USOP LAHIR RASA KECEWA DALAM 'AKU YANG BERSALAH'


Jika disebut nama Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, mungkin ramai yang kurang mengenali siapakah pemilik nama tersebut, namun kalau disebut Usop, mungkin ada yang teringatkan wajah serta suaranya. Berasal dari Kulim, Kedah pemuda yang digelar Usop ini merupakan seorang penyanyi yang bakatnya dicungkil dari sebuah program TV realiti popular, Mentor Milenia pada setahun lalu.

Biarpun baru menginjak usia 21 tahun, Usop mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian dan mempunyai para peminat serta pengikutnya tersendiri. Pernah muncul dengan single ‘Matahari’ serta ‘Nama Terindah’ dan pernah diberi peluang berganding dengan bekas juara Akademi Fantasia, Hazama lewat lagu ‘Saya Anak Malaysia’ dia kini kembali dengan sebuah lagu baru berjudul ‘Aku Yang Bersalah’.

Lagu berentak balada pop ini merupakan hasil karya penyanyi popular Haqiem Rusli bersama rakannya Fareez Fauzi. Seperti kebanyakan lagu berentak balada, lagu ini menceritakan tentang kisah cinta yang didustai dan dijangka menjadi kesukaan ramai.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd., “Jika kita bercerita tentang Usop, perkara pertama yang bermain di fikiran saya ialah keunikan vokalnya dalam menyanyikan sesebuah lagu dan ditambah pula dengan cara nyanyiannya yang menyentuh perasaan. Saya yakin bakat yang dimiliki oleh Usop tidak boleh dibandingkan dengan penyanyi-penyanyi lain di Malaysia. Saya harap peminat di luar sana akan memberikan sokongan padu terhadap Usop dan muzik yang di bawa.”

Single ‘Aku Yang Bersalah’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan peminat-peminat kini boleh mendengar lagu di corong-corong radio seluruh Malaysia. Selain itu, muzik video rasmi ‘Aku Yang Bersalah’ juga akan mula berada di saluran YouTube Rocketfuel Network sejak 26 Oktober 2018 yang lalu.


Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Tajuk : Aku Yang Bersalah Artis : Usop Komposer : Haqiem Rusli & Fareez Fauzi Lirik : Haqiem Rusli & Fareez Fauzi

Salahkah diri ini menyintai dirimu Sepi diiringi rindu yg mengalir

Aku ingin engkau hadir Di dalam keputusanku Kau terus memekar Bunga di hatiku

Benar,benar ku sayang padamu Sungguh rindu mengisi jiwaku Dingin angin berhembus Menghembus luka dihatiku

Adakah aku yang bersalah Di dalam percintaan ini Kau telah berjanji Untuk mencintai Tapi kau dustai

Haruskah ku mengundur diri Menatap malam yang sunyi Hatiku di mamah sepi Ku rela kau pergi

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.