DANIAL AFIF MAHU KEMBANGKAN BAKAT MENYANYI

October 28, 2018

Dengan bakat yang dimiliki serta berwajah tampan menjadi satu bonus kepada Danial Afif atau nama sebenarnya Danial Afif bin Kamarul Bahrin, 23 tahun mahu kembangkan bakat beliau sebagai penyanyi dan ingin mencuba nasib untuk menjadi seorang anak seni.

 

Beliau yang ditemui oleh MB minggu lalu berkata bahawa beliau baru sahaja mula praktik menyanyi dan berhasrat untuk mengeluarkan single terbaharu. 

 

Danial Afif atau mesra dengan nama panggilan Danial mempunyai bakat menulis lagu dan sebelum ini beliau pernah mempunyai mini album yang mengandungi enam (6) buah lagu.

 

Bagaimanapun hanya satu sahaja lagu yang diketengahkan iaitu Siapakah Aku Bagimu pada tahun 2012.

 

 

 

Minat yang mendalam dalam bidang muzik dan juga merupakan graduan UiTM dalam bidang muzik ini pernah gugup dan meninggalkan persembahan pentas nyanyian satu ketika dahulu. Kini beliau mengorak langkah ke hadapan dan ingin serius dalam bidang nyanyian dan menulis lagu.

 

 

Minat bermain gitar, beliau yakin untuk membawa gaya persembahan nyanyian sambil bermain gitar secara solo berdasarkan genre muzik R&B. Beliau kini bernaung di bawah pengurusan Harithmai Production (HMP).

 

 

 

Sekiranya anda semua ingin mengetahui lanjut info terkini mengenai Danial Afif boleh ke instagram beliau @danialafif_official

Selain Danial, Yuka Kharisma , Maisarah Ukulele dan Hafizo turut berada di bawah pengurusan HMP.

 

 

Dari kiri Hafizo, Maisarah Ukulele & Danial Afif. Mereka ditemui ketika sesi Live Acoustic Showcase di Sudio Lokasi, Kota Damansara. MYBUZZ!

 

 

ARTIKEL BERKAITAN : HAFIZO AKA TE RAP BOI TERUS BERJUANG DEMI HIP HOP

 

ARTIKEL BERKAITAN : Selepas Oh Si Kacak, Adakah Ini Cinta Jadi Taruhan Maisarah Ukulele

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.