OPPO X SHISEIDO LANCAR KOTAK EDISI TERHAD OPPO F9 STARRY PURPLE

Jenama global telefon pintar, OPPO telah mengumumkan projek jaringan terbaharunya bersama jenama antarabangsa terkemuka, Shiseido. Kerjasama ini sekali lagi membuktikan bahawa OPPO adalah jenama yang sentiasa menggabungkan nilai-nilai estetika dan kepelbagaian fungsi.


Mempunyai sasaran pengguna yang sama, OPPO dan Shiseido memberi tumpuan kepada generasi muda, bergaya dan hebat untuk menghasilkan produk bermutu tinggi yang menemukan standard kepelbagaian fungsi dan penampilan. Melalui kolaborasi ini, kedua-dua jenama telah diinspirasikan oleh satu sama lain dan menantikan lebih banyak projek kolaborasi yang lain pada masa akan datang. Bagi OPPO, telefon pintar bukan sahaja sekadar alat komunikasi tetapi juga merupakan satu karya seni.


F9 menggabungkan beberapa fungsi terbaharu yang merevolusikan OPPO F-Series. Dengan hanya mengecas selama lima minit, pengguna boleh mendapat dua jam waktu berbual. Tambahan lagi, F9 juga dilengkapi dengan dwi kamera belakang AI-enhanced (16MP + 2MP) bagi membantu mencapai kesan Bokeh yang mengagumkan bila mengambil gambar. Kamera hadapan OPPO F9 25MP juga tidak mengecewakan. Penciptaan semula teknologi 'Sensor-HDR' mempertingkatkan lampu belakang swafoto secara dramatik dan membolehkan para pengguna memeriksa kesan-kesan dedahan dinamik tinggi sebenar serta-merta.


“Sejak dulu, OPPO telah menjadi jenama yang memahami keperluan para pengguna. Walaupun keutamaan kami adalah untuk memastikan inovasi dalam menghasilkan telefon-telefon yang berkualiti tinggi, kita juga mengutamakan penampilan telefon-telefon juga. Kerjasama kami bersama Shiseido membuktikan sekali lagi bahawa F9 ni mempunyai pelbagai kemungkinan yang menjadikan ia lebih dari sekadar telefon pintar dan kami amat gembira menyaksikan hasil kolaborasi ini” menurut Nikki Chen, Pengarah Penjenamaan OPPO Malaysia.


“Kami amat gembira dengan kolaborasi bersama OPPO bagi pelancaran edisi terhad F9 x Shiseido Starry Purple. Berpeluang untuk bekerjasama bagi menghasilkan kotak edisi terhad yang istimewa ini akan menjadi penanda aras sebagai jenama kosmetik dan juga untuk jenama telefon pintar” menurut Denise Chen, Penolong Pengarah Am Shiseido.


Kolaborasi bersama Shiseido


Bagi menambahkan lagi keterujaan pelancaran Starry Purple adalah kolaborasi OPPO dengan jenama kosmetik antarbangsa terkemuka Shiseido. Kerjasama berantara kedua-dua jenama ni telah menghasilkan kotak edisi terhad ekslusif bagi rona terbaharu F9 – menandakan telefon ini sebagai satu adunan serasi nilai-nilai estatik dan teknologi. Kotak edisi terhad ni didatangkan dengan gincu Shiseido bermodel Rouge Rouge dalam tona Primrose Sun (RS419) bernilai RM108 dan servis solekan flash yang memberikan para pengguna peluang untuk merasai servis solekan yang direka secara ekslusif bagi OPPO F9 Starry Purple. Terdapat dua jenis pilihan solekan samada Solekan Harian Romantik atau Malam yang Chic dan anggun.


Kotak Edisi Terhad OPPO F9 Starry Purple X Shiseido


“Pengguna kelmarin telah menjadi semakin celik teknologi dan sentiasa mencari telefon pintar terbaik bagi memenuhi keperluan-keperluan mereka samada dalam penampilan dan pelbagai fungsi. OPPO F9 sememangnya mampu memenuhi keperluan-keperluan tersebut melalui teknologi ekslusif OPPO VOOC Flash Charge selain mempelopori skrin estatik titisan air dengan kecerunan rekaan warna dengan pencapaian terbaiknya apabila 32 unit terjual setiap minit semasa hari pertama jualan F9, kami mengharapkan pencapaian yang lebih daripada kali ini dengan Starry Purple.” menurut Nikki Chen, Pengarah Penjenamaan OPPO Malaysia.


Sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dan untuk lebih memenuhi keperluan penguna-penguna kami, kami mendapati kecantikan dan teknolgi sepatutnya digambarkan melalui keseluruhan telefon, samada luar dan dalam. Oleh itu kerjasama kami bersama Shisheido mewakili tujuan ini dan kami amat berbangga untuk mengumumkan kolabarasi kami bersama Shisheido, yang secara tidak langsung mengatasi batasan kami sendiri dan persepsi-persepsi orang ramai terhadap jenama-jenama telefon pintar. Untuk menghampiri dengan para pengguna, kami melancarkan kotak edisi terhad F9 Starry Purple, dihasilkan istimewa untuk kepelbagaian warna Starry Purple,” tambah beliau lagi.


Menurut Cik Denise Chen, Penolong Pengarah Am Shiseido, beliau berkata bahawa “Sebagai sebuah jenama kecantikan terkemuka dan yang dipercayai selama 145 tahun, kami sangat teruja untuk memulakan kerjasama ini bersama OPPO. Industri kecantikan sedang berkembang pesat dan mengabungkan penggunaan teknologi dan bekerjasama dengan OPPO merupakan satu penghargaan dan ia memberikan Shisehido satu landasan untuk melebarkan sayap kami dan berhubung dengan pengguna-pengguna kami dari pelbagai peringkat. Kolaborasi dengan F9 Starry Purple adalah usaha jenama kami dalam meneroka pelbagai kemungkinan dan mencipta pelbagai aspek ke arah jenama kami.”



Majlis pelancaran ini telah diadakan baru-baru ini dengan kehadiran Duta OPPO selebriti Malaysia terkenal Ayda Jebat dan selebriti dari Taiwan Hebe Tien.

Duta OPPO F9 Starry Purple

AYDA JEBAT - PELAKON/PENYANYI MALAYSIA

HEBE TIEN - SELEBRITI TAIWAN