TV3 ANJUR SIDANG MEDIA EKSKLUSIF UMUM 3 ACARA HIBURAN TERBESAR 2018

October 23, 2018

 

Buat julung kalinya, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad menggabungkan tiga program hiburan paling popular dalam sebuah acara besar yang dinamakan An Exclusive Media Reveal' di The International Gallery At Alya, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Dengan objektif untuk memudahkan tugas rakan-rakan media yang sentiasa menyokong program-program hiburan TV3, acara ini menghimpunkan artis-artis yang hadir ke sidang media Mentor 7, Muzik Muzik Separuh Akhir 33, dan Anugerah Skrin 2018

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, “Menghampiri musim hujung tahun, adalah menjadi kebiasaan TV3 untuk menyajikan pelbagai program hiburan menarik untuk tontonan umum. Oleh itu, pada tahun ini, julung kalinya kami menggabungkan kemeriahan tiga program hiburan terbesar kami, aitu Anugerah Skrin 2018, Mentor 7, dan Muzik Muzik Separuh Akhir 33 dalam satu acara 'Media Reveal' yang besar untuk meraikan kelahiran bakat-bakat baharu, meraikan kejayaan serta menghargai sumbangan anak-anak seni baik dalam industri muzik dan bukan muzik. Program Mentor merupakan sebuah platform untuk mencungkil bakat bakat nyanyian baru kelahiran kami, manakala Muzik Muzik merupakan satu-satunya laluan untuk penyanyi-penyanyi terkenal Malaysia mengorak langkah mencipta kejayaan ke Anugerah Juara Lagu. Tidak lupa kepada karyawan seni kreatif yang lain, acara Anugerah Skrin yang berprestij pula memartabatkan perjuangan anak-anak seni dalam industri penyiaran dan lakonan. Cara ini sahaja yang dapat kami membalas jasa mereka semua, di samping menyajikan program-program hiburan terhebat untuk peminat-peminat setia TV3.” 

 

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan media yang tidak putus memberi sokongan kepada kami. Oleh itu, kami berharap rakan-rakan media yang hadir selesa dengan pelbagai kemudahan yang kami sediakan dan semoga kita dapat bekerjasama lagi.” ujarnya lagi. 

 

Rancangan Mentor 7 bakal bersiaran setiap Ahad mulai 28 Oktober 2018. Rancangan anugerah yang dinanti-nantikan semua, Anugerah Skrin 2018 bakal bersiaran secara lansung dari PWTC pada 2 November 2018. Sementara itu showcase Muzik-Muzik33 Separuh Akhir bakal bersiaran setiap Jumaat mulai 9,16 dan 23 November 2018.  

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.