'WENN ICH SCHLAF' LONJAK NAMA NATASHA SASS

October 6, 2018

 

Nama Natasha Sass, gadis kacukan Melayu- German kini semakin dikenali di Malaysia. Natasha yangmerupakan gadis kelahiran Singapura, kini dalam misi untuk menyusun langkah membina namanya dalam industri muzik Malaysia. 

 

Beliau yang kini berusia 18 tahun dan sedang melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi di Kolej Segi bukan lagi satu nama asing di tanah kelahiran bapanya di German. Single terbarunya yang berjudul 'Wenn Ich Schlaf' ( When I Sleep ) yang dilancarkan di German pada pertengahan 2018,  telah mendominasi 3 tangga teratas carta radio HR4, German  pada September yang lalu.

 

Dalam satu pertemuan bersama media ketika 'showcase'nya di HardRock Cafe KL baru-baru ini, Natasha memberitahu yang beliau telah memulakan kareernya sebagai penyanyi seawal umur 10 tahun. Beliau juga turut mampu untuk bernyanyi dengan baik dalam bahasa Melayu, Inggeris dan German.

 

Menjadikan Dato Seri Siti Nurhaliza sebagai idolanya, Natasha juga memberitahu kepada media yang beliau turut meminati penyanyi antarabangsa seperti Selena Gomez, Celine Dion dan Beyonce dan ingin mengikut jejak langkah mereka sehingga berjaya di persada muzik antarabangsa,

 

Kebolehan Natasha menyanyi dalam pelbagai bahasa telah membuka jalan kepadanya sekaligus memberi kelebihan kepadanya untuk mengusai pentas . Paling tidak boleh dilupakan oleh Natasha, apabila beliau diundang untuk membuat persembahan secara lansung di saluran TV German pada tahun 2013. Selain dari itu Natasha turut pernah beraksi di pentas konsert A.R Rahman di Singapura pada 2014, serta konsert 'F1 After Race Concert' bersama bintang antarabangsa, Usher pada 2016. Selain itu, Natasha juga pernah diundang untuk menyanyi pada pembukaan konsert Shiela On 7 tahun lalu.

 

Mengambil setiap peluang yang datang , Natasha turut memperhalusi skil nyanyian dan vokal beliau dengan mempelajari teknik nyanyian lagu klasik bersama seorang guru vokal yang tidak asing ,Siti Chairani. Segala usahanya terbalas apabila pada 2016 Natasha  ditawarkan kontrak rakaman bersama Sony Music Malaysia. Bersama Ezra Kong dan penerbit Omar K, maka lahirlah single pertama Nastasha , 'Hello Dunia' yang menjadi pengenalan buat Natasha kepada penggemar muzik Malaysia.

 

Natasha kini baru selesai  menyiapkan single terbaharunya, "Your Story" yang bakal diterbitkan di Amerika sedikit masa lagi. Lebih manis apabila lagu tersebut turut diperdengarkan kepada media pada malam itu. Selain dari  "Your Story", Natasha turut menyanyikan 10 buah lagu termasuk lagu single bahasa German "Wenn Ich Schlaf".

 

Natasha berharap agar peminat muzik di Malaysia dapat menerima muzik dan menyokong perjalanan muziknya hingga beliau berjaya mencapai impian untuk bergelar penyanyi antarabangsa yang berjaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Hello Dunia

 Wenn Ich Schlaf

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.