PERADUAN TIKET PERCUMA KE MALAM TAYANGAN PERDANA FILEM SANTET: BLACK MAGIC


Hiii semua pembaca yang dikasihi, MYBUZZ dengan kerjasama Cashmere Studios dan Empire Film Solution akan memberikan tiket wayang secara percuma yang sangat terhad ini kepada pembaca setia dan peminat filem seram di malam tayangan perdana Filem SANTET; BLACK MAGIC.


SINOPSIS FILEM:



SANTET: BLACK MAGIC mengisahkan tentang Rendy (Marcelino) kembali ke kampung halamannya di Indonesia bersama-sama isterinya, Laura (Kelly Brook) dan dua anak perempuannya Aaliyah (Jazz Ocampo) dan Kelly (Bali Nadeya Curtain).


Rendy yang sudah lama bermastautin di Amerika Syarikat pulang ke negara kelahirannya kerana ingin menjaga ibunya selepas bapanya mengambil keputusan nekad dengan membunuh diri. Sejak kepulangannya, Rendy melihat tahap kesihatan ibunya yang merudum dan hanya mampu terlantar di katil sahaja.


Ibunya hilang keupayaan untuk bercakap dan mula meracau-racau selain menyerang Laura dan cucu-cucunya, seakan-akan memberi tanda untuk mereka keluar dari rumah agam keluarga Rendy. Ibu Rendy kemudian dibawa ke hospital selepas dia memuntahkan darah, kaca dan paku di hadapan Rendy, isteri dan anak-anak mereka.


Walaupun mengetahui apa yang dialami oleh ibunya tidak boleh dirawat dengan kepakaran doktor perubatan, namun Rendy tetap berkeras menghantar ibunya ke hospital. Rendy menyedari yang keluarganya diganggu syaitan dan makhluk halus, namun tiada apa yang dapat dilakukannya untuk mengelakkan keluarganya daripada terus diganggu.




Jom Join kami pada seperti berikut.


Tarikh :

22 Oktober 2018 (Isnin)

Masa Kutipan Tiket:

7.30 mlm

Masa Tayangan:

8.45 mlm

Tempat:

MMCineplexes E-curve, Damansara




Apa yang korang semua kena buat hanya simple jer:


1. Jawab tiga (3) soalan mudah yang berikan dibawah berserta dengan slogan mudah dan kreatif :


i) Namakan dua (2) watak utama di dalam filem tersebut?

ii) Siapakah yang memegang watak Rendy & Laura?


iii) Bilakan tayangan filem ini bermula di Malaysia?

Slogan: