MENTOR 7 -TUNJUK AJARKU SIFU! BUKA TIRAI MALAM INI

October 28, 2018

 

Program realiti nyanyian TV3, Mentor kini kembali untuk musim ketujuh! Mentor 7 memperkenalkan barisan tenaga pembimbing baharu yang luar biasa, hebat dan versatil iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Aizat Amdan, Hafiz Suip dan Siti Nordiana. Para mentor ini akan memastikan protégé di bawah sayap mereka bersedia menjelang konsert mingguan.

 

Mula bersiaran mulai malam ini, 28 Oktober 2018 pada setiap Ahad, selama dua jam bermula 9.00 malam sehingga 11.00 malam, Mentor 7 pastinya menggegarkan industri hiburan tanah air dengan aura yang dibawa pendatang-pendatang baharu ini. Ditambah pula dengan kebijaksanaan mentor masing-masing dalam mengolah bakat-bakat yang dahagakan kemenangan mutlak.

 

12 bakal protege telah dipilih bagi menyertai Mentor 7 sepanjang sesi uji bakat yang berlangsung September lalu. Sesi uji bakat yang diadakan secara berasingan selama empat minggu bermula di Sabah pada Ogos, diikuti Datuk Syafinaz pada 8-9 September, Aizat Amdan pada 15-16 September, manakala Hafiz Suip pada minggu seterusnya dan terakhir, Siti Nordiana. Masing-masing telah bersiap siaga dengan senjata rahsia mereka!
 
Ingin tahu bagaimana pemilihan bakal protege ini? Saksikan episod pertama Mentor 7 malam ini. Episod ini akan menyiarkan sedutan sepanjang tempoh uji bakat berlansung. Suka dan duka peserta yang hadir seawal jam 9.00 pagi, kisah di sebalik tabir Mentor 7 dan reaksi para mentor dalam membuat pilihan.

 

Konsert mingguan Mentor 7 bermula pada episod kedua iaitu pada 4 Oktober 2018 dan dihangatkan dengan pemilihan protégé oleh mentor masing-masing. Dua protégé akan dipilih oleh setiap mentor dalam konsert  minggu pertama (episod ke-2) dan kedua (episod ke-3) sejurus menyingkikan seorang peserta yang gagal mendapat tempat bersama mentor masing-masing menjadikan jumlah protege seramai lapan orang. 

 

Mentor 7 akan diterajui oleh dua nama hebat dalam bidang pengacaraan, Nana Mahazan dan Shuk Sahar diringi Sarancak di belakang tabir. Ketiga-iga susuk berkaliber ini akan memastikan perjalanan konsert saban minggu lancar dan menghiburkan. 

 

Tidak lengkap program realiti nyanyian tanpa kehadiran juri. Tiada yang lebih layak untuk menghakimi persembahan para protégé selain Datuk Wah ldris, komposer tersohor Malaysia. Berkelulusan Berkeley College of Music, Boston, Datuk Wah ldris berkesempatan meluangkan masa beliau setiap minggu untuk bersama para mentor dan protégé dalam perjalanan mereka mempelajari selok belok bidang nyanyian professional. Selain Datuk Wah ldris, terdapat seorang lagi juri yang akan berganding bahu namun ianya masih rahsia. Pemarkahan adalah berdasarkan penjurian oleh juri tetap (50%), undian atas talian di laman web www.xtra.com.my (30%) dan juri awam (20%). 

 

Mula bersiaran musim pertama pada 2005, kini Mentor terus berdiri teguh dalam melahirkan bintang-bintang seperti Aiman Hakim, Hael Husaini, Anas Ridzuan, Shiha Zikir, Sandra Dianne, Fiq Halim, Salma dan Black. 

 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu@TV3Malaysia. Jangan lupa untuk memeriahkan alam maya dengan hashtag #mentor7. Tunjuk ajarku sifu!

GALERI | SESI PENGUMUMAN PROTEGE, JURI DAN PENGACARA MENTOR 7

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.