ABPBH31 RAIH HAMPIR 6 JUTA TONTONAN!

October 9, 2018

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad, 7 Oktober 2018 lalu, disaksikan hampir enam juta penonton. Acara berprestij tahunan itu bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air disamping memberi peluang kepada peminat dan pengikut setia BH untuk memilih artis popular dan menyertai malam kemuncak anugerah itu.

 

Menurut Nielsen Malaysia, ABPBH yang telah bersiaran langsung bermula 9 malam hingga 12 tengah malam itu telah ditonton hampir 3 juta penonton secara purata dan hampir 6 juta secara menyeluruh sepanjang hampir tiga jam bersiaran. Dengan pencapaian itu, ABPBH31 telah memonopoli 41.3% syer waktu udara menandingi pelbagai program-program yang telah keudara pada waktu yang sama. 

 

Selain daripada bersiaran di  televisyen, ABPBH turut bersiar secara langsung di platform digital di saluran Youtube TV3, Berita Harian, Harian Metro, dan New Straits Times. ABPBH telah ditonton hampir 600,000 penonton selama ia bersiaran. Di samping itu, suapan langsung (Live Feed) itu turut dikongsi di platform media sosial Facebook Berita Harian, dan The New Straits Times, telah meraih 263,646. Manakala, tonton dan tonton xtra telah meraih 140,510 jumlah tontonan, menjadikan jumlah tontonan seluruh saluran digital mencecah 1 juta tontonan.

 

Pada malam itu, Wany Hasrita, penyandang Anugerah Bintang Paling Popular telah memenangi sebuah kereta Citroen Picasso C4 yang berharga RM126,000 serta trofi. Pihak ABPBH31 dan TV3 turut menyuarakan ucapan tahniah kepada barisan pemenang anugerah pada malam kemuncak ABPBH31:

 

Bintang Paling Popular : Wany Hasrita
Artis Baharu Lelaki Popular : Fendy Bakry
Artis Baharu Wanita Popular : Farah Nabilah
Pelakon TV Lelaki Popular : Fattah Amin
Pelakon TV Wanita Popular : Nur Fazura
Pelakon Filem Lelaki Popular : Zul Ariffin
Pelakon Filem Wanita Popular : Emma Maembong
Penyanyi Lelaki Popular : Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular : Wany Hasrita
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular : Syamel & Ernie Zakri
Artis Komedi Popular : Zizan Razak
Artis Versatil Popular : Alif Satar
Pengacara TV Popular : Neelofa
Penyampai Radio Popular : Haziq (Hot FM)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Noor Kumalasari

Kategori Online
Gandingan Serasi Drama Popular : Fattah Amin & Nur Fazura
Gandingan Serasi Filem Popular : Zul Ariffin & Nur Fazura
Artis Sensasi Popular : Neelofa
Instafamous Cilik Popular : Arif Jiwa
Personaliti Media Sosial Popular : Fatimah Omar Mukhlis

 

ABPBH31 telah bertemakan Infiniti yang merujuk kepada ruang tanpa sempadan boleh dijelmakan dalam konteks evolusi BH yang sentiasa berusaha memperbaiki dan menyediakan kandungan merentasi pelbagai platform, baik bercetak mahupun digital, menerusi laman web mudah alih mahupun platform media sosial.

 

Bertepatan dengan tema Infiniti, ABPBH31 telah berkolaborasi dengan rakan-rakan media rasmi seperti Kool FM dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi, tonton sebagai platform digital rasmi, Hijab & Heels sebagai Media Digital Rasmi, dan Apa Kes? sebagai Kapsul Hiburan Rasmi. Selain itu, kejayaan ABPBH31 tidak akan tercapai tanpa sokongan para penaja, Alha Alfa sebagai Penaja Utama serta Maggi Pedas Giler, Mc Café, Samsung, Habib Jewels, Naza Euro Motor Sdn Bhd, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),  selaku penaja bersama. 

 

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi ABPBH31 (www.abpbh.com.my) atau tonton xtra (www.xtra.com.my). Saksikan juga sedutan-sedutan menarik ABPBH31 di saluran Youtube TV3 Malaysia.

GALERI | ANUGERAH BINTANG POPULAR ABPBH31

 

MENGENAI ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN
Bermula tahun 1987 dengan nama Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987 (APPP87) - Nescafe Classic. Hanya tujuh kategori dipertandingkan ketika itu iaitu Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pelakon Pembantu Lelaki Popular, Pelakon Pembantu Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular dan Penyanyi Berkumpulan Popular. Memperkenalkan kategori Artis Paling Popular pada tahun 1990 yang kini menjadi Bintang Paling Popular. Anugerah ’People’s Choice’ terunggul yang dianjurkan secara konsisten di Malaysia. Sistem undian secara online 100 peratus di laman web ABPBH diperkenalkan pada tahun 2017 berbanding pengundian melalui akhbar BH dan SMS pada tahun-tahun sebelumnya. Acara ABPBH pada tahun 2017 telah menarik lebih 1.5 juta undi. Diadakan setiap tahun bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air, memberi peluang kepada peminat dan pengikut setia BH untuk memilih artis ppopular serta menyertai malam kemuncak anugerah dan menjadi platform kepada penggiat seni untuk mengetahui sejauh mana pembabitan mereka dalam industri dikenali, diiktiraf dan memberi impak kepada orang ramai.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.