AIRASIA JADI SYARIKAT PENERBANGAN PERTAMA HUBUNGKAN MALAYSIA DENGAN PHU QUOC, VIETNAM


(Lapan dari kiri) Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Dato Fam Lee Ee, Naib Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Phu Quoc Pham Van Nghiep dan pihak berkuasa tempatan menyambut penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc, Vietnam.

AirAsia kini menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Malaysia ke Phu Quoc, Vietnam. Ketibaan penerbangan sulung Kuala Lumpur-Phu Quoc di sini hari ini terus mengukuhkan hubungan Asean syarikat penerbangan tersebut.


Penerbangan AirAsia AK545, yang dikendalikan dengan pesawat Airbus A320, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 12:50 tengah hari dengan faktor muatan penumpang sebanyak 90 peratus dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc pada jam 1:35 petang. Para tetamu yang menaiki penerbangan sulung tersebut disambut oleh Naib Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Phu Quoc Pham Van Nghiep dan pihak berkuasa tempatan setibanya di destinasi tersebut.


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Kami berbangga menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Malaysia dengan Phu Quoc, satu lagi laluan unik yang diterajui oleh AirAsia. Destinasi ini mempunyai sambutan yang menggalakkan dan kami berharap perkhidmatan terus ini, seiring dengan dasar bebas visa Phu Quoc, akan meningkatkan ketibaan pelancong asing ke pulau itu dan menjana resit pelancongan.”


AirAsia terbang dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc sebanyak empat kali seminggu. Para tetamu yang terbang dari negara lain dalam rangkaian AirAsia - seperti China, India, Australia, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Thailand dan Singapura - juga boleh menghubungkan penerbangan mereka secara lancar ke Phu Quoc dengan perkhidmatan transit Fly-Thru melalui Kuala Lumpur. Pelancong dari mana-mana negara boleh melawat Phu Quoc tanpa visa sehingga 30 hari.


Phu Quoc adalah laluan kelima AirAsia Malaysia ke Vietnam. Selain Phu Quoc, AirAsia juga terbang ke empat destinasi lain di Vietnam - Ho Chi Minh City, Da Nang, Hanoi dan Nha Trang.


Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.