MASYA MASYITAH MUNCUL DENGAN ‘HALIMUNAN’


Selepas tampil dengan single ‘Mawar Terbiar’ tidak lama dahulu, kini bekas juara Ceria Popstars 2014, Masya Masyitah kembali dengan lagu terbaru berjudul ‘Halimunan’. Masih tidak lari daripada kisah cinta, Masya terus berani mempertaruhkan tema lagu yang biasanya dekat di hati peminat.

Kali ini penyanyi wanita bersuara lantang ini bekerjasama dengan tiga orang jejaka berbakat iaitu Omar K, Blaine Bakri dan juga John Jeevasingham selaku komposer dan penulis lirik ‘Halimunan’. Genre yang di bawakan untuk lagu ini agak berlainan dari lagu Masya yang sebelumnya. Lagu ini lebih berentak ‘pop’ yang mana dirasakan lebih bersesuaian dengan umur serta trend muzik terkini.

Masya yang juga fasih berbahasa Mandarin, sempat mengharumkan nama Malaysia dua tahun lalu selepas dinobatkan pemenang tempat kedua bagi kategori vokal sewaktu bertanding di Hong Kong International Music Festival 2016.

Kini penyanyi yang berasal dari Kulim, Kedah ini lebih yakin untuk bertapak dalam industri seni suara tempatan berbekalkan dengan lagu terbarunya ini.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, “Mungkin masih ramai lagi yang tidak berapa mengenali Masya tetapi kita di Rocketfuel percaya pada bakat yang ada pada beliau dan kita akan bersama-sama berusaha untuk terus menaikkan Masya. Masya mempunyai kekuatan dalam vokal di tambah lagi beliau fasih dalam menyanyikan lagu bahasa Mandarin sudah semestinya menjadi pakej yang terbaik. Jadi saya berharap agar pencinta muzik akan terus memberikan Masya ruang dan sokongan padu". 


Lagu ‘Halimunan’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Halimunan’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Artis :    Masya Masyitah Tajuk :    Halimunan  Komposer :    Omar K (Rocketfuel Entertainment), Blaine Bakri (Rocketfuel Entertainment), John Jeevasingham (Replay Music) Penulis Lirik :    Omar K (Rocketfuel Entertainment), Blaine Bakri (Rocketfuel Entertainment), John Jeevasingham (Replay Music)

HALIMUNAN

Verse 1 Senyum semanis gula Indah tiap bicara Bagai tiada noktah Hati rela diratah

Bagai menunggu bintang Jatuh di tapak tangan Hanya aku seorang Merindu dia datang

Prechorus Aku tak kisah tinggalkannya Tak ingin resah, kerananya

Chorus Halimunan Cinta mu sekelip mata Kau pergi begitu saja Biar apa-apapun cerita, ku tak percaya

Halimunan Mana kau terbang melayang Walau kau jauh menghilang Tetap cinta mu merasuk ke dalam jiwa

Verse 2 Apa perlu ku rasa? Sedih atau gembira? Mengejar bayang dia Luar dunia nyata

Mentari kan menjelang Terang menyuluh jalan Tak ku pandang belakang Kau tiada peluang

Bridge Luka di hati ku Makin parah kerana mu Jangan pernah kembali Lenyap di mataku

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.