAT MALAYSIA

October 5, 2018

Penyanyi Indonesia popular dengan lagu Jodoh Pasti bertemu, Afgan cukup teruja mendapat tawaran daripada Nizra Production bagi mengadakan Konsert Eksklusif beliau selepas mengharungi suka-duka dalam perjuangan seninya selama sedekad lalu dan istimewa buat peminatnya di Kuala Lumpur pada 3 November 2018 bertempat di Plenary Hall, KLCC.

 

 

Beliau yang ditemui oleh para media semasa pelancaran rasmi Afgan Konsert Dekade Live In Kuala Lumpur 2018 bersama pihak produksi di Shangri La Hotel KL, Isnin lalu. ''..Saya gembira sekali dapat membuat persembahan di Konsert Dekade Live in Kuala Lumpur bersama peminat di Malaysia dan saya juga sering datang ke Kuala Lumpur .... Malaysia ibarat sebagai rumah kedua saya...'' UJar Afgan.

 

 

 

Diiringi The Gandarianz, konsert Afgan kali ini pasti berbeza dari semua konsert yang pernah diadakan di Malaysia sebelum ini. "Saya ingin membawa penonton secara peribadi mengikuti perjalanan karier saya di dalam industri dan berkongsi perasaan dan pengalaman selama 10 tahun ini bergelar anak seni. Berada begitu dekat dan intim ialah sesuatu yang belum pernah saya lakukan sebelum ini. Ini kerana selama 10 tahun bukan hanya sekadar lagu dan kejayaan saya tetapi lebih kepada perjalanan saya sebagai seorang insan. Konsert ini sangat peribadi bagi saya kerana ini adalah sebagai tanda penghargaan saya kepada semua peminat" Tambah beliau lagi.

 

 

 

Beliau juga berkata seharusnya Konsert Dekade diadakan di tempat kelahiran beliau sendiri, Indonesia  tetapi disebabkan atas masalah penajaan beliau terus tidak memikirkan panjang untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur terlebih dahulu.

 

Sebelum itu, Album Dekade yang mengandungi lagu single tebaru SUDAH telah dilancarkan di Jakarta pada awal februari tahun ini. Album ini juga turut memuatkan 13 buah lagu lain yang menjadi lagu favourite atau 'Best of Song' Afgan sendiri antaranya Pesan Cinta, Bukan Cinta Biasa dan banyak lagi.

 

 

Dalam pada itu, Afgan bersama-sama barisan 100 artis Indonesia lain akan menyertai konsert amal bagi memungut derma bagi membantu mangsa di Palu, Sulawesi, yang dilanda tsunami baru-baru ini.

 

BACA ARTIKEL TERDAHULUKONSERT SEDEKAD AFGAN LIVE IN KL NOVEMBER INI

 

 

Konsert ini turut menampilkan Ruffedge, kumpulan Hip Hop dan R&B Malaysia sebagai artis undangan. Ditubuhkan pada tahun 1997, Ruffedge pernah memenangi anugerah di Anugerah Industri Muzik melalui dua buah album, Defined dan Ruffera. Dianggotai Cat Farish, Zain Hamid, Azan Addin, Amir Munawer, Sein dan Mode, kini Ruffedge kembali sempena meraikan ulangtahun ke-20 dalam industri. Terkenal menerusi lagu hit seperti ‘Tipah Tertipu’, ‘Khayalan’ dan ‘Lemas’, peminat boleh menikmati lagu terbaru dari kumpulan tersebut berjudul ‘Seperti Mereka’.

 

 

 

Nik Iruwan (Tengah) bersama Afgan dan Kumpulan Ruffedge

 

Sidang media bersama Afgan ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi Nizra Production Sdn Bhd, Nik Iruwan Datuk Nik Izani mengucapkan penghargaan di atas sambutan menggalakkan yang diterima dari peminat terhadap konsert ini dan memaklumkan bahawa tiket konsert RM288 (Silver) dan RM1288 (Diamond VVIP) telah habis dijual. Khusus buat pembeli tiket Diamond VVIP, mereka akan menerima pas Meet and Greet berserta CD dan poster yang ditandatangani oleh Afgan. Selain itu, Malaysia menjadi destinasi pertama Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 ini dan Dewan Plenary di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi rasmi konsert dimana ia mempunyai kapasiti untuk memuatkan hampir dua ribu lima ratus orang (2500). “Berdasarkan pada populariti Afgan dan sambutan peminat di sini, kita menjangkakan sebuah konsert yang sold-out.” kata Nik.

 

Manakala bagi Maybank, Mr B. Ravintharan Balakrishnan, Ketua Bahagian Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan Maybank berkata “Pihak Maybank berbesar hati bekerjasama dengan Nizra Production sempena Konsert DEKADE Afgan Live in Kuala Lumpur 2018. Melalui perkongsian ini, pemegang kad Maybank berpeluang menikmati tawaran eksklusif sebagai usaha kami dalam terus menghargai pelanggan melalui pengalaman istimewa”. Selain Maybank, konsert ini turut mendapat sokongan Hot FM dan Kool FM, Turkish Airlines, Redbox, Ticket Charge, E&O Residences dan Hamza Motors.

 

 Afgan (tengah) bersama barisan produksi, penaja dan kumpulan Ruffedge

 

Peminat masih boleh mendapatkan tiket konsert berharga RM588 (Gold) dan RM888 (Platinum) melalui https://premier.ticketcharge.com.my atau hubungi Hotline di talian 03-9222 8811. Manakala, buat pemegang kad debit dan kredit Maybank dari Malaysia, Indonesia, Singapura Brunei, Kemboja dan Filipina, boleh menikmati 10% diskaun untuk setiap pembelian tiket bagi semua kategori. Istimewa buat semua pembeli tiket konsert, dimana turut berpeluang menerima hadiah pakej penerbangan dua (2) orang pergi dan balik ke mana-mana destinasi di seluruh dunia oleh Turkish Airlines menerusi cabutan bertuah yang akan diadakan di konsert tersebut. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.