FILEM 'KALLA' SAJI KELAINAN

October 10, 2018

 

Little Film buat julung kalinya telah mengadakan satu majlis pratonton filem terbaru terbitan syarikatnya, Kalla minggu lalu di GSC Signature, The Gardens MidValley. Majlis pada malam tersebut diadakan juga bertujuan untuk memperkenalkan barisan pelakon yang telah membintangi filem  berkenaan kepada wakil media.  Filem Kalla The Movie dibintangi oleh Faizal Hussein, Vanida Imran, Azhan Rani, Zaidi Omar, Riz Amin, Haeriyanto Hassan, dan Farali Khan. Sementara itu runut filem bagi filem ini, Percayakan Hati' telah dihasilkan oleh komposer tyang tidak asing lagi, Ajai dan dinyanyikan oleh Hazama yang turut berduet bersama Noryn Aziz.  

 

KALLA - Hidup Atau Mati merupakan sebuah filem yang bergenre "drama thriller" dengan durasi selama 100 minit, telah diarah oleh pengarah, Alan Smithee. Filem ini sarat diisi konflik, tipu muslihat, , aksi pertempuran, mengejar kereta serta pengintipan. Setiap elemen ini berjaya diterjemahkan dan menjadikan penceritaan yang dikemas di sampingan kesan Visual dan efek CGI yang menonjol.

 

Drama dan pacing bagi filem KALLA pasti akan menyentuh emosi penonton dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang termasuk rumah tangga kerana intonasi keluarga yang dijaga dengan teliti ke atas Karya ini. Humor yang selamba turut diselitkan untuk memberi pelbagai warna di Kalla.

 

Penonton akan merasakan gelojak dalaman perjalanan suami dalam membongkar misteri kehilangan wanita yang disayangi. KALLA diarahkan oleh Alan Smithee ini bakal menemui peminat filem tempatan bermula 11 Oktober 2018 Filem ini juga bakal ditayangkan di Brunei dan Singapura.

 

 

 

Bahasa: Melayu
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 11 Oktober 2018
Genre: Aksi / Drama
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pengedar: Empire Film Solution
Pelakon: Faizal Hussein, Farali Khan, Vanida Imran, Azhan Rani, Faizal Hussein, Farali Khan, Azhan Rani, Haeryanto Hassan
Pengarah: Wan Hasliza
Format: 2D

 

SINOPSIS

 

KALLA mengisahkan seorang Ielaki bernama Dr. Ezahar (Faizal Hussein), hilang arah dan tertekan kerana kematian isterinya dalam satu tragedi serangan bom oleh pengganas yang telah mengakibatkan keruntuhan sebuah hotel. Sewaktu dalam usaha dalam mencari pembunuh Isterinya, Ezahar harus menelan kepahitan menerima kenyataan bahawa isterinya masih hidup dan bersekongkol sehingga menyebabkan banyak nyawa yang tidak berdosa mati dalam tragedi tersebut. Dibantu oleh Uyun, seorang wanita yang mempunyai agenda tersendiri dalam misi ini, mereka terpaksa mengharungi satu (1) demi satu petualang yang tidak terduga.

 

Tragedi tersebut berpunca daripada kerakusan kuasa hasil pecah belah sebuah kumpulan besar yang bergelar KALLA dan pecahannya yang bergelar Saif. KALLA adalah sekumpulan lelaki dan wanita yang bersumpah untuk melindungi khazanah Islam di Empayar Melaka pada abad ke-15. Objektif mereka adalah untuk menyampaikan khazanah kepada pemimpin yang sah apabila tiba masanya. 

 

Saif pula merupakan pecahan KALLA yang dipimpin oleh seorang lelaki bernama Pak Manok adalah pemimpin sebenar KALLA. Pak Manok percaya beliau adalah pemimpin sebenar organisasi dan percaya bahawa untuk memastikan kebangkitan islam, mereka perlu melancarkan serangan pengganas di seluruh dunia. Konflik dan perebutan khazanah terjadi apabila pemimpin lama KALLA tidak percaya dia adalah pemimpin yang benar.

 

 Faizal Hussein sebagai Dr. Ezahar

 Farali Khan sebagai Uyun

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.