PRODUK FGWALET KINI DI LULU HYPERMARKET KUALA LUMPUR


Bermula dengan impian, kini produk minuman sarang burung FGWalet semakin melebarkan sayapnya. Memasuki pasaraya terkemuka antarabangsa, Lulu Hypermarket adalah salah satu impian yang berjaya dilaksanakan.

Pengasas FGWalet, Datin Hajjah Fouziah Gous, melahirkan rasa syukur kerana produk minuman FGWalet ini semakin mendapat perhatian dan permintaan dari orang ramai.

"Alhamdulilah, FGWalet kini semakin mendapat perhatian, bukan sahajadi Malaysia tetapi juga turut mendapat permintaan pasaran di luar negara.


"Oleh yang demikian, kerjasama strategik bersama Lulu Hypermarket ini merupakan langkah awal sebelum FGWalet menjangkau jauh sehingga ke Timur Tengah. Inshaa Allah, besar harapan agar FGWalet terus berkembang maju," katanya.


Penyerahan produk FGWalet dibuat secara simbolik minggu lalu diperkarangan Lulu Hypermarket sewaktu majlis penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan 'Shop & Win', bersempena dengan sambutan ulangtahun kedua Lulu Hypermarket di Malaysia. Sebagai simbolik, Datin Hajjah Fouziah Gous menyerahkan satu troli produk minuman FGWalet kepada pihak pengurusan pasaraya tersebut.


Datin Fouziah Gous ketika ditanya lanjut berkenaan produk FGWalet menzahirkan rasa gembiranya. Beliau yang mula menceburkan diri dalam industri sarang burung Walet sejak 9 tahun yang lalu ketika masih bergelar pelakon lagi. Beliau berniat untuk menjadi perunding atau pakar rujuk berbangsa Melayu dalam bidang yang rata ratanya di monopoli oleh bangsa Cina.



Pelbagai cabaran dilalui Fouziah untuk meletakkan dirinya sekarang pada kedudukan ini, lebih-lebih lagi beliau merupakan pelopor utama berbangsa Melayu dan seorang wanita muda yang tidak mempunyai pengetahuan sepenuhnya berkaitan industri sarang burung ketika mula berjinak jinak dalam industri ini sekaligus bersaing dengan para pesaing berbangsa asing.


Ingin lari dari kebiasaan, Fouziah ingin memberi kesedaran tentang khasiat sarang burung Walet kepada umum. "Selama ini dipasaran tidak ada lagi produk sarang burung tulen, semua produk yang ada dipasaran sekarang hanya diletakkan perisa dan fungus tetapi dijual sebagai sarang burung.


"Produk keluaran FGWalet ketika ini terbahagi kepada produk 'premium drink' dan 'social drink' yang mana penghasilan produk premium adalah 100 peratus dihasilkan menggunakan tangan, sementara produk dalam segmen 'social drink' dihasilkan menggunakan mesin tetapi masih mengekalkan keaslian sarang burung tulen dalam setiap produk yang dibotolkan." tambahnya lagi.


FGWalet merupakan minuman keśihatan yang mempunyai manfaat kepada kesihatan dalam dan luaran. Produk FGWalet sesuai untuk digunakan oleh semua lapisan masyarakat berumur dari dua tahun sehingga warga tua kerana diperbuat dari bahan bahan yang asli bagi menjana perkembangan kesihatan secara menyeluruh.


Kesemua produk FGWalet yang diproses, menepati kehendak Islam dan telah menerima sijil penarafan status halal serta mempunyai pengiktirafan amalan pengilangan yang baik seperti GMP, HCCP dan MESTI.


Selain Lulu Hypermarket, produk FGWalet juga mudah didapati di Petronas, Shell dan Petron selain rangkaian Restoran Cibiuk serta farmasi terpilih. Untuk maklumat lanjut berhubung produk FGWalet boleh didapati melalui platform media sosial Facebook dan Instagram : @FGWalet atau di www.zhafou.my


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.