AZHARINA HADIAHKAN PEMINAT 'LAKAR JANJI' RAI 2 DEKAD BERGELAR PENYANYI

November 1, 2018

 

Single terbaharu penyanyi Azharina Azhar telah diperdengarkan di sebuah majlis Pelancaran Media yang telah diadakan di Restoran Narenj di Sunway Putra Mall pada 30 Oktober 2018 yang lalu. Lagu berjudul 'Lakar Janji' merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Dr. Irma Shida di bawah label Dr. Irma Entertainment dengan kerjasama Azharina Entertainment, merupakan kolaborasi sulung antara penyanyi ini dengan syarikatnya.

 

Pada majlis pelancaran itu, Azharina telah mempertontonkan video muzik lagu baharu itu yang turut diterbitkan oleh Dr. Irma Entertainment dengan kerjasama Azharina Entertainment dan dibantu oleh Leroy Crew Productions. Menurut Komposer lagu, Dr. Irma, yang juga komposer single Ferhad, 'Definasi Cinta' yang diterbitkan awal tahun ini, kekuatan vokal Azharina dalam penyampaian lagu-lagu berentak balada merupakan antara faktor utama Azharina dipilih untuk menyanyikan lagu ciptaannya. Gandingan sentuhan Magis Dr. Irma dan kemantapan Vokal Azharina diharap dapat menjadikan lagu ini sebuah naskah hit yang dinantikan selepas 'Rawan' dan Elergi Sepi'.

 

 

Azharina mengakui Melodi Lagu 'Lakar Janji' amat mencabar kemantapan vokalnya disamping Lirik yang memerlukannya untuk menjiwai setiap bait lirik bagi memastikan penyampaiannya menyentuh perasaan pendengar-pendengar. Tambah Azharina lagi, 'Lakar Janji' adalah hadiah khas buat peminat-peminatnya sebagai meraikan kehadiran Azharina di dalam industri seni yang menjangkau dua (2) dekad.

 

Bermula pada satu (1) November 2018 ini 'Lakar Janji' akan mula diputarkan menerusi corong stesen-stesen radio tempatan serta boleh distrim dan dimuatturun menerusi platform digital seperti iTunes, Apple Music, Spotify, JOOX, KKBox, Deezer dan lain-lain. Di samping boleh dijadikan nada dering peribadi.

 

Kedua-dua Azharina dan Dr. Irma berharap 'Lakar Janji' akan mendapat sokongan daripada rakan-rakan media dan diterima baik oleh peminat-peminat setia Azharina.

 

Dr. lrma Entertainment ditubuhkan pada tahun 2017, sebuah label muzik baru tetapi beraspirasi tinggi di asaskan oleh Dr. Irma Shida, (gambar) seorang doktor gigi yang juga seorang komposer dan penulis lirik. 

 

Di antara artis yang bernaung di bawah label ini ialah Ray Asri, Ash Hafiz, AyaSofia seorang artis animasi visual dan juga 5 orang bakat baru iaitu Akma Gyha, lkey, Qiela dan Acha yang dicungkil daripada pertandingan nyanyian secara online SUARA JUARA, satu projek khas Dr. Irma Entertainment di mana konsert akhirnya diangkat oleh Radio RTM Johorfm dan diadakan secara gilanggemilang di Auditorium RTM Johor. 

 

Di antara lagu-lagu terbitan Dr. lrma Entertainment adalah Detinasi Cinta (Ferhad), Emoji (AyaSofia feat WARIS), Melankolia (Ash Hafiz), Antidot Lara & Adiwira Sepi (Ray Asri), Cinta Tirai Biru (Ayasofia), Ampun (Y ama Watanabe), Jejak (Ash Hafiz, / AyaSofia) dan lagu-lagu raya seperti 1 syawal (Ferhad), Ria Hari Raya (Zarol, Ash Hafiz, Ray Asri), Bestnya Raya (penyampai Bestfm). 

 

Sentiasa berkarya dengan positif dan agresif, itulah motto Dr. lrna Entertainment, mengorak langkah dalam industri seni dengan harapan memeriahkan persada seni suara dengan bakat dan harapan yang dibawa.

 

 

 

Artis :    Azharina Azhar
Tajuk :    Lakar Janji
Komposer :    Dr. Irma, Dr. Irma Entertainment
Penulis Lirik :  Dr. Irma, Dr. Irma Entertainment  

 

Pejam matamu oh kekasih
Adakah ku ada dipandanganmu
Walau ku bukan pilihanmu
Izin ku lakar wajahmu dihatiku

Maafkan ku

 
Biarkan ku..
Simpan ilusi indahmu selalu
Kau berlalu..
Pakai payung, jadi memori dukaku

Ku lepasmu pergi, seberat hati
Berjanjilah jangan dilukai
Ku tetap disini, apapaun terjadi
Ke dekapku kembali...

Ku janji

 

Kasih mengapa menjauh
Berpaling dirimu menyepi ku pedih
Sedang ku disini menanti
Cinta mengapa kau pilih
Tuk memusuhi, wooo.. yeah

 

 Ku lepasmu pergi, seberat hati
Berjanjilah jangan dilukai
Ku tetap disini, apapun terjadi
Ke dekapku kembali...
Ku janji
Oooh...

 

*interlude...

 

Ku lepasmu pergi, seberat hati
Berjanjilah jangan dilukai ooh
Ku tetap disini, apapun terjadi
Ke dekapku kembali...
Ooh... ku janji...

Yeeahh...
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.