MASYA MASYITAH MUNCUL DENGAN ‘HALIMUNAN’

October 14, 2018

 

Selepas tampil dengan single ‘Mawar Terbiar’ tidak lama dahulu, kini bekas juara Ceria Popstars 2014, Masya Masyitah kembali dengan lagu terbaru berjudul ‘Halimunan’. Masih tidak lari daripada kisah cinta, Masya terus berani mempertaruhkan tema lagu yang biasanya dekat di hati peminat.


Kali ini penyanyi wanita bersuara lantang ini bekerjasama dengan tiga orang jejaka berbakat iaitu Omar K, Blaine Bakri dan juga John Jeevasingham selaku komposer dan penulis lirik ‘Halimunan’. Genre yang di bawakan untuk lagu ini agak berlainan dari lagu Masya yang sebelumnya. Lagu ini lebih berentak ‘pop’ yang mana dirasakan lebih bersesuaian dengan umur serta trend muzik terkini.


Masya yang juga fasih berbahasa Mandarin, sempat mengharumkan nama Malaysia dua tahun lalu selepas dinobatkan pemenang tempat kedua bagi kategori vokal sewaktu bertanding di Hong Kong International Music Festival 2016.
 

Kini penyanyi yang berasal dari Kulim, Kedah ini lebih yakin untuk bertapak dalam industri seni suara tempatan berbekalkan dengan lagu terbarunya ini.


Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, “Mungkin masih ramai lagi yang tidak berapa mengenali Masya tetapi kita di Rocketfuel percaya pada bakat yang ada pada beliau dan kita akan bersama-sama berusaha untuk terus menaikkan Masya. Masya mempunyai kekuatan dalam vokal di tambah lagi beliau fasih dalam menyanyikan lagu bahasa Mandarin sudah semestinya menjadi pakej yang terbaik. Jadi saya berharap agar pencinta muzik akan terus memberikan Masya ruang dan sokongan padu"

 

Lagu ‘Halimunan’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Halimunan’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Artis :    Masya Masyitah
Tajuk :    Halimunan 
Komposer :    Omar K (Rocketfuel Entertainment), Blaine Bakri (Rocketfuel Entertainment), John Jeevasingham (Replay Music)
Penulis Lirik :    Omar K (Rocketfuel Entertainment), Blaine Bakri (Rocketfuel Entertainment), John Jeevasingham (Replay Music)

 

 

HALIMUNAN


Verse 1
Senyum semanis gula
Indah tiap bicara
Bagai tiada noktah
Hati rela diratah

Bagai menunggu bintang
Jatuh di tapak tangan
Hanya aku seorang
Merindu dia datang

 

Prechorus
Aku tak kisah tinggalkannya
Tak ingin resah, kerananya

 

  
Chorus
Halimunan
Cinta mu sekelip mata
Kau pergi begitu saja
Biar apa-apapun cerita, ku tak percaya

Halimunan
Mana kau terbang melayang
Walau kau jauh menghilang
Tetap cinta mu merasuk ke dalam jiwa

 

Verse 2
Apa perlu ku rasa?
Sedih atau gembira?
Mengejar bayang dia
Luar dunia nyata

Mentari kan menjelang
Terang menyuluh jalan
Tak ku pandang belakang
Kau tiada peluang


Bridge
Luka di hati ku
Makin parah kerana mu
Jangan pernah kembali
Lenyap di mataku

 


 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.